Pulang dari
Kinkakuji Temple kami terus ke hostel untuk mengambil bagasi anak gajah yang kami tinggalkan di sana pagi tadi untuk balik ke
Osaka. Ewah, macam nak balik kampung pulak kan! Hahaha. Masa ni pun dah lebih kurang jam 1 tengahari macam tu la, aku tak ingat. Maka sempat la jugak solat dan
lunch kat hostel (area
communal tu bebas la kalau kita nak guna cuma tak boleh naik je ruangan bilik tidur). Sambil-sambil tu kami kaji peta laluan bas yang paling mudah untuk ke
Kyoto Station.
|
Masa tengah tunggu bas nampak pulak ada parade dari budak-budak skolah... comel je diorang sepanjang2 jalan menari. *(Rujuk Video kat bawah) |
VIDEO: School Parade.
Lepas selesai semua benda yang nak dibuat kat hostel, kami pun bergerak menuju ke stesen
Gion Shijo untuk naik bas menuju ke
stesen Kiyomizu, kat situ kami amik bas
no 100 untuk menuju ke
Kyoto Station. Neves jugak la nak naik bas sebab beg-beg kami yang besar tu dan orang sangat ramai! Jenuh la bersesak-sesak dalam bas nanti.
Orang lalu lalang kat
bus stop tu pun asyik pandang-pandang je, pelik tengok sekumpulan anak muda (gitew... muda ke?) Menyandang beg tunggu bas. Akhirnya bas menuju ke
Kyoto Station pun tiba. Memang ramai orang dan sesak giler dalam bas tu. Bertabah jelah siapa-siapa yang tersendol beg dengan aku tu ye hiks.... maaf dipinta, nanti pos kad raya minta maaf. Oh lupa, tambang bas semua kami pakai
Kyoto City Pass yang bayar
500 Yen pergi ke mana-mana saja dalam satu hari tu.
So dah kira jimat di situ.
Perjalanan ke
Kyoto Station mengambil masa lebih kurang 40 minit macam tu. Kami tiba di
Kyoto Station dan terus ikut arah
signboard menuju ke
Shinkansen station, wah naik
Shinkansen ke???
Shinkansen
Ha untuk pengalaman balik ke
Osaka kali ni, kami akan menggunakan perkhidmatan
Shinkansen, walaupun hanya sekangkang kera je jarak dari
Kyoto ke
Osaka. Selalunya orang naik shinkansen untuj perjalanan yang jauh.
So diorang boleh la singkatkan masa perjalanan. Kami pun nak singkatkan masa perjalanan juga! Hiks.
Sebenarnya
bloger tersohor Chawana (sila Google blog beliau kalau tak tahu) yang bagi cadangan untuk naik
shinkansen tu, ala sekadar nak merasa kan. Dulu masa aku ke
Jepun pun tak berpeluang naik
shinkansen, so why not kali ni kita cuba kan.
|
Shinkansen Tracks Office. |
|
Ni la rupa tiket Shinkansen tu. Kecik je. |
Kami pun berjalan menuju je kaunter tiket
shinkansen. Senang je kalau korang ikut
signboard...
konfem jumpa. Kami takda buat
pre-booked pon tiket
shinkansen tu memandangkan tiketnya boleh dibeli secara
walk in. Mula-mula tengok kat mesin tu macam tak berapa nak paham sebab takda bahasa
Inggeris, lepastu aku biarkan
John, MasMZ dan
Miss B yang uruskan tiket di kaunter, manakala aku dan
Tansree Coco duduk tepi pintu jaga beg hehe.
Alhamdulillah, dapat beli tiket
shinkansen dengan harga
1380 Yen, dan jangan lupa tunjuk
passport kat kaunter tu masa beli tiket. Kami beli tiket menuju ke
Shin-Osaka Station.
Perjalanan dari
Kyoto ke
Osaka dengan menaiki shinkansen akan mengambil masa hanya 10 minit!!! Kalau naik
tren biasa mau makan masa
45 minit ke Osaka, jadi kami dah dapat jimatkan banyak masa kat situ.
|
Ni la rupa shinkansen itik yang kami naiki ! :) |
Masa tengah tunggu
shinkansen tu sampai kat
platform, kagum jugak la bila dapat tengok macam-macam jenis keretapi ada lalu kat situ. Yang betuk macam satria baja hitam pun ada!
Tak lama menunggu akhirnya shinkansen kami pun sampai. Wah muncung macam itik gitew. Jakun la jugak kan sebab tak pernah naik!
VIDEO: Shinkansen is Coming!!! Jakun
Kami kena naik pada gerabak yang dia dah tulis di dalam tiket. Dalam gerabak tu sukatilah duduk kat mana-mana
seat yang kosong. Ala lagipun perjalanan 10 minit je kan,. Masa masuk tu terasa macam masuk dalam kapal terbang pulak hehehe. Kami pun duduk je la kat mana-mana seat yang kosong. Ramai jugak penumpang hari tu.
Video: Tansree Coco di dalam Shinkansen
Shinkansen yang kami naik ni bukanlah
shinkansen yang paling laju, tapi la jugak kalau dah melebihi
300km/jam tu kan, cuma tak berapa nak rasa kelajuan tu sebab tempoh perjalanan kami cuma 10 minit je.
|
Mengintai ke luar jendela.... |
Samapi di
Osaka Station, kami pun berkumpul di satu tempat. Macam biasa, aku dan
Kak Coco tukang jaga beg, manakala yang lelain tu pegi beli
2 days passes dengan harga
2700 Yen. Menurut kata diorang susuah jugak nak cari kaunter pass tu tapi alhamdulillah jumpa jugak akhirnya.
|
Kami penjaga bagasi anak gajah. |
Apa yang ada dengan 2 days passes tu?
Untuk pengetahuan semua,
2 days passes yang kami beli tu ada banyak tiket ke beberapa tempat tarikan utama pelancong di
Osaka. Untuk sesiapa yang plan nak duduk lama di
Osaka adalah disarankan membeli pass tersebut kerana ianya memang berbaloi.
|
Ni la rupa Day Pass yang telah dibeli...untuk naik train dan bas. (Gambar blurr) |
Kami tak sempat pun nak pakai dan pergi semua tempat
hotspots kat
Osaka ni, hanya beberapa tempat je yang kami pilih dan rasa mampu pergi dengan menapak.maka lepas dah dapat pas-pas kami, kami pon terus naik tren untuk kembali ke
Dobutsuenmae Station di mana kami telah
booked Hotel (wah kali ni duduk hotel ok!) ye kami
booked hotel tapi murah!
Why not kan kalau dah murah
standard macam hostel. Nama hotel tu adalah
Taiyo Hotel. (Ye tau, bunyi macam nak sama je dengan
Toyo Hostel yang kami duduk dulu,
sebab lokasi pon dekat-dekat je, jalan depan sikit jumpa la
Toyo Hostel tu). Untuk maklumat lanjut mengenai
Taiyo Hotel ni silalah rujuq ke
blog Kaki Berangan di SINI. (Wah senang kan kerja aku!) hahaha.
Ok lepas dah simpan barang dan berehat serta makan malam. kami pun keluar semula. Mestilah kena gunakan
pass yang kami dah beli tu sepenuhnya kan, kalau tak rugi la.
So malam tu kami pergi naik
Feris Wheel! Wah dah lama tak naik menatang alah ni sebenarnya,
so kali ni naik pulak kat Jepun pulak tu! Haaaaaaa suka sangat.
HEP Five Ferris Wheels
Ferris Wheel ni terletak di bangunan
HEP Five bangunan ni tinggi la jugak dan merupakan
shopping complex setinggi 8 tingkat. Kaler menatang alah tu kaler merah, memang agak rare jugak la nak jumpa
ferris wheel kaler merah. Dan boleh dikatakan mega jugak la bulatan dia.
|
Tiket nak naik Ferris Wheel. |
Memandangkan satu gondola tu boleh naik 4 orang je,
so kami pun berpecah la naik 2 gondolo. Memang best la dapat menyaksikan pemandangan bandar
Osaka di waktu malam. Ada pulak yang gayat kan, takut tinggi, maka duduk berkepit je dalam gondola. Masa gondola tu kat bawah, kemain lagi beraksi posning bagai. Siapa lah gamaknya tu.
|
Ni rupa gondola yang boleh masuk 4 orang saja. |
|
The Structures |
|
Pemandangan di waktu malam, Bandaraya Osaka. |
|
Lagi gambar pemandangan di waktu malam Bandaraya Osaka. |
|
Sopan je kan mereka...gayat katanya. Dok diam-diam situ. |
|
MasMZ dan Miss B di rumah sebelah. |
|
Besar sungguh Osaka ni. |
VIDEO: Tansree Coco dalam Feris Wheel
Ok nantilah aku cerita pasal restoran
sushi dan
shopping stiletto kat
Osaka. Wah! Siapalah gerangan empunya
stiletto tu kan?
... bersambung.
WASSALAM.
kalao bukan first, nak komen dalam hati je....
ReplyDeletehahahahahaa
Masmz:
DeleteGitew... Ye awak first!
comel je bagasi anak gajah... hehe..
ReplyDeletei'm waiting for next entry :)
Cik Nufa:
DeleteBerat tu.... Tunggu yer nex entry. ;)
Boleh tahan kebesaran anak gajah masing2
ReplyDeleteAzra:
DeleteDemi keriangan berganda katanya.
Masa beli tiket tu ramai tak penjual tiket yang berbahasa Inggeris?
ReplyDeleteBagaimana Ren menangani masalah kalau ada yang tak tahu English?
Kak NA:
DeleteKebiasaannya diorg tak pandai english pun so kena guna bahasa isyarat dan bahasa tubuh badan la hikssss
Gondola itu menggoda ye..
ReplyDeleteMKL
DeleteHaaah menggoda ye, boleh pa try nanti
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteJanggel,
ReplyDeleteNampak gaya kena review balik entry Japan ni... akan terbang ke sana bulan 5 nanti... :-)
excited baca ni
Anakomak:
DeleteHa silalah review mana yg patut. Tak banyak info kat blog ni, pi cek kat blog john.
teringat masa aku nk beli sleeper kat tokyo nak pi hiroshima...jenuh la dok explain train malam kusi tido! ko bayangkan hahahaha! siap lukis bagai dah ha dgn perkataan sume kuar kroh2...
ReplyDeletetak sabar nya nak pegi lagiiiiiiiiiiiii!
Biq:
DeleteHa sila bertabah bawak baby nanti ye!!! Tak sabar nak tgok drama korang pulak nanti!
Best nyer boleh jalan2 dengan suka ria di Jepun hehehee :D
ReplyDeleteDapat naik Shinkansen lagi tu :D
memang terbaik la tu..
TT:
DeleteHamboi dia tu dah sampai jepun pun kan. Lagi best agaknya.
(malu plak)
ReplyDeleteerr...
tak leh nak komen apa
sebab
err..
malu
poyo!
hahhahahah
Kak Anash:
DeleteHuh malu konon! Padahal suka kan????
Kbai.
Saya malu jugak..tak leh nk komen apa2..(tersipu2 macam siput sedut)
ReplyDeleteJumpa di epot esok..
Chawana:
DeleteNi lagi sorang, malu konon! Gediks sangat!
Macam menarik aje....tabung oh tabung
ReplyDeletepercikan kenangan
Am:
DeleteInsyaAllah kumpul duit banyak2 nanti sampailah tu. ;)
assalam,
ReplyDeletesalam ukhuwah dari bunda...
Bunda:
DeleteSalam bunda. Terima kasih sebab sudi baca.
Hanikunie:
ReplyDeleteInsyaAllah berbaloi kalau banyak kali guna. Kalau stakat guna dua tiga kali x payah lah.
Hanikunie:
ReplyDeleteTakde la baru pegi, dah lama balik dah cuma busy x sempat nak balas komen dan update entry.