Sudah agak lama juga tak pergi menonton wayang, rasanya filem terakhir yang gue tengok adalah ”Kung fu Panda” . Sebuah filem yang tak menghampakan (sila baca post sebelum ini untuk review filem tersebut). Kali ni aku berpeluang menonton sebuah lagi filem barat, yang agak simple dan ringan.Filem apa kah itu??? Yup kalau bercakap tentang filem komedi, filem romantik..ha itu memang genre kesukaan gue!Kalau ada filem fantasi or science fiksyen lagi gue suka!!!
Ok, back to the story, semalam Acid kol aku ajak tengok wayang. Katanya masa tu je dia free kalo nak kuar, so aku pun mengambil kesempatan itu untuk pergi tengok wayang ngan dia memandangkan dia kata dah tiga bulan tak tengok wayang!!! Hahaha maklumla duduk kat perantauan..heheh Hulu ker??? Takpe la sabo jer..insyaAllah satu hari nanti pembangunan pesat akan berlaku di tempat itu. So kebetulan Acid free smalam, katanya latihan dibatalkan. Kami pun pergi ke Sunway Pyramid, TGV untuk menonton citer “Made of Honor” lakonan Patric Dempsey (Dr, McDreamy dalam cerita Grey’s Anatomy :: fav drama aku tuh!!) dan heroin nya pulak Michelle Monaghan (banyak gak dia blakon filem tapi alu tak ingat citer apa). Kami sampai awal kat Sunway tu lebih kurang jam 9.30 malam. Show pulak start pukul 11.20..wah lama tu nak kene tunggu. So plan sampingan kami adalah melepak di Mc Donald. Best gak sekali-sekala melepak kat Sunway Pyramid tu sebab boleh tengok Sunway Lagoon di waktu malam. Ghee gheeeee…
Filem Made of Honour, mengisahkan Tom (Patrick Dempsey) yang bertemu dengan Hannah (Michelle Monaghan) sejak zaman kolej lagi. So bile dah jumpe tu, diorang pun jadi kawan baek sampai la besar. Dalam pada itu (chewah ayat) Tom juga seorang playboy yang suka berpoya-poya dengan perempuan dan dia sering menceritakan perihal hubungannya kepada Hannah. Tom sangat berjaya dalam dan menjadi kaya raya hasil ciptaan “coffee collar” nya. Hannah pulak merupakan seorang arkeology di sebuah museum terkemuka di New York. Banyak perkara yang diorang buat bersama-sama.
Pada satu hari..Hannah bagitau kat Tom yang dia akan ke Scotland atas urusan kerja selama dua minggu. Sepanjang ketiadaan Hannah, Tom mula merasa kesunyian. Namun dia cuba memenuhi ruang-ruang kekosongan tersebut dengan berpoya-poya. Tapi still terasa kekosongan itu. Kalau talipon Hannah pon, sentiasa ada masalah seperti gangguan talian la, tak sempat angkat talipon dan lain-lain lagi. Akhirnya Tom sedar yang dia sebenarnya mencintai Hannah. Setelah mendapat nasihat daripada beberapa orang rakan baeknya, Tom nekad untuk melamar Hannah sekembalinya dia ke New York nanti.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan, Hannah pulang ke New York. Mereka berjanji untuk berjumpa di sebuah restoran. Tom pulak dah tak sabar nak bagitau kat Hannah tentang hasratnya. Nak dijadikan cerita, sebenarnya Hannah bukan pulang seorang diri, tetapi membawa tunangnya yang berbangsa Scotland lagi!!! Ish bukan calang-calang tunang dia, keturunan bangsawan Scotland pulak tu. Tom merasa tercabar dan tak sempat untuk menyuarakan hasratnya. Tambahan pulak Hannah dengan gembiranya mahukan Tom menjadi ketua pengapit perempuan!!! Hahahahah...ada ke lelaki jadi pengapit pompuan??? Tom terpaksa menerima tugasan itu sebab baginya itu saja cara untuk merapatkan diri dengan Hannah.
Macam-macam cara dilakukan oleh Tom untuk memenangi semula hati Hannah. Sebenarnya dulu Hannah memang suka kat Tom, tetapi memandangkan Tom ni playboy dan tak percaya pada perkahwinan, Hannah terpaksa memendam hasratnya itu. Perkahwinan Hannah dan tunangnya Collin akan dilangsungkan di Scotlad, di Istana keluarga Collin. Hannah juga akan terus menetap di Scotland. Berita itu merupakan tamparan hebat buat Tom. Akhirnya mereka semua telah berkumpul di Scotland untuk majlis perkahwinan itu.
Terjadilah satu perkara yang tak diduga, Tom telah meluahkan hasrat hatinya kepada Hannah. Tetapi Hannah menolak sebab dia tak sanggup nak melukakan hati Collin. Tom yang kecewa telah meletakkan ‘jawatannya’ sebagai ‘made of honour’. Namun selepas berlaku satu situasi di dalam perjalanan pulang, Tom telah mendapat keyakinan untuk terus merebut Hannah. Dengan menunggang kuda kepang..eh kuda padi..eh silap ..kuda apa ntah, tapi seperti juara equestrian lagaknya, Tom pun meredah hutan menuju ke Gereja tempat berlangsungnya Majlis perkahwinan Hannah dan Collin. Jeng..jeng..jeng... apa berlaku selepas itu???
Lu Pikir La Sendiri!!! (Ikut gaya Nabil Raja Lawak) – Pegi la tengok cite tu sendiri. Gue rate kan filem ni 3 bintang. Buat sesiapa yang tengah hangat bercinta tu memang sajak la kalau tengok. Bawak awek tu dok dalam panggung.... ringan-ringan sikit...hehehe ..ops...Astagfirullahalazimm.... sin..sin... Pandai-pandai lah yer!!
PEACE!!!
aper arr...tgk wayang tak ajak cik yanie....
ReplyDelete(^_^) oooo...skodeng awek ringan2 eh....
babap kang....
Ish cik Yanie..canne nak ajak...sore tak cukup kuat nak panggil hehehe.
ReplyDeletealala..wisme sumber asli dengan kompleks JPM bukan jauh mana pun...jerit jer..mesti cik yanie dengar sipi2 jer..
ReplyDeletehik hik hik
Alamak...kotak suara ku tak sekuat itu la cik Yanie...huhuhuhuhu...
ReplyDelete