2008-11-03

::Review Filem:: High School Musical 3::

Minggu lalu aku berkesempatan menonton filem muzikal yang dikatakan hebat tahun ini. Betul ker? Setahu aku ramai jugak yang meng"kontroversi"kan filem ni. Filem High School Musical 3 [HSM3] dikatakan antara produksi terbaik daripada Disney Picture yang juga kesinambungan daripada siri HSM1 dan HSM 2 sejak 2006 yang lalu.

Mungkin ramai yang masih tak faham konsep dan jalan cerita sebenar filem HSM3 ini. Sebenarnya HSM secara umumnya mengisahkan budaya dan cara hidup golongan pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat. Ia sememangnya berbeza daripada apa yang kita alami di sini.

Pengarah filem ini dikatakan berjaya menarik minat golongan pelajar sekolah tinggi untuk mendalami ilmu persembahan teater dan muzik. Kalau betol begitu, baguslah...sekurang-kurangnya ada juga dikalangan mereka yang tidak menghabiskan masa dengan benda-benda mengarut yang banyak berlaku di sana.

Aku bukan prejudis atau pun taksub terhadap budaya tersebut, tetapi sekiranya ada yang dirasakan positif dan mampu untuk mengubah mentaliti kolot sesetengah pihak, masakan ianya menjadi satu kesalahan, betul tak?

Ok sedikit review mengenai filem HSM3:

Kesinambungan daripada HSM 1 & 2, kini pelajar-pelajar di East High telah memasuki tahun ke tiga pembelajaran mereka. Dan seperti biasa, senior year pasti sibuk dengan exam, prom night, perlawanan bola keranjang dan persembahan teater musikal yang menjadi satu kemestian di sekolah mereka saban tahun.

Dalam siri ini juga, HSM3 mengetengahkan konflik dan gelodak jiwa para remaja yang sekian lama bersama di sekolah dan terpaksa berpisah bagi mengejar impian dan cita-cita masing-masing. Di sinilah peranan watak-watak utama seperti Troy Bolton, Gabriella, Sharpay, Ryan and kelsi sekali lagi memenuhi setiap ruang cerita.

Mungkin kepada para peminat filem muzikal, HSM3 merupakan sesuatu yang boleh dikatakan sempurna kerana susunan muzik yang bagus dan yang paling dikagumi adalah aturan koreografi yang cukup mantap. Aku memang kagum tengok persembahan koreografi sebegitu. Sorry to say, mereka memang layak diberikan penghargaan.

Bagi sesiapa yang tidak meminati filem atau drama muzikal, terpulang lah untuk anda menilainya. Tiada paksaan. Apa yang boleh dikatakan mengenai HSM3::

  1. Unsur persahabatan yang kukuh yang diketengahkan di dalam HSM3 memang patut dijadikan contoh oleh setiap manusia di muka bumi. Aku pon sekarang ni tengah kumpul balik member-member lama dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
  2. Kegigihan para pelakon mempelajari step tarian amat mengkagumkan. Hasilnya, dari seorang yang tidak hebat menari, boleh menjadi hebat di dalam filem ini. Aku ada tengok the making of this HSM3. Memang latihan yang dijalankan amat ketat dan padat. Harap produksi di Malaysia boleh mengambil sedikit ilmu dari sini. [untuk PGLM dan PRM..produksi anda semua juga hebat!!!] Terbukti, usaha gigih, hasilnya juga lumayan.
  3. Kerjasama berpasukan juga dilihat mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Bukan sahaja dalam filem, malah di mana-mana pun ia menjadi aset kepada kejayaan. HSM3 mampu memberikan impak yang baik di setiap persembahan yang ditonjolkan. Itu semua adalah hasil kerjasama pengarah, pelakon dan team produksi mereka.

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan Filem HSM3. Sekali lagi, kepada sesiapa yang "MINAT" filem muzikal, silalah tonton filem ini. Banyak ilmu yang boleh dicedok. bukan meniru tapi mempelajari sesuatu...tak rugi pon.

Kepada yang "TAK MINAT" pulak, jangan la mengutuk... renung dulu diri tu, adakah kita mampu untuk buat filem macam tuh? kalau mampu Syabas dan buktikan. Kalau tak mampu...belajar lagi. Think outside the box OK. Tak rugi pon kalau kita belajar sesuatu yang baru.

PEACE!

Ish tetiba plak rasa macam pendek...

8 comments:

  1. tgk wayang...tak ajak..

    majuk arr cenggini....

    ReplyDelete
  2. amboi...ade plakon tambahanla plak dlm HSM3 nih!!gagaga

    o00 p tgk wayang tak ajak kite pown!! :(

    ReplyDelete
  3. cikyanie:: tu lah..aritu kata bz sangat..kan dah kene tinggal hahahaha

    ReplyDelete
  4. Cikzura:: heheh sekali-sekala nak jadi pelakon tambahan hahahaha...cikzura senyappp ji cano nak ajak heheh.

    ReplyDelete
  5. saya suka dress dia jek. hehhehe... tapi lpsni nk bagi cadangan kat pengarah2 malaysia buat le pulak filem tajuk "sekolah attap 4 thanawi : the beginner". cerita pasal susah payah bebudak yg blajar kat skolah pondok camne cara2 nak menghapal quran dan hidup sendiri. no luxury intheir life. pas tu baru boleh sambung SA4T-2, SA4T-3 dan seterusnya. saya dapat masok celah2 jadi tukang lalu lalang dalam filem tu pon okey je..hehhee

    ReplyDelete
  6. wah bernas sungguh idea ciksaya tuh..macam saya tulis kat atas tu, mana2 idea yang bagus kite boleh belajar darinya..

    Budak2 4 senawi tu nak ke belakon??? takut masing2 nampak bijik mata je.

    ReplyDelete
  7. cehhh...senyap je dia kate kite..cmno ek nk bt bsing bg en.janggel dgr?

    hehe...

    ReplyDelete
  8. heheh pasang speker beso sikit..kompom dengar...;)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS