2014-01-20

Visit Malaysia 2014: Sandakan, Sabah (Bornean Sun Bear Conservation Center At Sepilok)

Assalammualaikum!

Sedih sebab lens kemera yang banyak berbakti telah masuk sepital. Kos rawatan pulak mencecah ratusan ribu ringgit. Terasa gelap sekejap dunia ni #drama... terpaksa pakai henpon je kalo nak amik gambo lepas ni. #nanges. Mesti korang menyampah kan sebab aku asyik citer pasal lens rosak je, bertabahlah.

OK aku sambung lagi kisah di Sandakan, Sabah. Jika sebelum ini aku ada tulis mengenai salah satu tempat tarikan pelancong di Sandakan iaitu 'Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary' (Rujuk SINI), kali ni aku nak kongsi pulak mengenai satu tempat yang masih belum dibuka sepenuhnya. Aku dapat masuk tempat ni pon dulu sebab atas urusan kerja. Alhamdulillah, syukur dapat merasa tengok dulu tempat ni sebelum dibuka secara rasmi.

Tempat yang aku pergi ni merupakan pusat konservasi beruang matahari di Sepilok, Sandakan Sabah atau akan dikenali sebagai Bornean Sun Bear Conservation Center (BSBCC). Lokasi pusat ini adalah betul-betul di sebelah pusat konservasi Orang Utan yang popular di Sepilok. Kalau nak ke sana boleh Google, insyaAllah jumpa.

Laluan yang disediakan.
Masih mengekalkan bentuk mukabumi berbukit.
Buat masa sekarang ada beberapa ekor beruang , matahari telah ditempatkan di pusat ini. Teringat satu cerita daripada salah seorang penjaga di sini mengenai salah satu beruang yang ditempatkan di sini. Menurut beliau, anak beruang tersebut ditemui di sebuah kawasan perumahan dan berlegar-legar di laman rumah salah seorang penduduk. Mereka mengesyaki yang anak beruang matahari tersebut terlepas daripada kurungan dalam kawasan tersebut.

Mana beruang-beruang matahari ni tak muncul-muncul.. nampak tak kat atas pokok tu?
Aku dimaklumkan bahawa beruang matahari merupakan spesis yang sering ditangkap dan dijual samada untuk mendapatkan daging, kulit atau mana-mana organ yang lain.

Cak? Saya di sini!!! 
Saya suka makan semut ... #eh betulke?
Beruang-beruang matahari kat sini akan dilatih juga dengan disiplin masa makan, sama seperti di pusat-pusat konservasi yang lain. Maksudnya akan ada masa -masa tertentu mereka akan diberikan makanan, manakala di masa-masa lain mereka akan mencari makanan secara semulajadi.

Haluuuuuu
Nak tengok tak saya panjat?
Show off! Hahahaa
Ruangan plantar yang disediakan. Pengunjung tidak dibenarkan membuat bunyi memanggil beruang dan dilarang memberi makan beruang.
Secara keseluruhannya, pusat konservasi ini amat bagus bagi tujuan melindungi spesis beruang matahari yang terancam. Kawasan ini juga luas dan mesra pengunjung. Pusat ini dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2014 yang  Jangan lupa singgah di situ yer!

Untuk maklumat lanjut boleh layari website
http://sunbears.wildlifedirect.org/2014/01/14/bornean-sun-bear-conservation-centre-soft-opening-jan-16/

WASSALAM. 

16 comments:

  1. Alahaiiii dugaan tahun baru 2014. Lens masuk spital kena operate ke? Huhuhu kena bukak tabung gajah ni semuga dapat bayar duit spital lens. Bertabah je lah ya.

    Sejuknya mata memandang alam yang penuh kehijauan.

    ReplyDelete
  2. wah sepilok dah ada tmpt sunbear plak..dulu org utan je..bagus la sape nak ke sandakan ni, mcm2 tmpt leh pi kan...ko takpi makan ikan bakar kat pasar sim-sim tu?

    ReplyDelete
  3. sun bear ?
    ala
    comei ok?
    btw gambo yang kata ada di pokok tu...mmg akak tak nampak mana sunbear nyer..tipu ke?


    kbai

    ReplyDelete
  4. Wah..bestnya....mimpi saya adalah teringin nak peluk bear...agak-agak apakah rasanya bila peluk bear?

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaaaa teringin nak pegi sana....

    ReplyDelete
  6. Comelnyaaaaaa teringin nak pegi sana....

    ReplyDelete
  7. Klau kos rawatan begitu tggi better cai baru
    Ren udah pulang kamu dr itu bengkok
    Sunbear tu ada sekor je ke sian dia x ada teman
    16 jan 2014 kiranya bar lagi lah eh around 2 week lah eh

    ReplyDelete
  8. Siannya lens awak tu..salam takziah..

    ReplyDelete
  9. DJ:

    Haah baru tempat ni, nanti boleh la pegi :)

    ReplyDelete
  10. MKL

    Rasanya seperti pelok teddy bear

    ReplyDelete
  11. JM:

    Ada ramai sunbear kat situ, ni pon dalam gambar adalah sunbear2 yang berbeda.

    ReplyDelete
  12. Eeri.

    Ish cane nak nyebut nama ni. Ha kalau teringin silalah pergi sana hehe

    ReplyDelete
  13. Saya nak peluk sunbear ketat ketat..heheheh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS