Hujung minggu ni aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Era a.k.a Dr. Zuhairah Munir dengan suami tersayangnya Azrul. Aku bergerak pulang ke Ipoh selepas waktu kerja hari Jumaat. Biasa la kalau time nak balik kampung, pasti sharp pukul 5 dah gerak dah. Kali ni ada sepupu aku sorang nak tumpang balik skali, Nadia namanya. Aku kene ambik nadia di Subang Parade sebab kat situ je yang aku familiar di area subang. Tempat lain kamek sik tauk!!.
Dekat-dekat pukul 6 baru aku sampai di subang. Nadia dah siap tunggu aku kat depan kedai buah. Kami pun terus bergerak menuju ke Ipoh melalui lebuhraya PLUS. Tak banyak yang nak dibualkan dalam kereta sepanjang perjalanan. Memang mengantuk betol, maklumlah petang-petang macam nih selalunya memang agak rajin gak aku membuta heheh dah terbiasa. Kami tiba di Ipoh dalam jam 8 malam. Aku terus memandu kereta sport ku ke rumah makcik aku di Rapat Setia, Ipoh memandangkan semua keluarga tengah berkumpul kat sana. Wah memang best keadaan di sana, Khemah dah didirikan dan sepatutnya petang itu telah berlangsung majlis khatam al-Quran. Adui miss pulak tang tu.
Setelah mengisi perut dan menolong apa-apa yang patut, kami semua pun besiap-sedia untuk tidur. Hhehe tk sabar nak tunggu esok. Mesti best punyalah. Ramai jugak sedara-mara aku yang datang. Memang dah lama tak jumpe diorang, maklumlah time raya tahun lepas pun ada yang tak balik, dan yang baru jumpa setalah bertahun-tahun tak jumpa pun ada jugak!!!.
Sesi Pertama
Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung jam 10 pagi. Mak aku, seperti biasa la menjadi ketua tukang masak sarapan pagi! Hahahah, menu sarapan pagi adalah mi goring dan beberapa jenis kuih muih tradisional. Kelam kabut jugak pagi tu sebab masa yang ada sangat suntuk. Tok kadi plak dah sampai awal, dalam jam 9.30 pagi dia dah tercegat depan pintu umah. Heheheh.
Aku seperti biasa la ditugaskan menjadi juru gambar yang tak bertauliah!! Hehhehe memang aku suka pon sebab itu je kerja yang aku suka buat, daripada join sepupu-sepupu aku mengumpat. Jam sepuluh pagi memang aku dah standby depan umah Denham video cam Sonny milik sepupu aku, Khairul Ariffin (abang pengantin). Akhirnya, rombongan pengantin lelaki pon tiba, segak dengan berbaju melayu putih, pengantin lelaki diiring masuk ke depan pelamin. Tok kadi plak memang dah lama menunggu. Aku?? Biasa la dah cari port baekkk punya!!
Bermulalah upacara akad nikah. Tok kadi membacakan khutbah nikah dan seterusnya memulakan upacara pernikahan. Alhamdulillah majlis berjalan lancer. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, akak sedara aku dah jadi bini orang! Aku sempat ngintai dia dalam bilik, huhuhu gembira je muka dia.
Selesai majlis, rombongan pengantin dan tetamu yang ada dijemut bersarapan pagi!, selesai sesi pertama…
Sesi Kedua
Sarang time majlis persandingan pulak. Tetamu mula sampai jam 11.30 pagi lagi. Agak ramai juga jemputan yang hadir. Makcik dan pakcik aku sibuk menyambut tetamu. Pakcik makcik aku yang lain pun sama-sama membantu. Wahhh seronok habis. Pengantin lelaki dijangka tiba jam 1.30 petang..
Tiba masa yang ditunggu-tunggu, pengantin lelaki sampai pada jam 1.45 petang. Sambil diiringan flower girls, pengantin pompuan diarak keluar menyambut mempelai lelaki yang sedia menanti. Sama cantik , sama padan.!! Aku??? Biasa la setia dengan video camera di tangan ku!!.
Majlis berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas terik. Alhamdulillah tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Majlis berakhir jam 4 petang. Dalam masa sibuk berkenduri kendara tu, kami sempat juga berchatting dengan Nazrin yang berada di France. Sempat jugak aku menjeleskan dia dengan lauk pauk kenduri!! Hahahah padan mukerr.. (sian dia).
Sesi Ketiga
Sebelah malam, ada lagi majlis bakal berlangsung. Majlis bersama ahli keluarga, biasanya dikenali sebagai majlis memotong kek dan membuka hadiah. Majlis diserikan dengan upacara cabutan bertuah yang dihoskan oleh Pak Su aku. Gamat suasana malam tu dengan game memasukkan guli ke dalam bekas menggunakan garfu dalam masa 15 saat.!!! (apakah itu???? Hehehe). Best!!! Memang Best!!!
Ahad (29 Jun 2008)
Tiba masa semua pulang ke tempat masing-masing. Sedih juga sebenarnya tapi apa kan daya… masing-masing ada tanggungjawab. Kene la akur. Aku pun terpaksa pulang ke KL. Dalam hati emronta-ronta taknak balik. Rasa macam dah tak selera nak kerja…terpaksa menghadapi tensen dan sebagainya.. Tapi semuanya terpaksa dilakukan agar impianku terlaksana!! Hehehhehe PEACE!!.