Assalammualaikum!
Khamis (31 Julai 2008), haritu aku berkesempatan menonton sebuah teater yang digembar-gemburkan mampu menggegarkan panggung. Yup, aku menonton teater Patriot, di Istana Budaya bersama teman sekerja. Hmmm memang teruja pada mulanya untuk menonton teater tersebut memandangkan sudah agak lama aku tidak menonton teater!
Khamis (31 Julai 2008), haritu aku berkesempatan menonton sebuah teater yang digembar-gemburkan mampu menggegarkan panggung. Yup, aku menonton teater Patriot, di Istana Budaya bersama teman sekerja. Hmmm memang teruja pada mulanya untuk menonton teater tersebut memandangkan sudah agak lama aku tidak menonton teater!
Teater Patriot dipentaskan sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia. Memang ianya mendapat liputan yang meluas di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen, tapi seumpama ada sesuatu yang tidak kena. Bagi aku teater ini tidak segah namanya!. .. Mengapa?
Sinopsis:
Patriot mengisahkan perjalanan kisah cinta dan pengorbanan seorang tentera bernama Yusof (lakonan Ashraf Muslim) yang begitu bersemangat tinggi. Cinta hatinya pula adalah gadis sekampungnya bernama Safura (lakonan Raja Farah) yang menjadi kegilaan ramai pemuda kampung.
Cinta mereka sudah bukan rahsia lagi. Segenap pelusuk kampung merestui kiasah cinta mereka sehinggalah satu babak yang telah mengubah segalanya. Kedua orang tua Safura mahu menjodohkannya dengan Zul (Lakonan Mahmud Ali Bahsha) yang merupakan sepupu Safura. Hancur luluhlah hati Safura ketika itu. Puas dia memujuk kedua ibubapanya namun ibu dan ayahnya (lakonan Jalaluddin Hassan) tetap berkeras dengan alasan, isteri seorang askar akan cepat menjadi janda!! Huhuuuhuh lawak betul alasan tu...
Akhirnya Safura pun dikahwinkan dengan Zul, dan pada ketika itu juga Yusof sedang berjuang di medan perang dan akhirnya terbunuh!. Namun satu lagi rahsia yang tidak diketahui oleh kedua orang tua Safura adalah Zul merupakan tali barut komunis yang akhirnya ditangkap oleh pihak polis.
Apa kata ku?
- Apa yang aku bayangkan memang lain betol dari perkara yang berlaku. Bukan kisah-kisah patriot yang dipentaskan, sebaliknya kisah cinta yang meleret-leret sampai ke hujung. Hampeh. Aku bayangkan banyak la babak- babak perang dan perjuangan seorang patriot. Satu pun takda. Hanya peperangan melalui bunyi audio sahaja.
- Lakonan yang melampau, (over acting) daripada para pelakon utamanya. Entahlah, bagi aku macam ada yang tak kena je dengan pemilihan para pelakon. Serba tak lengkap dan kucar kacir.
- Perjalanan cerita yang tidak lancar, tersekat-sekat di setiap babak seolah-olah tiada latihan yang mencukupi.
- Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah secara miming, bukannya live! Hmmm hampeh lagi.
Satu je yang aku puji mengenai teater ni, props dan susunatur peralatan yang baik dan menarik. Hmm tak taulah nak bagi berapa bintang. Nasib baik beli tiket murah je. Aku tak taulah perasaan orang yang beli tiket sampai RM 120 tu macamana. Mungkin sedara mara diorang yang belakon tu kot. Huhuuuhuh. Dan satu lagi, ianya tak sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya yang sepatutnya hanya mementaskan teater-teater yang berprestij dan setaraf dengannya.
Hampeh...
untung nya aku tak tgk!!
ReplyDeletemwahaha
Tu la pasal encik deennasour...nyesal aku.
ReplyDeletetgk tak ajak owang pun..nak kena babap nih..
ReplyDeleteHehehhe gue pun diajak orang la cik yanie..lagipun citer tu tak besh...takyah la tengok..nyesal nanti...huhuuhu
ReplyDeletehaah la kakyanie..
ReplyDeletetak ajak kite pon..
cube la skali skala ajak kite...
kite dkt je ngn istana budaya tu..hehe
Ish ramainya yang nak itot nih... takpe...next project ada Ibu Zain...sapa nak ikut????
ReplyDelete