Posts

Showing posts with the label Chiang Mai

THAILAND: Terbang di Langit Chiang Mai (Skyline Adventure)

Image
Angin pagi Chiang Mai sejuk gila! Aku, Eerie, dan Umar dah terpacak depan pintu masuk salah satu tempat ziplining paling popular kat sini: Skyline Adventure Chiang Mai. Aku dengan Eerie dah lama excited nak cuba benda ni, tapi Umar macam biasa, banyak songeh. Dia ikut pun sebab nak tengok je. "Betul ke korang nak buat ni?" Umar jeling ke arah menara tinggi yang jadi starting point ziplining. "Mestilah! Bukan selalu dapat peluang ni," balas Eerie sambil tersengih. Aku angguk. Dah alang-alang sampai sini, rugi kalau tak try. Lepas beli tiket, staf bagi kami set gear keselamatan dan bawa ke kawasan latihan. Diorang ajar cara nak ziplining dengan betul, cara landing, dan semua langkah keselamatan yang kena ikut. "Okay, Umar. Kalau kau tak nak join, duduk je kat checkpoint pertama. Nanti jumpa kat sana," kataku sambil tepuk bahunya. Umar angkat bahu. "Kau orang hati-hati sudah. Jangan lupa rakam video, aku nak tengok nanti!" Kami dibawa menaiki hilux ...

THAILAND: Perkampungan Karen Long Neck (Chiang Mai)

Image
Pagi itu, aku bangun dengan semangat yang luar biasa. Sebenarnya kami tak ada apa-apa plan yang spesifik bila di Chiang Mai ni, main redah dan google sahaja apa yang kami rasa berminat untuk pergi. So hari ini setelah berbincang antara aku, Eerie dan Umar, akhirnya kami memutuskan untuk ke Perkampungan Karen. Ye lucu bunyinya, tapi di situlah tempatnya keunikan suatu masyarakat tradisional yang masih wujud sehingga ke hari ini: Karen, Long Neck Village. Lepas sarapan ringkas di hotel, kami bersiap untuk misi hari ini. Teksi yang kami sewa semalam tiba tepat pada masanya. Pemandunya, Pak Somchai, seorang lelaki pertengahan umur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Ramah gila orangnya. Dia siap bercerita tentang Chiang Mai sepanjang perjalanan, macam GPS hidup versi tempatan. “Kita akan lalu kawasan bukit sikit. Jalan berliku, tapi pemandangan cantik,” kata Pak Somchai sambil membelok ke jalan kecil yang dikelilingi kehijauan. Sepanjang perjalanan, mata aku tak lepas dari menikmat...

THAILAND: Damai Di Lereng Bukit Mae Kam Pong

Image
Catatan di Mae Kam Pong Village. Mae Kam Pong adalah tempat yang sukar dilupakan. Sebuah kampung kecil di lereng bukit Chiang Mai, penuh dengan suasana tenang yang hampir mustahil dicari di tempat lain. Rumah-rumah kayu tradisional terselit di antara kehijauan, dengan aliran sungai kecil yang mengalir perlahan, seperti membawa cerita kehidupan yang bersahaja.   Langkah kami perlahan menyusuri lorong berbatu. Di sini, masa terasa seperti berhenti. Tiada bunyi deru enjin atau keramaian, hanya kicauan burung dan deruan angin yang membawa bau segar hutan. Segalanya terasa damai, seolah-olah dunia memberikan ruang untuk kau menarik nafas dan betul-betul menikmati apa yang ada di depan mata.   Pendakian ke restoran di puncak adalah cabaran yang tak aku jangka. Ketinggian 650 meter mungkin kelihatan kecil di atas kertas, tapi setiap langkah terasa seperti perjuangan kecil. Nafas makin berat, peluh membasahi wajah, tapi tekad untuk melihat pemandangan di atas membuatkan aku ...