Assalammualaikum!!!
Terlebih dahulu TAKZIAH kepada
Kak Coco di atas pemergian ibunda tercinta pada 30 Disember 2013 yang lalu. Semoga
Kak Coco tabah menghadapi dugaan ini. Kami sentiasa ada bersama akak.
* * *
Memandangkan ini merupakan
entry pertama di tahun baru 2014, maka aku akan memulakan dengan
entry mengenai
Maskot Visit Malaysia 2014 yakni
Proboscis Monkey atau lebih dikenali sebagai
Monyet Belanda!!!
VISIT MALAYSIA YEAR 2014
Ayuh melancong ke Malaysia...kami sambut anda dengan belaian mesra!!! (Haaaa gitew)
Ok berbalik kepada cerita Monyet Belanda. beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan melawat ke Sanctuary Monyet Belanda (Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary) - LBPMS yang terletak di Sepilok, Sandakan, Sabah. Kalau diikutkan dari pusat bandar Sandakan, kedudukan Labuk Bay ini adalah lebih kurang 14 km melalui jalan darat.
|
Signboard di tepi jalan sebelum menuju masuk ke kawasan LBPMS. |
|
Terdapat dua Platform yakni Platform A dan B. |
Masa mula-mula nak ke situ, memang terasa sangat teruja sebab ingatkan tak sempat dah nak merayau-rayau tengok orang utan bagai kat Sandakan ni, tapi alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk melihat sendiri habitat Monyet Belanda ni. Syukur sangat flight balik ke Kuala Lumpur adalah di sebelah malam, jadi siang tu kami punya masa untuk ke situ.
Untuk makluman, terdapat dua Platform bagi menyaksikan habitat Monyet Belanda secara dekat iaitu Platform A dan Platform B. Kami sempat pergi ke kedua-dua point tersebut. Untuk masuk ke kawasan Lubuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary ni, harga tiket per entry adalah RM 15 / seorang untuk local (dewasa) dan RM 5 untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk international visitors adalah berbeza yakni RM 60 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Jangan dilupa, bagi sesiapa yang bawak kemera, kena bayar RM 10 per kemera yer.
|
Kaunter tiket. |
|
Tiket berharga RM 15.00 |
NOTA: LBPMS asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit seluas 400 ekar. Namun, setelah menyedari sebahagian kawasan bakau di dalam kawasan ladang kelapa sawit ini menjadi habitat kepada monyet-monyet Belanda, pemilik tanah ini telah membangunkan kawasan ini sebagai sanctuary Monyet Belanda untuk dipelihara daripada di ancam kepupusan.
Setelah membeli tiket dengan harga RM 15, kami meneruskan perjalana menuju ke Platform A. Adalah penting untuk mengetahu waktu-waktu makanan diberikan kepada monyet-monyet ini, kerana jika kita datang pada waktu yang salah, kemungkinan agak sukar untuk melihat gelagat monyet-monyet ini. Berikut adalah waktu-waktu makan yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan:-
Platform A : 9.30 pagi hingga 2.30 petang
Platform B : 11.30 pagi hingga 4.30 petang
|
Platform A. |
|
Laluan ke Platform A. |
|
Titi kayu ke Platform A. |
Tapi menurut jurupandu kami, dalam sehari monyet-monyet tersebut akan diberi makan sebanyak dua kali iaitu di sebelah
pagi (9.30 pagi) dan sebelah petang (3.30 petang). Maka sedang elok la kami sampai kat tempat tu pon dalam pukul 3.00 petang. Ingatkan
Platform A tu dah tutup, tapi nasib baik masa kami sampai tu ia masih di buka dan ada pulak orang buat penggambaran dokumentari kat situ.
Alhamdulillah rezeki.
Lepas park kereta di kawasan yang disediakan, kami pon berjalan menuju ke Platform A melalui titian yang disediakan di celah-celah paya bakau! Memang best giler... dan titian yang dibina pun nampak selesa dan sesuai dengan tempatnya.
Kami menunggu masa penjaga memberikan makanan kepada monyet-monyet tersebut. Sementara menunggu tu aku boleh la nampak beberapa ekor monyet yang sedang menunggu di atas pokok. Dari kejauhan mereka melompat-lompat tapi mereka tak datang ke platform lagi.
Penjaga tempat tu bagitau kami yang, satu kawanan / kumpulan monyet Belanda terdiri daripada seekor Monyet Belanda Induk (Jantan) dan 20 ekor Monyet Belanda betina! Wow surrga giler monyet jantan tu kan... itulah lumrah kehidupan mereka. Dan memang betul, bila tengok kumpulan yang datang tu, ada sekor monyet yang besar gila sedang memerhatikan monyet-monyet lain yang saiznya agak kecik.
|
Menunggu monyet-monyet datang makan. |
|
Diorang duduk jauh-jauh je. |
|
Makin lama, sekor demi seekor muncul. |
|
Lalu mereka duduk melepak sambil menunggu waktu makan. |
|
Memerhatikan kawasan Platform dari jauh. |
Tiba masa makan, penjaga akan menaburkan makanan ke atas platform yang terdiri daripada roti dan beberapa buah-buahan (kot aku lupa nak tanya) dan masa tu lah semua monyet akan datang serbu
platform! Giler la memang banyak dan muka mereka memang pelik kekeke. Suka tengok hidung yang besar tu. Dan kalau perhati betul-betul,
anuuuuu monyet jantan tu warna hitam dan sentiasa terpacak ke atas! (hahahaha agaknya sebab tu ada 20 ekor monyet betina kat keliling dia kot?).
|
Inilah monyet Induk...see what i see? |
|
Ayuh minum...dahaga yer. |
|
Ayuh makan!!! |
|
Tengah makan pon sempat lagi berprojek!!! |
|
Jangan rebut-rebut! Malu orang tengok. |
|
Redho...kena makan sorang-sorang. |
Selesai tengok di
Platform A, kami bergegas pulak ke
Platform B. Keadaan di
Platform B lebih besar dan terdapat beberapa ruangan atau bilik untuk tanyangan video, ada cafe dan adak kedai cenderamata. Kat situ jugak boleh tengok monyet-monyet
Belanda diberi makanan. Kami sempat la
shopping beberapa cenderamata kat situ, tapi awas ye, FM kat situ mahal!!!
Seketul je dah RM 8! Haish standard obersi sangat!
|
Laluan ke Platform B. |
|
Saya dan Monyet Belanda. |
|
Pon bolehhhhh. |
Untuk yang berminat nak ke
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary boleh lah menjenguk ke
website mereka di
http://www.proboscis.cc/the_sanctuary.html . Macam-macam info ada kat situ dancara-cara nak ke situ pon ada ditunjukkan beserta dengan peta yang lengkap, jadi... tunggu apa lagi? Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni ayuh kita ke sana!!!
WASSALAM.