2008-06-18

::Demi Sesuap Nasi::

Salams…
Satu lagi minggu yang amat memenatkan. Ditambah pula dengan kerja-kerja sendiri yang memang memerlukan kerahan tenaga dan pengorbanan masa, akhirnya aku akur, memang susah nak senang, tapi agak senang nak susah! Huhuhuh.

Semalam, bersamaan Selasa, 17 Jun 2008, aku diarah menghadiri satu Dialog berkaitan Perancangan Bandar Islam 2008. (Uhuk...apakebendanya dialog ni??? Sungguh Islamik pula bunyinya) Program diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Adui jauh betol tempat ni. Sebenarnya aku ni memang asing dengan UIA, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ pun seingat aku 3 ke 4 tahun lepas. Hmm dengan keadaan ekonomi yang agak mencabar ketika ini, aku gagahkan jua memandu kereta sportku sendiri meredah dini hari seawal 630 pagi. Aku bertolak dikala member-member rumahku masih lena dibuai mimpi! Ish apa la diorang ni...time subuh dah nak jadi subuh gajah pun tak bangun lagi!!! Dushhh...dushhh rasakan penumbuk aku!.
Aku bertolak awal sebenarnya bukan apa, takut jem. Almaklum sajalah, Lebuhraya MRR2 tu bukannya boleh dijangka! Sepanjang aku hidup kat KL ni, tak pernah aku nampak lebuhraya tu lengang. Kalau nak jalan lancar pun, ha pergilah lalu situ pukul 3-4 pagi. Sepanjang perjalanan, memang lancar sebenarnya,(ish tak sangka pulak). Agaknya kesan dari kenaikan harga minyak kot??? Ramai orang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. (persepsiku..) Tiba di pintu masuk UIA tepat jam 7.10 pagi. Ish terawal la pulok. Berbekal kan peta yang dilampirkan di dalam surat jemputan tu, aku pun mula la mencari Kuliah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar. Ish memang payah. Aku siap tawaf pakai kereta 2 kali mengelilingi UIA tu. Susah betol nak cari tempat tu. Lastly, aku nekad park kereta kat satu kawasan public car park, dan terus bertanya pada makcik tukang sapu sampah di bawah pokok berhampiran.

Aku:: Assalamualaikum kak, (hehhe panggil akak ler..bagi dia excited sikit). Tumpang tanya, kuliah architecture kat mana?

Akak sapu sampah:: (sambil tersenyum girang) Waalaikumsalam.. Tu dia dik. (sambil menunjukkan jarinya ke arah bangunan di sebelah tempat parking kereta tu).

Aku:: Terima kasih ye kak. (dalam hati aku melonjak kegembiraan, rupanya tempat dituju dah ada depan mata. Memang jelas terpampang perkataan Kuliah of Architecture & Environmental Design kat atas bangunan tu. Cuma aku je yang tak perasan. Almaklumlah rabun.
Aku pun bercadang untuk pergi mengisi perut. Malas nak pegi tempat tu dulu sebab awal lagi. Sekali lagi aku berpusing-pusing di dalam kawasan UIA untuk mencari kedai makan. Wallaaaaaweeehhhh satu pun aku tak nampak. Mana perginya kedai-kedai makan di UIA ni? Perut aku dah berkeroncong nih.. Setelah dua kali lagi mengelilingi UIA tanpa turun dari kereta (hehehe malas nak turun), aku mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan UIA. Akhirnya aku pun menjumpai satu kedai runcit di bahu jalan. Terpaksa la aku beli seketul roti (eh seketol ker?) dan sebkotak air. Itu je yang dapat. Dalam proses mencari dan mengelilingi UIA tu mengambil masa hampir satu jam!!!.

Cukup pasal kejadian di pagi hari.. Tiba pulak masa dialog::

Dialog tu sebenarnya start jam 9.30 pagi!!!! (Ish nyesal aku datang awal-awal). Ramai juga peserta yang mengambil bahagian, termasuklah dari beberapa agensi yang turut dijemput. Tapi kebanyakkanya adalah daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Perancang Bandar dan banyak juga lecturer universiti yang hadir. Para pembentang kertas kerja pun tak kurang hebatnya!!! Antara yang membentangkan kertas kerja adalah Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (orang yang mengharamkan Faizal Tahir memasuki Perlis buat konsert..hehehe), dan ada lagi beberapa orang Dato’ dan Prof. yang mengambil bahagian.

Sepanjang pembentangan kertas kerja, aku rasa macam dengar ceramah agama pun ada! Huhuhuh. Siap hadis dan sirah Islam semua keluar!. Alhamdulillah ... dapat pahala. A yang menarik aku nak kongsi bersama disini adalah, satu bahagian yang disampaikan oleh Dr. Asri, berhubung menjaga alam sekitar (cewah..mentang-mentang environmentalis!!):

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

”Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan
rendahkan kepalanya di dalam neraka”

(riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)


Amaran dan doa Nabi Muhammad s.a.w. agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduhnya manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka hukumannya adalah neraka! Al-Imam Abu Daud dalam kitab sunnanya apabila ditanya mengenai maksud hadis ini menyatakan;

Hadis ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok
bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi
tempat berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya
dalam neraka!”

(Abu Daud, Sunan Abi Daud 4/361, Beirut: Dar al-Fikr).

Demikian Nabi s.a.w. memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam sekitar tanpa sebab yang sah. Apa yang dapat aku simpulkan...secara umun jer..Manusia tidak boleh memusnahkan alam sekitar (digambarkan sebagai pokok bidara) tanpa sebab-musabab yang sah, maksudnya tanpa sebarang perancanganh yang jitu. Sekiranya ia dilakukan, maka balasan untuk mereka telah tersedia di akhirat kelak! (huhuhuh emo sikit nih!)

Ada satu lagi yang menarik perhatian aku untuk berkongsi bersama berhubung penjagaan alam sekitar sebagai satu sedekah

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
”Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu
burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya
(pahala) sedekah.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ha apa lagi, sama-samalah kita fikir kan. Dah tau, buatla...jangan mengangguk je...!!!
Oklah ni je yang aku nak kongsi buat setakat ini. Alhamdulillah...mudah-mudahan siapa yang membacanya dan mengamalkannya dapat pahala!!! Amin~~~.

PEACE!

2 comments:

  1. cian dia...bz sangat2 hari nih eh..

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. sama-sama tanam pokok lepas nie..
    dapat pahala..
    *taman pokok strawberry :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS