2008-08-02

Diari Umrah (Part 3): Kota Makkah

Bahagian Akhir.

Sambungan daripada SINI (Part 1) dan SINI (Part 2)


Terlalu banyak perkara indah yang berlaku sepanjang berada di Madinah dan banyak juga tempat-tempat bersejarah yang mengaitkan Rasul junjungan dan syiar Islam serta kehidupan sehariannya. Lawatan ke ladang unta di Madinah memang best! First time tengok unta macam-macam jenis dan warna depan mata! Aku diberitahu bahawa susu unta adalah susu yang paling berkhasiat di dunia dan mampu menghindarkan pelbagai penyakit. Tapi sayang ianya hanya mampu bertahan 4 jam sahaja. Dan susu unta tidak dikomersil kan, hanya boleh didapai di ladang unta sahaja.

Ladang Unta.

Jualan susu unta 5 riyal

Secara ringkas aku rumuskan lawatan di Madinah amat bermakna dan amat berbeza dengan lawatan-lawatan yang pernah aku sertai sebelum ini. Kami juga berpeluang menziarah Muzeum Kaabah, dimana terdapat sejarah pembinaan kaabah dan kota Mekah dari mula hingga kini. Banyak yang aku pelajari di sina.

Setelah berada selama 4 hari di Madinah, kini tiba masanya kami berangkat ke Mekah. Berdebar-debar juga rasa, memandangkan ini merupakan kali pertama aku akan mengunjungi kota tua itu. Tidak dapat aku gambarkan keadaan di sana ketika itu. Setelah selesai solat zohor, melakukan ziarah wida' dan makan tengahari, kami pun berangkat ke Mekah. Di perjalanan, kami singgah bermiqat di Bir Ali, sebuah masjid di perjalanan ke Mekah. Ni la first time aku berihram! hehehhehe semua tu pengalaman. Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 6 ke 8 jam. Huhuhuhu memang lama. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah beramai-ramai.

Kami tiba di Kota Mekah sekitar jam 1.30 pagi. Dari jauh sudah dapat kulihat menara-menara Masjidil Haram tersergam indah di depan mata. Syukur, aku berpeluang melihatnya. Hotel penginapan kami hanaya 70 meter sahaja daripada Masjidil Haram. Setelah check in dan berehat sebentar, kami sekeluarga pun bergerak ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Berdasarkan pengalaman kedua-dua ibubapaku, aku mengikut sahaja dengan tenang.

Melihat keadaan di sekitar Masjidil Haram yang berdebu dan bersepah dengan pembinaan bangunan-bangunan baru amat mengecewakan sebenarnya. Tapi aku lupakan semua itu, kesempatan berada di sana sudah cukup satu rahmat bagiku. Tatkala melangkah masuk ke dalam Masjdil Haram, kulihat begitu ramai ummat manusia yang sedang bersai'e dan bersolat. Dan tika inilah mataku terpaku melihat Kaabah tersergam indah di hadapanku! Subhanallah, indah sugguh binaan itu, dan sekali lagi aku terasa seakan tidak percaya yang aku kini berada dihadapan-Nya!. Kami pun segera melakukan Tawaf 7 pusingan, bersai'e dan akhirnya bertahalul (gunting rambut). Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan umrah kami sebelum solat subuh dan kami bersolat subuh selepas itu.

Begitulah seterusnya di Mekah, setiap hari kami akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Gua Tsur, Jabal Nur (Gua Hiraq), Padang Arafah, Jabal Rahmah, Hudaibiyah, Mina dan banyak lagi sebelum melakukan bermiqat di beberapa masjid di luar tanah haram setiap hari. Alhamdulillah, kesempatan melakukan umrah sebanyak 6 kali memang cukup menggembirakan. Alhamdulillah, walaupun aku diserang demam sehari, tapi aku tetap dapat melakukan ibadah kepadanya.

Kami juga dibawa bermiqat di Masjid Terapung, Jeddah. Di Jeddah juga kami dibawa ke Masjid Qisas (tempat hukuman pancung dijalankan) dan menziarah Makam Siti Khadijah, dan melihat air pancut tertinggi di dunia!!! Best!!!

Setelah selesai 7 hari di Mekah, kami berangkat pulang ke Jeddah pada 21 Julai 2008 menaiki kapal terbang Saudi Arabia. Sekali lagi duduk dalam kapal terbang selama 9 jam ke KLIA. Memang ramai orang-orang Arab yang nak ke KL pada ketika itu, almaklumlah tengah cuti..Kalau tak percaya, pergi jelah kat Sunway Pyramid tu, tengoklah berduyun-duyun Mat-Mat dan Minah-Minah Arab kat sana.

Alhamdulillah.. kami sekeluarga selamat sampai ke KL dan selamat mengerjakan umrah. Aku pulak still bercuti lagi seminggu!!! Yuhuuuuuu best sangat dok lepak kat umah. Tapi secara keseluruhannya, pengalaman mengerjakan umrah ini banyak memberikan perubahan dalan hidup aku ketika ini. Memang aku amat bersyukur kerana aku berkesempatan melakukannya, dan semoga Allah memurahkan rezeki ke atas ku dan keluargaku untuk kembali ke sana pada masa akan datang. Amin...

Peniaga di sekitar Jabal Tsur









Pemandangan di Masjidil Haram, Makkah.
Pemandangan Kota Makkah.
Para peniaga Indonesia menjual telekung, tudung dan sebagainya.
Jabal Tsur (Gua Tsur)
Jabal Tsur
Jabal Rahmah

Jabal Rahmah
Peniaga di puncak Jabal Rahmah
Unta berhias, kalau nak naik 5 Riyal
Muzium Makkah


Masjidil Haram kat belakang aku

Hotel-hotel di Makkah
Hotel-hotel di Makkah
Keadaan di dalam Masjidil Haram, ni di ruangan takde aircond. Openspace. Nampak tak Kaabah di depan tu?
Keadaan di dalam Masjidil Haram.
Keadaan di dalam Masjidil Haram
Kawasan tawaf
Jemaah sedang berbuka puasa.
Kerja-kerja mencuci lantai sedang dijalankan.
Keadaan di tempat Tawaf.
Mina
Jabal Nur


Kota Mekah
Masjid Terapung, Jeddah

8 comments:

  1. kain jeles sudah melihatnya~
    aiyoyo

    ReplyDelete
  2. Amendeeeeeeeee la yang ko merepek ni encik deenasour!!!! patik sepatah haram tak paham.

    ReplyDelete
  3. As salam,

    Saya pergi menunaikan umrah bulan May 2012. Wah lain sungguh keadaan Mekah masa u pergi dulu. Banyak juga kedai2 yg kelihatan dlm gambar u.. saya tengok dah tak ada.

    Sekarang ni kan Mekah n Masjidil Haram khasnya dlm proses pembesaran.So byk juga hotel2 disekitar Menara Jam di robohkan utk didirikan dengan hotel2 mewah.

    ReplyDelete
  4. Faith:

    Waalaikumsalam, ye waktu saya pergi tu keadaannya sangat berdebu dan banyak sangat construction berbanding skg.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah .. dah sampai di Makkah.. rezeki di murahkan sungguh oleh Allah akan kamu.. :D

    ReplyDelete
  6. TT:

    Alhamdulillah.
    Thanks: segan la ko bukak entry lama2 hahahah

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS