Posts

Iftar Di Rumah Sifu Vs Birthday Party Sifu

Image
Assalamualaikum!!!!  [Sebelum tu jom like page SINI dan SINI yer] Bulan-bulan puasa ni, napsu nak update blog pon rasa lemau je. Banyak sebenarnya story tapi bile dah malas, paham-paham saja lah yer. Sepanjang 14 hari dah kita berpuasa ni, aku tak pernah lagi berbuka puasa di luar bersama kawan-kawan. Tapi semalam, sebab nak meraikan hari jadi seorang kawan (sifu) maka terbuka jugak la aku kat luar. (Aikkk ayat apakah?). Di hari kejadian, aku mendapat mesej daripada KJ yang katanya nak buat seprais parti untuk sifu. Maka komplot di antara aku, KJ dan HD bersama-sama si isteri sifu pon terjadi! Macam-macam cerita yang diolah supaya sipu tak tau akan perancangan kami.  Aku, HD dan KJ bertolak ke Shah Alam pada jam 4 petang. Masuk je Federal Highway hujan turun selebat-lebatnya! Gile betol sampai tak nampak jalan. Kami pon dah berkira-kira membatalkan niat nak ke PARAM kat tepi Stadium Shah Alam tu. (Pasar Ramadhan) . Memang sah kami tak boleh pergi PARA...

Semakau Landfill - Amazing Experience

Image
Assalamualaikum!!! PERINGATAN: INI MERUPAKAN ENTRY YANG SANGAT MEMBOSANKAN. SILA GIGIH MEMBACA DENGAN PENUH KEINSAFAN. Hari ni mood aku nak buat kerja memang malas giler. Tapi terpaksa la buat jugak kalau tak nanti tak boleh nak cuti raya! * Petirrrrrr (tiru efek blogger torsohor Fatt ) OK nak story sikit pasal lawatan aku ke sebuah tapak pelupusan sampah yang paling unik di dunia. Kenapa paling unik yer? Meh aku cerita: Bagi sesiapa yang tak familiar dengan tapak pelupusan sampah atau landfill (dalam bahasa omputehnya) kat sini aku nak cerita serba sedikit la. Bukan apa, ni ala-ala segmen alam sekitar ler (tetiba rasa bertanggungjawab pulak sebab dah memang kerja aku). Satu ketika dulu, aku pernah diberi peluang untuk melawat ke salah sebuah landfill yang unik di Kota Singa. Nama landfill tu adalah Semakau landfill (dulu dikenali sebagai Pulau Semakau ). Sejarahnya, Pulau Semakau ni terdiri daripada 3 buah pulau kecil di Selatan Singapura. Bila kerajaan Singapura...

Jelajah Singapore Part 4: Good Bye My Friend!

Image
Assalamualaikum!!! Sambungan dari SINI OK ini merupakan entry terakhir bagi kisah Jelajah Singapore ni. Hari ke 4 rasanya sangat cepat betul berlalu.Terasa baru je dua tiga hari lepas kami semua dok merapu, merayau-rayau keliling Singapore, menyorok dalam kereta bila ada pak polisi lalu dan macam-macam hal lagi yang kami buat tapi harini dah nak balik! Hari keempat, cuaca tak berapa baik, hujan, mendung dan hujan semula. Macam tau-tau je kami dah nak balik. Seawal pagi kami dah plan macam-macam hari tu tapi taku sure boleh buat ke tak. Kami menuju ke Beduk (Kawasan Beduk ni banyak kedai Melayu/Halal) tapi kali ni kami ke restoran yang lain pulak. Tak dapek la nak makan kat restoran yang sama tetiap hari kan.Kami ambil "brunch" kat situ. Jamal pulak terpaksa pulang awal pagi itu kerana dia akan ke Bangkok pada keesokan harinya. Hai kalaula aku boleh ikut...Jadi tinggal kami berenam sahaja. Restoran Enak-Enak nama diberi, terletak di tengah-tengah Beduk. Mema...

Bukit Broga Lagi

Image
Assalamualaikum!!! Hari ni dah masuk Ramadhan ke dua, bermakna lagi 28 hari nak Raya! *gigih aku menghitung hari kan demi merancang masa depan yang gemilang. Haish apa yang aku merepek ni, penangan berpuasa...lapo. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum berpuasa yakni hari Ahad, aku dan beberapa orang kawan terjebak mendaki puncak Broga! Aik? Bukan haritu kata dah tak mau naik lagi ker? Itulah hakikatnya, sebab aku ni senang dipengaruhi. Akhirnya merana diri sendiri, sakit kaki, sakit tulang belakang dan macam-macam lagi la! Bermula kisahnya, ada di kalangan kengkawan yang nak repeat naik Broga sebab kali pertama naik dulu, diorang punya hasil tak memberangsankan, jadi 'meronta-ronta' mintak diadakan semula sesi di atas puncak Broga. Kalau ikutkan, aku memang dah malas dah nak panjat bukit tu. Bukan apa, aku kesian tengok bukit tu yang semakin ternoda, dah tak serupa dulu lagi, indah dan damai. Sekarang ni, kalau naik atas tu, pasti yang nampak muka-muka orang (beratus...

Karnival Jom Makan Buah di Putrajaya

Image
Assalamualaikum! Salam Ramadhan! Selamat Berpuasa! Alhamdulillah merasa juga aku berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Terasa cepat pulak masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan lagi. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. OK bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal keinginan aku yang membuak-buak untuk makan durian tahun ni. Durian mania! Sebenarnya dah lama mengidam nak makan durian, tiap-tiap hari waktu balik dari kerja mesti akan melalui kawasan orang menjual durian di tepi jalan dan aku akan hanya mampu menghidu bau haruman durian itu...huhuhu tak sanggup nak berhenti makan durian sorang-sorang kat tepi jalan tu. Jadi memandangkan puasa pon dah dekat, aku nekad ajak kawan-kawan makan durian sebelum 1 Ramadhan . Alhamdulillah kebetulan pulak di Putrajaya hari Sabtu lepas ada Pesta Jom Makan Buah di Taman Warisan Putrajaya ! Apa lagi memang sedang elok la tu. Aku, KJ dan HD berjanji untuk be...

Perkara Paling Sadis

Image
Assalamualaikum!!! Apa perkara paling sadis yang pernah berlaku kepada seorang peloncong yang baru balik melancong? Macam-macam perkara kan...lain orang lainlah kisahnya. Tapi bagi aku ada beberapa perkara yang aku rasa terkilan kalau ianya berlaku. Yang pertama: Gambar-gambar yang aku ambil sewaktu travel , semua hilang! Aduh..memang ngeri kalau perkara ni berlaku!!! Memang tak dapat dimaafkan even kepada diri aku sendiri. Kenapa? Sebab semuanya di atas kecuaian diri sendiri. Tapi benda nak jadi kan....kita tak boleh memutarkan balik masa. Pengalaman paling ngeri aku berkaitan perkara ini adalah, sewaktu aku ke Korea Selatan 2 tahun lepas. Bukan main banyak gambar aku ambil, menggunakan kemera compact Canon ixus milik bapak aku dan juga kemera handpone Sony Ericsson C905 milik aku sendiri (sekarang dah jadi arwah di dasar laut Pulau Pangkor agaknya). Puasla posing sana sini..asal pergi site visit saja wajib ada gambar. Pada mulanya semua ok. Sehinggalah aku balik ke...