Showing posts with label Bungkusan Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Bungkusan Tahun Baru. Show all posts

2020-12-31

Tahun 2020 Yang Unik Dan Berbeza

 Assalammualaikum!!!

Terkejut jugak kan know-know muncul entry terbaharu. Di akhir tahun 2020 pulak tu. Macam tu lah, bila mood tu tetibe datang, maka timbullah idea dan muncullah entry di blog yang sendu. (Walaupun dah lama canang nak bersara jadi blogger hiks).

Tahun 2020 yang unik dan berbeza. Aku pasti ramai yang terkesan dan merasai kelainannya tahun 2020 daripada tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, seumur hidup aku (kita) tak pernah terjadi duduk di rumah, jangan keluar ke mana-mana melainkan jika ada urusan penting....selama berbulan-bulan pulak tu. Pasti itu merupakan salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali diadakan pada bulan Mac 2020, siapa sangka sampai tarikh 31 Disember 2020 ni pun PKP masih berkuatkuasa di Malaysia. Itu belum kira yang PKPB, PKPD, PKPP dan pelbagai abjad lagi selepas itu...entah sampai bila pun tak tahu.

Yang paling penting pengalaman duduk di rumah sewaktu PKP fasa 1 dulu mengajar aku macam-macam perkara, hidup dalam norma baharu, nak pi kedai beli barang-barang dapur pun kena beratur panjang luar supermarket, nak beli pelitup muka pun takda stok kat kedai, harga hand sanitizer pun mencecah harga kayangan... semua tu kenangan. Masa mula-mula PKP, negara masih terkejut dengan perubahan drastik. Tapi alhamdulillah sekarang rasanya masing-masing dah terbiasa dengan keadaan. Norma Baharu yang kadang-kadang ramai yang degil taknak ikut. Bagi aku, yang degil tu memang bebal, menyusahkan semua pihak. Titik!

OK lah, taknak cakap banyak pasal PKP, sebab stress jugak tahun 2020 ni banyak plan tergendala. Mujur sempat plan travel ke Cebu, Philippines dan Koh Lipe, Thailand pada awal tahun 2020 haritu, so takde la terkilan sangat hahahaha. Ada orang tu, tak sempat ke mana-mana pun, terus kena lock dalam Malaysia, bertabahlah. Yang penting kita lihat dari sudut positifnya, banyak tempat pelancongan di dalam negara yang dulu orang tak hirau dan tak perbah tahu, tetiba jadi popular. See! Ada khikmahnya kan? Sampai ceruk-ceruk hutan, kampung, gunung pun dah ada yang pergi dan tahu, explore Malaysia and appreciate the gems. 

Ada ke yang kena cancel tiket flight? Hahahah aku dengar cerita ramai jugak yang kena cancel plan bercuti ke dalam dan luar negara. Termasuklah aku hahahahah (gelak kat diri sendiri). Aku cancel flight ke Tawau pada September 2020 sebab masa tu kes di Tawau dan Lahad Datu tengah meletop-letop! Konon-konon dah berangan nak bercuti ke Mabul la lepas PKPB ditamatkan pada Jun 2020 haritu, sekali ambik kau, datang pulak gelombang kedua. Reda je lah. Nak buat macamana, sekarang ni semuanya tak dijangka. 

Apa pun, pengalaman yang kita kumpul pada tahun 2020 di jadikanlah sebagai iktibar dan penanda aras untuk teruskan kehidupan di tahun 2021. InsyaAllah kita akan kembali bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada tahun hadapan. Hidup dalam new normal dan pastikan segala SOP dipatuhi, insyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. OK? So, plan ke mana pulak tahun 2021??? Hiks. AWAS! 

Psttt: Sekarang ni pun tengah sibuk menyiapkan rumah baru yang tinggi menjulang ke awan tu. Doakan supaya aku tabah ye! 

Cebu International Airport, suka gambar ni sebab langit tu cantik :p - Feb 2020
 
Pengalaman paling berharga, berenang bersama whale shark di Oslob - Feb 2020

Koh Lipe, Thailand - Jan 2020
Pulau Pangkor, Malaysia - Ogos 2020

So kemana pulak kita 2021?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021!


WASSALAM.

2019-12-26

Akhirnya 2019 Pun Berlalu Pergi

Assalammualaikum!!!

Setelah sekian lama akhirnya aku ada kekuatan untuk menulis di ruangan ini semula! Hahahaha itulah kehidupan, ada pasang dan surutnya. Sekejap malas sekejap rajin, sekejap pandai, sekejap bodoh, sekejap cantik sekejap hodoh...ada pro and con. 

Done intro.

2019 tahun penuh pancaroba. Tak ada yang nak dibanggakan sangat pun, dan aku seperti biasa, sendiri mengurus kehidupan di atas 'kayangan' dan keluarga. perhatian lebih kepada mommy and daddy yang semakin tua dan sering diganggu kesihatannya. Alhamdulillah aku masih sempat 'menjaga' mereka sementara masih ada. Memang itu yang aku doa dan niatkan setiap masa sekarang ni. Untuk perkara lain jatuh ke tempat kedua. Sekarang ni pun aku dah jarang ke mana-mana melainkan kerana urusan kerja. 

Apa yang aku nak highlight kat sini:

UMRAH 2019

Alhamdulillah dapat peluang mengerjakan Umrah buat kali kedua bersama 2 orang sahabat. Sebenarnya aku takda plan pun nak pergi umrah tahun ni, tapi bila kawan aku yang sorang ni beria ajak, aku pun setuju. Paduhal dalam masa yang sama aku celaru pikir macamana nak cari duit untuk buat umrah ni. Serius aku cakap yang masa tu aku takda simpanan yang cukup dan banyak benda nak kena bayar especially monthly commitments yang memang dah terang-terangan wajib bayar. Alhamdulillah, aku pernah dengar satu ceramah dari ustad mana tah (aku lupa), katanya umrah ni sebenarnya adalah jemputan daripada Allah, kalau dia dah jemput kita maka semua urusan kita akan dipermudahkan. Syukur dapat jugak aku pergi ke sana. Bila aku pikir balik, betul apa yang ustad tu cakap, kalau Allah tak jemput tu, banyak mana duit kau ada, atau sebersedia mana pun ko, belum tentu lagi ko dapat pergi ke sana. *fikirkan*

Dapat jugak sentuh Piramid :)
Bergambar dengan 3 Piramid terbesar.
Umrah 2019. Semoga dijemput lagi ke sini.
Ada sikit video kalau nak tengok.


SAKIT

Kemudian ada pula ujian datang bertubi-tubi. Mula-mula ayah aku sakit kena demam chikugunya. Pernah dengar? Chikugunya ni penyakit bawaan nyamuk aedis seakan-akan demam denggi tapi lebih teruk sebab ia menyerang otot-otot dan sendi-sendi seluruh badan. Badan akan rasa sakit dan lenguh-lenguh. Ayah aku sampai tak boleh nak berjalan, kena bertongkat. Alhamdulillah dalam seminggu ayah aku dah baik demam, tapi lepas tu aku pulak kena demam yang sama. Terlantar 3 hari tak boleh nak bangun. Lutut dan siku aku sakit gila tak boleh nak bergerak sangat. Nasib baik aku kena tak lama, dalam 3 hari dah kebah, tapi sendi-sendi masih sakit. Kemudian, part paling teruk, mak aku pulak kena, terlantar sampai kena tahan wad 4 hari di Hospital Teluk Intan. Allahu, masa tu aku tak tau nak buat macamana dah, dengan sakit aku pun tak baik lagi, ayah aku pun tak baik lagi sakit-sakit sendi tu....la ni mak aku pulak. Habis satu rumah kena cikugunya. Berulang lah hari-hari pegi hospital Teluk Intan sampai mak aku discharge.  Alhamdulillah lepas 4 hari mak aku dah boleh discarge.

Tapi, 2 hari lepas tu mak aku warded semula, kali ni aku bawak sendiri ke Hospital Ipoh, sebab yang sama, demam chikugunya. Rupanya bukan aku sekeluarga je yang kena, satu kampung aku kena wabak ni. Jiran sebelah rumah, rumah depan, rumah hujung semua kena, cumanya kes mak aku paling teruk sampai warded. 

Mak aku warded kat Hospital Ipoh 5 hari, tapi sebelum tu duduk dalam wad kecemasan 24 jam. Stress betul aku. Lepas 5 hari, mak aku dah boleh discharge. Dan episod seterusnya pulak, 3 hari selepas discharge, mak aku akan lalui operation untuk breast cancer dia, Allahu, aku dah tanya kat doctor boleh ke nak postpone operation sebab keadaan mak aku masih lemah akibat demam chikugunya tu. Tapi doctor kata tak payah postpone, teruskan aja jangan tunggu-tunggu. Dengan berat hati, aku pasrah je lah. Gila sedih weh tengok keadaan mak aku masa tu, dengan lemahnya, nangis dalam hati je lah. Alhamdulillah akhirnya operation selelsai. Syukur mak aku dah beransur ok. Seminggu jugak lagi aku duduk hospital teman mak aku siang malam. Semua yang jadi ada hikmahnya kan? Yang penting kena tabah je lah.

So sekarang ni, sendi-sendi aku pun masih sakit, tak boleh nak angkat barang berat-berat sangat. Doktor cakap, sakit chikugunya ni boleh sampai setahun dia punya efek sakit sendi tu. Allahu, lama gilak! Ni pun masa menaip ni masih sakit lagi...lepas tu kulit-kulit tangan dan kaki akan menggelupas. Yes semua tu jadi juga kat aku, ayah aku dan mak aku. Tak tau la sampai bila dia nak hilang. Takde ubat apa-apa pun, just minum air banyak je la kot.

Mak ku pulak, alhamdulillah dah sebulan lebih lepas operation dan dia sangat positif. Sokongan keluarga sangat penting untuk pesakit cancer ya. lepas nhi masuk fasa kimoterapi pulak, tak tau la macamana, doakanlah mak aku sihat seperti biasa ya. 

Benda ni aku tak cerita kat siapa-siapa pun sebelum ni, hanya pada family terdekat je. Aku malas nak layan bila orang tanya itu ini pada masa tu. Aku stress bila orang call tanya macam-macam sampai aku malas nak angkat call. Handphone mak aku pun aku offkan je. So sekarang alhamdulillah semua beransur baik. 

Ok panjang pulak aku menulis harini. Just an update, supaya aku ingat benda ni sampai bila-bila. Kesimpulannya, jagalah kesihatan dan keluarga kita. Doakan jugak aku dan family sihat seperti biasa. 

Semoga tahun 2020 lebih baik dan ceria buat kita semua! 

WASSALAM.

2015-12-30

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2015

Assalammualaikum!!!

Laaa dah habis 2015??? Dah nak masuk 2016???? Mesti ramai yang macam tak percaya masa sangat cepat berlalu kan? Dan macam-macam perkara jugak berlaku tahun 2015 ni. Aku pun tak terkecuali, rasa macam baru semalam je bawak Pon (dear friend from Japan) pusing-pusing KL sambut New Year.Lols.

Tahun 2015 ni merupakan tahun suram kot dalam dunia blogging, rasanya ramai jugak antara rakan-rakan blogger yang dah beralih arah ke medium sosial yang lain macam facebook, Instagram dan Twitter (lebih ringkas dan senang nak bercerita). Tapi aku rasa blog masih penting untuk sumber rujukan dan maklumat, so kena lah teruskan hiks. Tapi maksud aku suram tu adalah, suram tak pegi travel ke mana-mana sangat! Hahah takde la rancak mengembara macam tahun-tahun sebelumnya. Memang obvious kot, awal tahun je sesat ke Macau denga Tansree Coco, MasMz dan Hang Dhamin...lepas tu terus suram...suram dan suram. tambahan pulak aku berpindah lokasi ke Tawau, Sabah...makin suram hahahah.

Oh lupa pulak, for the first time ikut trip #Bekpekeskayap ke Krabi, ala-ala roadtrip secara berjemaah la dan firstime jugak beratur kat sempadan Malaysia-Thailand selama 4jam! Gila. Trip ni aku ikut bebudak yang aku kenal kat twitter, kebanyakannya ex-curator TwtBP yang dah berkubur tu.

Then sempat singgah Penang dan Singapore dengan geng #Trisam (tu pun ada kena mengena denga Majelis perkahwinan Pingu Toha - Novelis Cafe Marooned tu)

So selama sembilan bulan jugak la aku cuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, sesambil tu banyak menghabiskan masa travel dalam Malaysia sahaja (sebab selebihnya aku sibuk ulang-alik Tawau-KL setiap bulan). Mestilah, aku rasa bernyawa kot balik KL. 

Projek Teater

Projek teater? Hampeh...tapi aku rasa meriah sikit la dari tahun lepas sebab tahun ni aku sempat tengok:

1. P Ramlee the Musical (3rd season).
2. PGL In Concert
3. Mak Cun The Musical
4. Tenggelamnya Kapal van der Wjick

Haha aku rasa macam ada yang aku lupa lah nak list kat sini...hahaha takpelah. Dulu-dulu rajin la jugak buat review Projek Teater kat blog ni, sekarang ni MALAS dah. Balik rumah je terus tido. Haha.

My very first #doodleByRen Birthday Cake!

Oklah, so dah masuk tahun 2016 ni, aku berharap agar hidup aku berubah ke arah yang lebih baik, lebih dewasa, lebih matang, lebih kaya, lebih bahagia dan lebih segala-galanya. Siapa yang tak nak lebih kan? Rasanya tu azam semua orang...apa yang penting cara untuk mendapatkan kelebihan tu, biar ikhlas.

Dan aku berazam jugak taknak kuburkan blog ni, insyaAllah akan gigih menulis walaupun sebulan sekali (lols).

So listkan la azam tahun baru korang? Lols.

SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Pstt: Busy dengan #DoodleByRen sekarang ni.

WASSALAM.

POPULAR POSTS