Posts

Showing posts with the label Madinah

Umrah SIJ 2019 - Part 7: Perjalanan Umrah Bermula - Madinah Al Munawwarah

Image
Assalammualaikum!!! Alhamdulillah selesai urusan ziarah ke tanah Mesir. Untuk sesiapa yang nak baca bolehlah klik ke link-link di entry terdahulu, Ok, aku sambung kisah perjalanan umrah pula. Sepertimana yang aku tulis dalam entry sebelum ini, kami akan bertolak ke Jeddah melalui Oman memandangkan kami menaiki Oman Air dan perjalanan dari Oman ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 3-4 jam penerbangan. Waktu kami tiba di Oman adalah waktu pagi. Dan kami tiba di airport Jeddah pada waktu tengahari. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, wakil Andalusia Travel pun dah menunggu di Jeddah dan akan terus membawa kami ke Kota Madinah!  Ta Allah perasaan masa tu bercampur baur. Aku pernah jejak Kota Madinah dulu tahun 2008 dan aku boleh bayangkan macamana keadaan di Kota Madinah. Jadi perasaan rindu tu membuak-buak dan ada sedikit berdebar jugak. Dari dalam bas dah nampak tiang-tiang menara Masjid nabawi. Masa tu memang rasa macam nak menangis, sambil dengar ceramah dari ...

Diari Umrah (Part 3): Kota Makkah

Image
Bahagian Akhir. Sambungan daripada SINI (Part 1) dan SINI (Part 2) Terlalu banyak perkara indah yang berlaku sepanjang berada di Madinah dan banyak juga tempat-tempat bersejarah yang mengaitkan Rasul junjungan dan syiar Islam serta kehidupan sehariannya. Lawatan ke ladang un t a di Madinah memang best! First time tengok unta macam-macam jenis dan warna depan mata! Aku diberitahu bahawa susu unta adalah susu yang paling berkhasiat di dunia dan mampu menghindarkan pelbagai penyakit. Tapi sayang ianya hanya mampu bertahan 4 jam sahaja. Dan susu unta tidak dikomersil kan, hanya boleh didapai di ladang unta sahaja. Ladang Unta. Jualan susu unta 5 riyal Secara ringkas aku rumuskan lawatan di Madinah amat bermakna dan amat berbeza dengan lawatan-lawatan yang pernah aku sertai sebelum ini. Kami juga berpeluang menziarah Muzeum Kaabah , dimana terdapat sejarah pembinaan kaabah dan kota Mekah dari mula hingga kini. Banyak yang aku pelajari di sina. Setelah...