Posts

THAILAND: Mahanakhon Tower Skywalk: Berani ke Tak?

Image
Masa sampai kat Mahanakhon Tower, mata terus terpaku tengok bangunan tinggi gila ni. Memang lain macam design dia, macam Lego tak siap. Tapi itulah uniknya. Kami terus beli tiket dan naik lif laju gila,  telinga sempat rasa berdesing. Lif tu siap ada screen penuh keliling, macam dalam spaceship!   Tiket masuk taklah murah sangat, tapi berbaloi dengan pengalaman yang korang dapat. Untuk dewasa, harga dalam lingkungan THB 880 (± RM115) . Kalau beli online kadang-kadang boleh dapat diskaun. Kanak-kanak dan warga emas pula murah sikit. Boleh beli kat kaunter atau online, tapi kami rekomen beli awal-awal online, senang terus masuk.   Masa paling cun nak datang? Waktu petang sebelum sunset. Lebih kurang pukul 5:30 petang sampai 6:00 petang dah boleh naik. Sebab apa? Korang boleh layan dua pemandangan sekali gus, waktu siang dengan langit biru cerah, lepas tu sunset cantik kemerahan, dan akhirnya panorama malam penuh lampu neon. Memang puas hati!   Sampai kat...

VIETNAM: Perjalanan Ke Puncak Fansipan, Sa Pa: Awan, Angin, dan Keajaiban Alam

Image
Perjalanan ke puncak Fansipan, gunung tertinggi di Indochina, memang sesuatu yang kami nanti-nantikan. Fansipan terletak di Banjaran Hoàng Liên Sơn, dengan ketinggian 3,143 meter dari aras laut. Ia sering digelar sebagai "Bumbung Indochina" dan menjadi destinasi wajib bagi pencinta alam dan pendaki. Dari Sapa, kami menaiki van yang dipandu oleh seorang warga tempatan ke stesen kereta kabel Fansipan Legend. Pagi itu cuaca sejuk dan berkabus, menambahkan lagi rasa teruja kami untuk ke puncak. Sistem kereta kabel Fansipan adalah antara yang terpanjang di dunia, dengan jarak 6.3 km yang mengambil masa sekitar 15 minit untuk sampai ke stesen atas. Sampai di stesen, mata kami tertumpu pada kabel car yang bergerak perlahan, hilang dalam kabus tebal. Tiket di tangan, kami pun melangkah masuk ke dalam kabin besar yang boleh memuatkan kira-kira 30 orang. Tour guide kami, Heap, juga turut serta membawa anak perempuannya yang berumur lima tahun. Comel betul telatahnya, teruja melihat pem...

SABAH: Camping Konon-konon di Kota Belud - Nohutu Ecotourism (Part 3)

Image
Hari ketiga di Sabah, kita plan nak lepak santai di Nohutu Ecotourism, Kota Belud. Konon-konon nak bercamping la, feeling-feeling adventure gitu. Siap angkut stove, periuk, dan stok meggi untuk dinner special, dengan harapan dapat makan sambil layan view Gunung Kinabalu. Perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam dengan pemandangan yang cukup indah di sepanjang jalan. Kami melalui kampung-kampung kecil, sawah padi yang menghijau, dan bukit-bukit berbatu yang mempesonakan. Semakin menghampiri Nohutu Ecotourism, udara semakin sejuk dan nyaman, memberi petanda bahawa kami sudah berada di kawasan tanah tinggi. Tapi lain yang kita rancang, lain yang jadi. Sampai je campsite, gunungnya hanya sipi-sipi je kelihatan. Kabus tebal weh! Ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai yang tak reti nak berhenti. Mula-mula, kita masih optimistik, berharap kabus akan hilang menjelang petang, tapi makin lama makin tebal pula. Malamnya lagilah, gelap gelita, langsung tak...

SABAH: Tip of Borneo - Jalan Tikus Demi Sebuah Pemandangan (Part 2)

Image
Hari ke-dua, sampai jugak akhirnya ke The Tip of Borneo! Tempat yang selalu nampak dalam gambar-gambar orang bercuti, kali ni giliran aku dan Shah pulak nak jejak. Tapi itulah, bila dah excited sampai, tengok-tengok kawasan tu CLOSE FOR CONSTRUCTION .  Ya Allah, dugaan apakah ini?!  Frust? Memang frust. Bayangkan dah drive jauh dari Kudat, lalu jalan berliku, tiba-tiba tak boleh masuk. Shah dah siap nak patah balik, tapi aku pulak rasa macam tak boleh terima kenyataan. Mana boleh datang sejauh ni, lepas tu balik tangan kosong? Jadi aku pun buat benda paling logik, tanya acik meniaga tepi jalan!   "Acik, sini tutup eh? Tak boleh masuk langsung ke?"   Acik tu pandang aku sambil hisap rokok, lepas tu jeling sikit ke Shah. "Meh acik tunjuk jalan tikus. Boleh masuk, tapi…"   Ah sudah. Mesti ada syarat ni.   "Tapi kena bayar duit rokok sikit," katanya sambil angkat kening. Aku dah agak. Shah kat sebelah dah tersengih je, macam boleh agak aku s...

Food Hunter: Review Bubur Ayam Papa Kaya - Ayer@8 Putrajaya

Image
Setiap kali jejak kaki kat Papa Kaya, Putrajaya, memang tak fikir panjang, terus order bubur ayam dia.. Claypot Porridge with egg + Steam Chicken.  Itu je menu wajib aku, tak pernah berubah. Bubur dia memang lembut, creamy, tak terlalu cair atau pekat. Ayam dalam bubur tu pun banyak, bukan jenis ‘main tabur’ je. Ditambah pula dengan kombinasi, kacang goreng, telur separuh masak, halia dan cili potong kicap… memang cukup rasa. Tapi kalau nak lagi padu, kena makan sekali dengan steam chicken with soy sauce, fuhh, kombinasi legend! Ayam stim dia lembut, juicy, dan kicap dia ada balance masin-manis yang ngam. Sekali suap, memang tak cukup satu mangkuk!   Papa Kaya ni sebenarnya satu hidden gem, dulu dikenali sebagai Papa Rich. Terletak kat Ayer@8, Presint 8, kafe ni ada vibe santai, sesuai untuk lepak lama-lama. Dekor dia simple, dengan suasana cozy yang buat kau rasa macam duduk rumah sendiri. Sebab tu aku selalu datang dengan blogger tersohor bakal Doctor Dayah DJ, sambil layan...

SABAH: Kota Kinabalu, Kudat Dan Pengalaman Penuh Tragis - Hibiscus Beach Retreat (Part 1)

Image
Bukan selalu dapat ke Kota Kinabalu, sejak-sejak dah bertugas semula di Semenanjung. Sekali sekala nak juga kembali ke sini sekadar untuk bercuti dan bertemu kawan-kawan lama. Jadinya pada Januari 2023, aku decided untuk bercuti ke KK selama 4 hari. Lagipun dah lama tak jumpa kawan aku kat sana.  Dari KK, aku dan kawan aku drive ke Kudat. Masa ni lah bermulanya macam-macam kisah tragis. Hahahaha. Hari pertama di Kudat memang penuh drama. Dari Kota Kinabalu ke Kudat, hujan sepanjang jalan. Sampai di Sikuati, jalan utama banjir teruk, terpaksa tunggu hampir sejam sebelum boleh lalu. Masa ni, panik jugak sebab semua dah bayar dan booking siap-siap. Bila dah boleh redah banjir, muncul pula satu lagi cabaran, jalan rebak, langsung tak boleh lalu! Terpaksa ikut laluan alternatif yang entah ke mana, tiba-tiba je dah masuk kebun kelapa sawit. Tengah syok drive dalam kebun sawit, tiba-tiba kereta sangkut dalam lumpur! Demm, habis tayar terbenam. Belum sempat mengeluh panjang, datang pu...

THAILAND: Lagi Kisah Sunset Di Sungai Chao Phraya - Vivi The Coffe Place, Bangkok

Image
Aku duduk di Vivi The Coffee Place, sebuah kafe kecil yang tersembunyi di tepi Sungai Chao Phraya. Walaupun agak jauh dari jalan utama, tempat ini tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menikmati secawan kopi sambil menyaksikan keindahan Bangkok di waktu senja. Dinding putih dengan sentuhan biru lembut memberi suasana tenang, ditambah dengan kerusi-kerusi kayu yang menghadap sungai. Di hadapan aku, segelas latte ais sudah separuh habis. Aisnya mula mencair, tapi aku tak kisah. Angin petang bertiup lembut, membawa aroma kopi dan bayu sungai yang menyegarkan. Dari meja ini, aku dapat melihat pelbagai bot pelancong melintas, ada bot panjang kayu dengan bumbung tradisional, bot ekspres yang meluncur laju membawa pekerja pulang, dan bot makan malam yang berkelip-kelip dengan lampu romantik. Di meja sebelah, sekumpulan perempuan warganegara Tanah Besar masih setia menunggu. Aku perasan mereka dah di situ lebih lama daripada aku, mungkin menantikan saat yang sama, matahari terbenam di ka...