Kansai, Japan (Part 10): Port of Osaka, Universal Studio Japan, Umeda Sky Building (Floating Garden of Osaka)

Assalammualaikum!!! Ok rasanya dah sampai ke penghujung entry pasal Kansai ni kot. Rasanya la, or mungkin ada satu entry rangkuman selepas ni, itu pun kalau rajin le hehee. Lama betul nak tunggu mood menaip ni sampai, sambil-sambil tunggu mood datang, macam-macam benda baru aku buat untuk tahun 2014 ni. InsyaAllah akan ditulis nanti. [ Sambungan dari Episode 9 ] Setelah puas berjalan di Osaka Castle dan Tsutenkaku Tower di sebelah pagi dan makan tengahari di restoran apa pun aku tak tau, kami seterusnya meneruskan perjalanan menaiki train ke Osaka Port . Untuk makluman semua, tarikan utama di Port of Osaka ni ada macam-macam seperti Aquarium, Muzium dan macam-macam lagi. Kami ke Port Of Osaka dengan menaiki train. Aku tak ingat turun kat station mana tapi tak silap aku ada stesen Port Of Osaka kat situ. Dan kena jalan kaki sikit la nak ke kawasan tepi laut. Kebetulan pulak masa tu cuaca memang dah sejuk dan hari pon dah nak malam so memang seronok la nak berja...