Posts

Showing posts with the label New Delhi

EPILOG: Tuk- Tuk

Image
New Delhi, sebuah kota yang tidak pernah sunyi. Deretan kenderaan yang membingitkan jalan raya, orang ramai yang bersimpang siur, dan bau masala yang menyusup hidung menjadi sebahagian daripada irama kehidupan kota ini. Di tengah kekalutan ini, tuk-tuk menjadi salah satu cara paling ikonik untuk menjelajah bandaraya yang penuh warna-warni ini. Kami memutuskan untuk menaiki tuk-tuk dari Connaught Place menuju ke India Gate, salah satu mercu tanda terkenal di New Delhi. Seawal langkah pertama ke jalan, pemandu tuk-tuk sudah melambai-lambai dan memanggil kami dengan pelbagai tawaran. "Madam, sir! Cheap ride! Best tuk-tuk in Delhi!" jerit seorang pemandu sambil tersenyum lebar. Tawaran tambang bermula dari Rs200, tetapi selepas tawar-menawar yang penuh dramatik, kami berjaya mendapat harga Rs100. Saat melangkah ke dalam tuk-tuk yang kecil itu, kami disambut dengan tempat duduk yang dilapisi kain bermotif tradisional, tetapi sudah pudar warnanya. Pemandu, seorang lelaki berusia pe...

Video Wednesday #1: New Delhi... Ammma

Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Mesti ramai yang bercoti lagi kan, aku dah naik kerja. Ok la, sebab hari ni hari Rabu, dan mood malas menaip pon ada (tamau la buat Wonderlust Wednesday sebab gambar-gambar aku tak cantek macam Abas Wanderlust tu) so aku tepek Video je yer. hehehe jangan mara haaaa. VIDEO: Perjalanan hari pertama sewaktu tiba di New Delhi. Kengkonon nak tido kat Airport tapi disebabkan sejuk yakmats dan tak berapa nak selesa..maka terus cari hotel murah (ala RM 24 semalam kot...bukan mahal nak bayar pon). Gigih la tengah-tengah malam tu naik teksi...dan masa ni jugak terkesima tengok bandar New Delhi buat pertama kalinya. Untuk kisah lanjut boleh rujuk di entry Incredible India .  Psstt: Pelakon utama Danny (Kaki Berangan). hehehe  WASSALAM.

Incredible India Part 12: New Delhi Again And Goodbye India

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung dari SINI ] Dah nak sampai ke penghujung dah cerita Kembara Di Bumi Kari aku ni... fuh sorry la sebab lama sangat tapi memang tak puas kalau tak cerita semua rasanya. Ok aku sambung lagi kisah selepas melawat Baby Taj , menyaksikan sunset di Taj Mahal dan malam terakhir di Agra.  Selepas makan malam (seperti biasa nasi putih, dan ikan bilis yang dibawa dari Malaysia ) kami pon bersiap-siap untuk tidur. Malam tu dah kena kemas semua barang sebab esok pagi kami akan berangkat semula ke New Delhi dengan menaiki keretapi.Yeay dapat naik keretapi lagi! Tapi sebenarnya setiap kali masa nak naik keretapi je, rasa takut tu mesti datang, takut kena tipu lagi... adoiiiii . Kami bangun pagi tu awal, pukul 4.00 pagi dah bangun, siap-siap beg, mandi dan terus bergerak ke lobi hotel. Di sana, tuk-tuk dah menunggu kami untuk ke Agra Cantt Train Station . Tambang tuk-tuk aku tak berapa ingat la, tak silap aku dalam Rs60 jugak. Keretapi kami ( Jbp ...

Incredible India Part 4: Red Fort, Jama' Masjid and Chandni Chowk Market + Sarojini Market (Again)

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung dari SINI ] Hari kedua di New Delhi kami bermula agak lewat. Dalam pukul 9 pagi baru kami keluar dari hotel memandangkan sibuk membungkus kain saree yang berguni-guni kami beli semalam. Disamping tu kami memenuhkan perut dengan mee segera ( Megi ). Pemandangan di pagi hari.. sibuk dan berjerebu. Tatau lah ni muka polis ke, askar ke atau penjaga bangunan Bila semua dah siap, kami pon menahan tuk-tuk di depan hotel je. Malas nak jalan jauh-jauh pergi cari tuk-tuk kat tempat lain. Lokasi pertama kami pagi ni adalah Red Fort yang terletak tak berapa jauh hotel kami. Harga tambang tuk-tuk ke Red Fort adalah Rs100 untuk satu tuk-tuk. Sampai di kawasan Red Fort, dari jauh lagi dah nampak dinding-dinding batu tersergam indah. Tak sabar dah ni nak masuk dan posing kekeke. Kami naik tuk-tuk ke Red Ford Wajah-wajah New Delhi Daripada jalan besar menuju ke kaunter tiket Red Fort agak jauh, lebih kurang 200 meter. Dan sep...

Incredible India Part 3: Lotus Temple and India Gate + Sarojini Market

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung lagi dari SINI ] Bile dah tak larat pusing-pusng di Qutub Minar Complex (walaupon tak habes pusing sebab kompleks ni sangat besar dan waktu tu dah terik nak mampos) kami pon beredar. Plan seterusnya nak ke India Gate, tapi sebelum tu boleh singgah di Lotus Temple . Kat luar banyak orang jual ice lemon drink ni..teringin tapi tak sanggup nak beli hehehe. Tuk-tuk yang kami naik. Mula la kompius nak naik apa sebenarnya untuk ke tempat-tempat tu. Mula-mula plan nak naik Metro MRT, tapi bila pikir-pikir balik macam malas pulak nak bersesak-sesak dalam MRT tu dengan panas dan penat bagai (hehehe sudah mula POSH di situ) akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki tuk-tuk saja ke sana.  Macam-macam strategi sebenarnya nak bargain for the best price for tuk-tuk . Strategi pertama yang kami cuba adalah cari tuk-tuk yang agak jauh dari pintu utama. Hmmmm sebenarnya cara ni pon takda la berkesan sangat! Sebab dan orang-oran...