2014-02-02

Kansai, Japan (Part 9): Kura Sushi, Osaka Castle & Osaka Tower

Assalammualaikum!!!

Banyak betul perkara yang berlaku semenjak dua tiga minggu ni, dan masing-masing adala alasan sendiri untuk membenarkan ianya berlaku. Apa-apa pun, semua yang berlaku itu ada khikmahnya dan perlu diterima dengan hati yang terbuka. Masing-masing ada tanggungjawab dan perlu menyelesaikan urusan dunia di samping mengamalkan urusan-urusan akhirat. Semoga semuanya terus tabah dan tercapai segala maksud yang dicari, dan kenanglah hari-hari semalam kerana ianya mampu untuk memuhasabahkan diri kita di hari-hari yang mendatang.


Ha dah Episode 9 pun tak habis-habis lagi entry Kansai ni? Bertabahlah ye korang, sebab nak menaip tu memang mengambil masa yang sangat lama. Kadang-kadang tu sampai 2-3 hari pun baru siap 3 perenggan. Idea dari hati tu susuah sikit nak datang sebab jiwa berkecamuk dan bergelora. Emosi terganggu semua lah....so nak kene cari ketenangan dulu baru boleh taip entry. Hiks! Siapa yang sudi nak baca tu, bacalah...Sedangkan dalam Islam pun tiada paksaan, inikan pulak perkara remeh macam blog aku ni. :)

Malam itu, selepas berlegar-legar sekitar 15 minit di atas HEP5 Ferries Wheel, sempat jugak la kami berlegar-legar dalam shopping mall melihat apa yang patut. Dan paling diva ada pulak yang beli kasut tumit tinggi 8 inci 4 inci tu! Demi keriangan berganda ok! Dah nama pun VVIP kan! Stiletto bersais diva menjadi milik Tansree Coco malam tu untuk penggayaan mewah di istana nanti. Kisah stiletto VVIP nanti aku cerita. Memandangkan perut dah lapar, maka kami bercadang untuk try makan sushi! 

Apa, SUSHI???? Sejak bila pulak aku ni makan sushi? Sedangkan kat tanah Malaya ni pun aku tak pernah sentuh sushi, ada hati pulak ko nak makan sushi kat tanah Jepang ni kan? Dulu masa duduk sebulan kan Jepun pun aku tak sentuh sushi, tapi kali ni apakah yang membuatkan aku tergerak hati untuk menerima sushi dalam hidup aku? (Ewah ayat sangat la dramatik kan)

KURA SUSHI

Sebenarnya, memang dah pasang  niat angan-angan, kalau pergi Jepun kali ni, nak la merasa makanan local, contohnya macam tempura ke, inagiri ke, atau apa-apa sajalah janji makanan local yang signature gituh. Termasuklah sushi, dan malam tu impian nak makan sushi pun tercapai. Kami dapat tahu ada satu restoran sushi yang agak popular dan senang nak cari la dekat bandar Osaka ni, dan untuk ke restoran tu kene menapak juga agak jauh sebenarnya (naik train la dulu).

Depan kedai Kura Sushi
Bila pusing-pusing peta sambil tanya-tanya pada orang lokasi sebenar restoran sushi ni, maka akhirnya kami pun jumpa lah tempat tu. Nama restoran sushi tu adalah Kura Sushi. Tapi bila pandang je kat luar kedai tu, nampak la bukan main panjang punya peraturan barisan! Rupanya kena ambik nombor kat dalam tu sebab ramai orang, memandangkan kami berlima so kami nak la duduk kat meja, bukan kat meja kecik yang mengadap eskeleter sushi tu. (ada ke orang panggil eskeleter sushi?) jadi terpaksa la tunggu lama sikit. Dekat sejam jugak la kami menunggu kat luar, so to kill the time we did what we did macam dalam video kat bawah ni. :) enjoy hehehe.

Ok jangan tiru aksi sengals di atas kekeke.

Aku berani makan yang ni je, yang salmon2 bagai tu aku tak lalu nak telan.
Tunggu la mana sushi yang berkenan di hati lalu kat situ.
Nak tekan-tekan menatang alah ni memang tak paham satu benda pun...
Memang ramai orang malam tu.
Ok dah dah jangan nak gelak lelebih, kami tau kami comel. Sambung balik. Dah sejam menunggu akhirnya dapat la kami makan sushi. Aku just makan beberapa piring je (wah macam banyak je bunyinya kan!). Ada yang udang bersalut cheese bakar tu yang terbaik! Aku makan yang tu je la kot, yang pelik-pelik mentah tu aku tak lalu nak telan... tapi Miss B kemain lagi dia telan semua kekekeke. Ratu sushi katanya.

Ini kami hehehe.
Ini bil aku.
Hasilnya hiks.
Ok habis makan sushi kami pun bergerak la balik hotel. Penat dah rasanya seharian berjalan kaki. Rasa macam nak tercabut kaki pun ada. jadi tamat kisah malam tu.

Malam tu lepas ke Kura Sushi sempat lagi pegi shopping kat HRC Osaka.

OSAKA CASTLE

Keesokan harinya, selepas bersarapan Megi dan serunding kami meneruskan misi menjelajah Osaka City dengan menggunakan City Pass. Destinasi pertama yang kami tuju adalah Osaka Castle. Nak ke Osaka Castle ni kena naik subway la. Dari hostel tu kami terus menuju ke Osaka Castle. Aku pun dah lupa nama station tu, tapi kat peta City Pass tu ada tulis...atau nak senang korang Google je la. Dunia di hujung jari kan.(Rasanya berhenti kat station Osakajokoen)

Di tembok luar istana.
Kawasan depan pintu masuk istana.
Pintu masuk istana.
Osaka Castle.
Osaka Castle ni sangat besar kawasan dia! Dan kena menapak agak jauh juga dari stesen keretapi. Dari jauh dah nampak pagar-pagar batu yang mengelilingi kawasan Istana dan keliling istana tu mesti ada kolam atau tasik. Itu adalah standard / tipikal istana di Jepun dan negara-negara lain seperti di Korea dan China. Tujuannya untuk pertahanan juga.

Osaka Castle ni memang cantik la dan keluasan kawasan di menara utamanya adalah 1 km per segi! Besar ok. Masa tu jugak bukan main ramai rombongan cik kiah, rombongan sekolah yang datang melawat. Rasa macam serabut la jugak tapi kami tetap menten posing-posing depan istana tu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang menariknya, pakcik tukang kutip sampah pon pakai costume ala-ala samurai tau.! Kekeke comel je, bila semua berebut-rebut nak bergambar dengan dia walhal dia sibuk nak buat kerja kutip sampah. Namun dia masih tersenyum melayan karenah peminat hehehe.

Osaka Castle.
Hmmmm abaikan.
Pengutip sampah yang bergaya.
Ok sambung buat kerja.
Wow Retis ke tu?????
Firstime jugak dapat tengok pokok ginko.
Tak lama dalam kawasan Osaka Castle tu, tak naik pon atas menara atau masuk dalam bangunan istana sebab tengok macam pack sangat dengan orang, so pasrah je la tangkap gambar je kat luar.

Ramai budak-budak sekolah.
Macam-macam peringkat budak sekolah.
Mesti seronok bebudak ni dapat keluar sekolah kan.
Masing-masing disiplin je.
Seterusnya kami ke Tsutenkaku Tower! Nak berjalan ke tren station dari Osaka Castle tu pun satu hal jugak sebab jauh yakmats. Nasib baiklah cuaca sejuk.

Laluan ke stesen keretapi.
TSUTENKAKU TOWER.

Kami tiba di kawasan Tsutenkaku Tower dah tengahari macam tu la. Dari jauh dah nampak bangunan menara yang tersergam indah. Tapi sebenarnya Tsutenkaku Tower ni bukan tinggi sangat pun, dan ia digunakan sebagai menara telekomunikasi utama di Osaka dan juga tempat tumpuan pelancong. Tsutenkaku tower ni terletak di dalam kawasan Shinsekai.

Tsutenkaku Tower.
NOTA: Shinsekai (新世界) is Osaka's "new world," a district that was developed before the war and then neglected in the decades afterwards. At the district's center stands Tsutenkaku Tower, the nostalgia evoking symbol of Shinsekai. The area was developed into its current layout following the success of the 1903 National Industrial Exposition, which brought over five million people to the neighborhood within just five months. Shortly after the expo closed its doors, work began to improve and update Shinsekai. - sumber Google.
Tinggi jugak sebenarnya.
Nak naik Tsutenkaku Tower ni pon satu hal jugak...orang bukan main ramai. Memandangkan nak naik jugak, maka beratur la jugak kami kat situ. Dalam 20 minit macam tu baru dapat naik lift. Sebab Tsutenkaku Tower ni merupakan bangunan yang agak lama (old fashion sikit la) so lift dia pon macam lift bangunan lama dan boleh masuk beberapa orang je. Tu yang jadi lambat tu.

Tengok tu ramai orang beratur...ni baru kat bawah.
Tikit sehalus kurma.
Tsutenkaku Tower dibina semula selepas perang dunia kedua dan rekabentuk binaannya lebih tinggi daripada yang asal.

NOTA: Tsutenkaku Tower is patterned after the Eiffel Tower, the original Tsutenkaku Tower with a height of 64 meters, was built in 1912 which was the tallest structure in the Orient at the time. The current Tsutenkaku Tower was built in 1956 with a height of 103 meters and has an observation deck on its 5th floor, where you can meet a charming God of Happiness, Billiken statue.- Sumber Google.

Apa yang ada dalam Tsutenkaku Tower ni?

Ni orang beratur kat tingkat atas pulak.
Keadaan di observation deck.
Ada pelbagai karektor kartun Jepun kat atas ni yang dipamerkan di sepanjang laluan pengunjung. Dan yang paling fames adalah karektor kartun Kinnikuman (muscle man)...aku rasa macam pernah la jugak tengok kartun tu tapi aku tak minat sebab macam pelik je ceritanya hehehe. Tapi memang karektor katun tu bersepah-sepah kat atas tower tu.

Pemandangan kotyaraya Osaka.
Kat atas tu macam biasa la, sama je macam observation-observation deck yang lain, boleh la tengok kawasan keseluruhan di Osaka. Kami pun tak lama duduk kat atas tu sebab dah lapar dan tak tahan sangat. Lepas turun daripada Tsutenkaku Tower, kami pun menuju ke sebuah restoran yang terletak di hujung lorong di Shinsekai road. Ada satu restoran kat situ yang kami dah servey awal-awal lagi.

Restoran tempat kami makan.
Makanan kami.
Nasi goreng seafood.
Kat restoran tu masing-masing order nasi goreng yang lazart! Alhamdulillah rezeki kami hari tu, sambil makan sambil tulis poskad jugak heheh dan tampal-tampal setem yang kami dah beli kat Kyoto hari tu. Tak ingat pulak nama restoran tu apa, selalunya aku ada tulis kat henpon aku tapi bila aku cek tadi takde pulak nama restoran tu. Takpelah, tak penting pun, kalau nak makan ada banyak kedai kat situ tapi pilihlah dengan bijak.


Baca doa dulu sebelum makan.
Makan sambil tulis poskad.
Alhamdulillah dah selamat sampai pon. :)
Ok nanti aku sambung entry terakhir di Osaka. InsyaAllah... tak banyak dah nak cerita, rasanya dah almost 95% dah tulis kat blog ni dan blog kengkawan yang lain. Kalau rajin silalah baca. Ini kisah kami, dan apa yang kami buat dan lalui sepanjang 7 hari di Kansai. 

Bersambung....

Pssst: Panjang pulak mukadimah aku tu kan, just nak cakap Good Luck to KB. semoga success dan jangan lupa diri di tempat orang.

WASSALAM.

31 comments:

  1. besar eh kawasan istana tu...aku ada baca gak sblm ni...tgh berkira2 utk masuk dlm itinerary...tp pikior nak bawa org tua, takut diorg penat plak nanti...harap2 le tak sesak dan ramai org nanti...hehuuuuu~

    btw, mukadimah tu nampak ko rindu kat KB tu...hehe pi crik tiket jumpa dia kat sana.... =D

    ReplyDelete
  2. mmg smart la pakcik samurai tu...

    law ada rezki g makan sushi, mesti try sushi salmon n sotong....
    siyes sedap n manis but beli yg kat jepun la coz ikan dia fresh2....

    yg nama station 2 mmg btul coz osakajokoen tu maknanya istana osaka...(sambil tgk balik buku teks jepun)

    ReplyDelete
  3. wah best je baca trip kat kansai ni janggel! Ermm... dapat ilham plan ke sana pulak nanti. insyallah.
    video tunggu sushi tu memang terbaik lahh kelakornyer! muahahaha....
    part akhir yang makan nasik goreng tu nampak sedap banget! hehehe

    ReplyDelete
  4. mcm comel je stamp doreamon tuu.. hee... (dlm hati,'nak stamp tuu, blh?'hehe...)

    ReplyDelete
  5. menariknya trip korang nih.. (pasang angan-angan, ikat ketat-ketat kat kepala).. :)

    ReplyDelete
  6. Teringin nak ke sini jugak... tapi lambat lagi kot... tabung ayam belum penuh lagi...

    Dulu tak plan turun di Osaka, walaupun shinkansen ada transit kat sini dari Kyoto...

    ReplyDelete
  7. Castle Osaka tu cantik penuh pokok yang hijau.. kalau winter .. kering jer... huhuuu... lepas ni pi Autumn pulak la :D

    ReplyDelete
  8. Wah cantiknya Osaka Castle tu...orang yang bergaya depan Castle tu pun apa kurangnya :)

    Memang nampak lazart nasi goreng Jepun tu...besar-besar beras dia kan, nampak sticky dan lembut...mesti makan pun puas.. :)

    Oh macam tu rupa pokok Gingko.

    ReplyDelete
  9. Nak poskad..nak poskad..eh boleh gitu?

    Hamboiii kak anash! Retis sgt tu!

    ReplyDelete
  10. kitorang masuk dlm castle tu, mmg jenuh la beratur gak dlm tu tapi ikut line and tangga dia sgt steep...best gak, kalo ada rumah, aku nak rumah camtu hahaha!

    byk la ko punya eskeleter hahahahaha! tapi aku mmg suka sushi...nanti nak makan kat kedai! (sbb tak penah lagi makan kat kedai sbb takde duit huhuhu)

    wow tansree berjalan dgn high heels tajam tu ke??? naik tower plak tu??? salute!!!

    ReplyDelete
  11. Serius ke tu pengutip sampah? hahahah bongok betul lah siap ada uniform mcm samurai!

    AKu dah 2 kali pegi jepun tapi tak termakan jugak sushi..kena pegi kali ke 3 kot kekeke.. amboi ada cat women!

    Rindu kat orang tu...sob sob sob

    ReplyDelete
  12. melopong kejap melihat kak anash ngan high heel tu..tak sakit kaki ke kak..bergaya sakan akak yer...nampak muda remaja lah..ehh..ni blog REn ke blog kak Anash ni..tetiba komen pasal kak Coco lak kan..alah..Ren pun apa kurangnya

    hik..postcard tuk diri sendiri kew..

    pemungut sampah pun ada pakaian khas tu..mmg menarik

    ReplyDelete
  13. DJ:

    Haah kawasan istana tu besar jugak la, tapi takpe aku rasa parents ko boleh kot jalan dalam tu.

    Huuummm rindu le jugak.

    ReplyDelete
  14. Takky:

    Haah smart kan fesyen pakcik samurai tu.

    InsyaAllah ada rezeki boleh la pegi nanti.

    Oh thanks yer sebab bagitau maksud nama station tu.

    ReplyDelete
  15. Farel:

    Hahaha biasa la tu kalau bab merepek mmg saya suka.
    Nanti try la terjah Kansai pulak, maklumla kan baru lepas balik dari Korea,...kekeke

    ReplyDelete
  16. Cik Nufa:

    Haaaa somel kan stem doremon tu... nak ke? Limited edition je tu.

    ReplyDelete
  17. Phoenix:

    Ala kalau awak pergi dengan kengkawan pon mesti best juge :)
    Silalah buat plan ke sana.

    ReplyDelete
  18. Mie:

    Ha lepas ni tunggu tabung ayam penuh boleh la ke situ pulak. :)

    ReplyDelete
  19. TT:

    hamboi nak pegi time autumn pulak yer... ok silalah pegi, dan jangan lupa posing!

    ReplyDelete
  20. Kak NA:

    Haah besar castle ni dan cantik, hehehe bergaya tu hobi je kekeke.

    Haah macam tu la rupa pokok ginko. saya pon baru tau.

    pst: saya bukan botanist.

    ReplyDelete
  21. Syieda:

    Nak poskad bgi alamat hehehe.

    Kak Anash tu bukan setakat Retis, tapi VVIP juge hew hew hew

    ReplyDelete
  22. Biqque:

    Haaa kami mmg tak sanggup nak masuk sebab ramai sangat org. Ko memang gigih kekeke.

    Hahahaha dah aku tatau nama mesin bergerak tu apa, panggil eskeleter je la.

    Ha ko mampu ke biqque jalan-jalan pakai heels macam tansree tu>??"?

    ReplyDelete
  23. Chawanna:

    Haaa la memang tu uniform diorang la tu.

    Sushi tu pon mmg aku firstime makan kat Jepun kekeke.

    Rindu jugak kat orang tu.....

    ReplyDelete
  24. JM:


    Hahaha macam tu la kak anash travel, bergaya tau! Jangan memain hahahaha.

    Haah tu poskad untuk diri sendiri.

    Comel kan baju pengutip sampah tu.

    ReplyDelete
  25. Serius aku pun melopong tgok kak anash wearing high heel yang sangat2 high lak tu... Daebak!!. Kak anash mmg retis gitu..

    ReplyDelete
  26. Hee.. somel sgt stamp tuu...haha
    aishh patut minta b4 this entry coming out kan.. haha

    ReplyDelete
  27. kiki...
    vvip le kunun

    aduiii
    pesal la tepek gambar tuh ren hoiiii....
    malu akak laaa...


    (kekekekek)

    ReplyDelete
  28. wahhhh ade p/s note utk aku kt bawah tu. terima kasihhhh! ;)))

    ReplyDelete
  29. Salam Kenal. Seronoknya tgk nasi goreng sedap tu...tak sabar nak kesitu jugak...hehehe

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS