::Review Filem:: High School Musical 3::
Minggu lalu aku berkesempatan menonton filem muzikal yang dikatakan hebat tahun ini. Betul ker? Setahu aku ramai jugak yang meng"kontroversi"kan filem ni. Filem High School Musical 3 [HSM3] dikatakan antara produksi terbaik daripada Disney Picture yang juga kesinambungan daripada siri HSM1 dan HSM 2 sejak 2006 yang lalu. Mungkin ramai yang masih tak faham konsep dan jalan cerita sebenar filem HSM3 ini. Sebenarnya HSM secara umumnya mengisahkan budaya dan cara hidup golongan pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat. Ia sememangnya berbeza daripada apa yang kita alami di sini. Pengarah filem ini dikatakan berjaya menarik minat golongan pelajar sekolah tinggi untuk mendalami ilmu persembahan teater dan muzik. Kalau betol begitu, baguslah...sekurang-kurangnya ada juga dikalangan mereka yang tidak menghabiskan masa dengan benda-benda mengarut yang banyak berlaku di sana. Aku bukan prejudis atau pun taksub terhadap budaya tersebut, tetapi sekiranya ada yang dirasakan positif da...