2008-10-30

::Errata::

What am I doing for the past 3 days?

  1. I am attending EU- Solid Waste Management International conference at Ipoh. Welcome to my hometown!
  2. Balik kampung la beb! Jumpe mak n abah. Adoi really miss them a lot!
  3. Menambah timbunan kerja di opis. Adoiai, kerja memang x pernah selesai kan.

Banyak jugak program yang tergendala. Huhuhu sorry guys x boleh nak layan semua.

I try to manage my schedule supaya boleh puaskan hati semua orang. Don't worry, I'll be back soon! PEACE!

2008-10-28

::Flashback::


Yesterday I just went trough my photo folder called "Ayin's Pic" to refresh my memories about anything that I've done before in the past few years.. and I stuck to these photos that I used to call "Zaman Kegelapan". Huhuhuhu

Why those photos, have such a nickname???? It remind me on the time after study and I not really have a true job yet.. but I enjoy working there as a facilitator and its gain me experiences that I can't bought in other places.

I miss PSN!!!!... those pic was taken during the school holidays and one of the great crowds came from the International School at Bukit Damansara.

"Sometimes, memories can make we think about the future"

Tribute to all my x-PSN mates...
  1. Kaka Zima a.k.a rambaldee??? A matured woman with hyper attitude. Very nice person and really enjoy hanging out with her.
  2. Jun, a good person indeed. A thousand reason to know him as well.
  3. Salam...he used to be my good friend at one time lalalalala.
  4. Others..Ed, Mior, Zaida etc..sorry can't elaborate much about all of u... but the memories still fresh inside my mind.
PEACE!!!







2008-10-24

::Happy Deepavali::

Haluuuu wahai penganut agama Hindu se-Malaysia!! Selamat Menyambut Hari Deepavali!! Deepavali Vartikel! [erk...betol ke eja camtuh???] Apa-apa pon semoga sentiasa meriah perayaan Deepavali anda.

Walaupon aku tak ramai kawan berbangsa India, tapi semangat kenegaraan dan disebabkan hidup dalam negara yang 'Demokrasi' ini, aku tetap nak wish jugak!

OK Happy Deepavali! Aku cuti panjang nih sambung cuti raya Aidilfitri..next Friday I will be back!!! InsyaAllah..
Ammaaaaaaaaa....

Bye!.PEACE!

2008-10-21

::My Best Friend Konvo!::

Setelah berhempas pulas belajar selama bertahun-tahun, akhirnya mamat nih bergraduat jugak! Tahniah buat Acid yang menyambut hari gemilangnya pada 18 Oktober 2008 yang lalu. Seronok betol mamat nih, yang paling best bile tengok mak ngan ayah dia yang sentiasa tersenyum...

Alhamdulillah, rezeki ko memang sangat murah Cid. Belum konvo dah dapat kerja yang sangat hebat! Tak sia-sia ko belajar Kat Mesia - Jepun - pastu sambung balik kat Mesia dan berjaya juga menggenggam segulung Ijazah! CONGRATULATIONS! My Fren...

Acid with his Daddy and Mummy

Family Potrait

2008-10-20

::Paya Indah Wetlands::

Pernah dengar pasal Paya Indah Wetlands? Ia merupakan satu kawasan bencah yang terletak di dalam Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira 60 km dari Kuala Lumpur. Kenapa tiba-tiba saja aku isukan perihal Paya Indah Wetland ni? Ada ceritanya.
Semalam, 20 Oktober 2008 telah berlangsungnya 3 acara paling penting dalam sejarah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia. Yang pertama, tanggal 20 Oktober 2008 telah berlangsungnya pelancara Minggu Alam Seitar Malaysia Peringkat Kebangsaan, yang kedua, sekaligus merupakan tarikh perasmian Pembukaan Semula Paya Indah Wetlands dan juga yang ketiga Kesinambungan Kempen Kesedaran Alam Sekitar dengan tema pada tahun ini adalah “PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”.
Aku secara peribadinya berpeluang turut serta meraikan hari yang penuh bersejarah tersebut. Bertempat di Paya Indah Wetlands, Dengkil, sejumlah lebih kurang 500 orang tetamu hadir yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor, wakil-wakil agensi kerajaan di bawah naungan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), wakil-wakil media dan juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memeriahkan program tersebut.
Pelancaran ketiga-tiga peristiwa peting itu dilaksanakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Y.B. Datuk Dauglas Unggah Embas.
Apa yang menariknya?
Tahun 2008 ini merupakan tahun ke 17 sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) sejak penganjurannya pada tahun 1991. Tarikh 21 Oktober menjadi tarikh keramat setiap tahun berikutan pengishtiharan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yandg Di Pertuan Agong sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia bersempena Deklarasi Langkawi yang ditandatangani pada than 1989 di dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Paya Indah Wetlands mempunyai keluasan 3100 hektar tetapi sehingga kini hanya 450.76 hektar sahaja yang telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Kanun Tanah Negara Sub-Seksyen 62(1)(No. 175 Akta 56 1965). Pada asalnya, Paya Indah Wetlands merupakan bekas lombong bijih timah, tasik air tawar dan hutan paya gambut dan mula dibaik pulih serta dirawat sejak tahun 1991. Ia dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Mahathir Mohamad pada 13 Oktober 2001 dan telah diuruskan oleh Malaysian Wetlands Foundation sehingga Mac 2005.
Sehingga itu, Paya Indah Wetlands diambilalih oleh PERHILITAN sehinggalah pembukaan semula kawasan ini pada 20 Oktober 2008.
Catatan Peribadi:
Pelbagai tanggapan dang gambaran bermain di fikiran aku sebelum memasuki gerbang Paya Indah Wetlands ini. Tempat ini secara jujurnya masih belum pernah aku jejajki dan semalam merupakan kali pertama aku memasuki kawasan yang kaya dengan anugerah alam semulajadi itu. Terus aku teringat kepada sebuah lagi kawasan yang pernah aku kunjungi sebelum ini iaitu Taman Alam Kuala Selangor [pernah dimuatkan dalam entri terdahulu]. Walaupun jenis hutannya tidak sama namun kepelbagaian biologinya amat membanggakan.
Seawal jam 7.30 pagi kami telah bergerak daripada Putrajaya [sebenarnya aku dah ketinggalan bas…nasib baik ada Fendi, teruslah aku jadi penumpang] dan tiba di Paya Indah Wetlands jam 7.50 pagi. Di dataran telah tersedia khemah-khemah untu para tetamu, dan kelihatan pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah telah berkumpul dengan mengenakan t-shirt jingga. Hush seragam semuanya. Aku dan beberapa orang rakan sekerja lagi terus menuju ke khemah yang terletak di hujung bangunan pentadbiran untuk bersarapan pagi. Majlis bermula lebih kurang jam 8.45 pagi dengan ketibaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mungkin semua boleh bayangkan bagaimana majlis berlangsung, jadi tidak perlulah diceritakan di sini.
Kemuncak kepada program perasmian adalah upacara melepaskan sepsis –spesis burung bencah ke kawasan Paya Indah Wetlands! Memang satu kelainan.
Seterusnya, para hadirin dibawa ke dua kawasan utama di mana acara mananam pokok akan dilaksanakan. Masa nil ah nak tengok menteri dan artis yang hadir [wah ada artis???] menanam pokok. Para pelajar juga diberi kesempatan menanam pokok bagi mewakili sekolah mereka. Memang menarik!!! Keadaan paya indah wetland yang sudah berwajah baru [katanya…] kembali ceri dengan kehadiran poko-pokok yang baru ditanam.
Aku dan beberapa orang rakan sekerja tidak melepaskan peluang meronda-ronda di dalam kawasan Paya Indah Wetlands ini. Peluang jangan dilepaskan, dah alang-alang datang kat sini, redah je la. Macam-macam daya tarikan boleh didapati di sini, yang paling best bagi aku ialah sekeluarga Badak Air yang terdiri daripada 3 ekor badak air cukup menggamit perhatian pengunjung. Salah seekor yang aku ingat bernama Kundra!
Di samping itu, terdapat juga kolam buaya, kolam itik, Ladang kuda dan berbagai-bagai lagi tarikan yang mampu membuatkan pengunjung begitu menghayati keindahan ciptaan tuhan. Di samping itu pengunjung juga boleh beridah dengan meniki basikal mengelilingi kawasan Paya Indah Wetlands ini.
Ada juga chalet-chalet yang didirikan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands ini bagi sesiapa yang gemar menikmati keadaan di waktu malam di sini.
Memang best lah pengalaman yang aku lalui hari tu. InsyaAllah aku akan datang lagi ke sini. Jom sapa nak ikut???
Untuk keterangan lanjut mengenai Paya Indah Wetlands, sila hubungi:
Penguasa
Paya Indah Wetlands
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN)
Km. 4, Jalan Dengkil-Banting
43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-87687616 /8726


Tolong Promote nih!!!PEACE!


2008-10-14

::Review Filem: KAMI the Movie::

Agak lama sebenarnya aku tak buat benda nih, maksud aku menonton wayang dan mengabadikan kisahnya di dalam lembaran blog aku. Tak silap aku dah lebih dua bulan kot. Betapa dan berpuasa dari menonton wayang. Hehehe.

Tapi macamana plak aku boleh kembali terjerumus ke lembah penontonan wayang ini? (ayat apakah ini?) Canni, biar aku ceritakan...

Semalam, tatkala hujan renyai-renyai di waktu petang, around 3 o'clock, aku mendapat satu SMS dari nombor yang tak dikenali berbunyi:

"Jom tengok KAMI malam ni, aku takda kredit, balas kat nombor aku.-Deennasour a.k.a. DINA sour [hehehe].

"Dan sepantas kilat aku membalas jawapan SMS tersebut"

Maka bermulalah semula sesi menonton wayang bersama Deennasour seperti sediakala .Tempat favourite mestilah di TGV yang paling dekat dengan umah aku dan umah Deen, iaitu Sunway Pyramid. [tempat yang tak sesak dan kalau pergi beli tiket on d spot mesti dapat punya]. Sebenarnya dah lama aku dan Deen merancang nak tengok cerita KAMI tuh memandangkan both of us adalah 'kipas besar' kepada drama bersiri KAMI yang ditayangkan di 8TV satu ketika dahulu.

Review::

Kalau anda ingin mencari kelainan dalam menonton filem-filem Malaysia, aku rasa filem ini adalah jawapannya. Walaupun ia merupakan sebuah filem low budget, tapi bagi aku ia sudah cukup mengetegahkan jalan cerita yang boleh menyentuh emosi dan perasaan penonton. Filem KAMI sebenarnya merupakan rentetan daripada siri drama KAMI yang ditayangkan tidak berapa lama dahulu di 8TV. Ian mengisahkan sekumpulan 5 orang remaja sekolah yang bebas, mempunyai masalah tersendiri dan meminati satu perkara yang sama iaitu gig band.

Ali: Seorang remaja yang hidup dalam sebuah keluarga berada namun terhimpit di antara konflik perbalahan kedua ibubapanya. Perpisahan mereka menjadikan kehidupan Ali sunyi dan dari situlah dia terdorong untuk bergaul dengan rakan-rakannya. Ali juga pernah terlibat dengan dadah satu ketika dahulu [siapa yang tengok drama bersiri, tahulah].

Abu: Juga seorang remaja bermasalah. Dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak akibat mencuri. Di sana dia sering dibuli sehingga dia terdorong untuk melarikan diri dari situ. Di rumah, ayah Abu seorang yang tegas dan tidak menunjukkan kasih sayang secara direct terhadap Abu, dari situlah Abu terasa terpinggir dan mencari arah bersama teman-teman. Terdapat juga sejarah diantara abu dan abangya yang diceritakan sewaktu drama bersiri KAMI.

Sofie: Seorang gadis cantik, berdarah campuran yang turut mengalami masalah keluarga yang sama seperti Ali. Ibu dan bapanya telah bercerai dan kini dia tinggal bersama ibunya yang sering mencari peluang mendampingi lelaki untuk menggantikan tempat ayahnya. Akibat ketidakselesaannya berada di rumah, Sofie sering menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Sofie dan Ali pernah ada sejarah satu ketika dulu.

Adii: Merupakan sepupu kepada Ali. Seorang yang gemar menghabiskan masa di internet, berchatting mencari teman. Adii juga adalah teman baik Sofie, secara tidak langsung, mereka sering keluar melepak bersama-sama. Adii juga pernah ada sejarah bersama keluarga Abu...

Lynn: Antara watak utama yang menghidupkan filem ini. Jika anda telah menonton drama bersiri KAMI, anda akan faham perjalanan hidup Lynn dan ibunya yang menguruskan perniagaan gerai makanan. Disamping itu, Lynn juga merupakan seorang penulis majalah KAMI dengan memakai nama samaran 'Teka-Teki". Keseluruhan filem ini dibayangi kisah hidup Lynn yang menjdai punca konflik di akhir cerita.

Kehidupan kelima-lima remaja ini semakin bebas setelah tamatnya peperiksaan SPM. Dan konflik bermula sebaik sahaja Lynn terserempak dengan sejarah hitamnya dahulu. Boy, seorang pengedar dadah, pernah menjadikan Lynn sebagai 'flyer'nya dek kerana kesempitan hidup Lynn ketika itu. Lynn juga masih berhutang dengan Boy, sehingga menyebabkan dia terpaksa meneruskan kerja kotortersebut. Konflik terjadi apabila Boy mula mengganggu rekan-rakan Lynn dan ini membuatkan dia rasa tidak selesa terutamanya rahsianya sedikit demi sedikit terbongkar.

Ali pula, semakin tertekan dengan keadaan keluarganya apabila sering melihat ibunya keluar dengan lelaki lain sebagai calon ayah tirinya, sehingga dia kembali merancang untuk mengambil dadah. Dari situlah Ali mendapat tahu siapa sebenarnya Lynn.

Abu yang telah melarikan diri daripada pusat pemulihan, tinggal di rumah Ali. Kenangan bersama abangnya kembali segar apabila dia mendapat tahu bahawa baju yang dipakai oleh abangnya rupa-rupanya adalah hadiah daripada Adii. Adii pula tidak tahu yang Abu adalah adik kepada teman chattingnya itu, yang telah mati ditikam dalam drama bersiri KAMI.

Sofie, secara tidak langsung terjerat di dalam konflik percintaan di antara boyfriendnya Zarul dan kawannya Ali.

Secara keseluruhannya, filem ini banyak memberi fokus kepada kisah hidup Abu , Lynn dan Ali. Tidak banyak yang diceritakan tentang Sofie dan Adii. Mungkin penilis filem ini beranggapan bahawa semua penonton telah menonton drama Bersiri KAMI atau mungkin ini merupakan strategi mereka untuk mengaut keuntungan dalam erti kata sebenar?? Siapa tahu kan...Apa-apa pun, filem ini boleh dikategorikan sebagai OK lah dan tak bosan, terutamanya part syahdu di akhir cerita.. apakah part yang syahdu itu??? pergilah menonton Filem KAMI!

2008-10-10

::Bila dah Berjumpa!!!::

Sebenarnya benda nih memang dah jadi acara tetap aku dan kengkawan sejak 3 tahun yang lepas lagi. Seperti biasa perancangan memang dah di buat sejak awal ramadhan lagi. Mastermind nya sudah tentulah si E-dean. Rasanya tahun ni mengumpul keahlian yang paling lengkap sekali. Aku dan x-schoolmates aku E-dean, Acid, Yunus, Nas-V dan Azemer telah menjayakan Konvoi Raya 2008 dengan jayanya.

Tempat berkumpul, hmmm macam biasa dah tentulah kat umah aku. Azemer merupakan orang pertama yang tiba. Sebenarnya agak lewat jugak dalam pukul 11.30 pagi. Dan masa tu jugaklah rumah aku diserbu oleh sedara-mara aku yang sangatlah ramai. Tak terlayan korang semua..Sorry la yer wahai sedara-mara ku…pinggan mangkuk tu lepas makan sila basuh sendiri.

Dalam jam 1 tengahari barulah muncul kelibat Acid, E-dean, Nas-V dan Yunos. Bila dah berkumpul dan melantak juadah ‘Open House' yang dah aku sekeluarga kerjakan seawal 7 pagi lagi, akhirnya kami pun memulakanlah konvoi raya lebih kurang jam 2.00 petang. Huhuhu kehuru-haraan di rumah itu aku tinggalkan saja..biarkan abang dan kakak ku yang handle itu semua!!! Wakakaka (jahat tak???)

Rumah kedua yang di tuju adalah rumah Azemer di Slim River. Perjalanan mengambil masa 30 minit melalui highway PLUS yang sangat la sesak dengan kenderaan.

Lepas beraya kat rumah Azemer [siap dapat duit raya lagi!!! Mak dia bagi] kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya….rumah housemate aku Danny di Tanjong Malim. Tapi semasa perjalanan, sempat jugak kami singgah ke sekolah lama kami…untuk mengimbau kenangan lama…hehhe nak tau apa yang kami buat kat sana??? Tengok la gambar kat bawah tu!!!

Sampai di rumah Danny lebih kurang jam 4.30 petang. Dari pukul 2.00 lagi dia dah tunggu kami sebenarnya. Tapia pa boleh buat, banyak benor hal nyer. Kat rumah Danny kami dijamu mee goreng yang sangat la terbaik! [tapi tak dapat duit raya…huhuhuh walaupun dah puji melambung!]

Kami bergerak dari rumah Danny jam 5.30 petang. Destinasi ke 4 adalah ke rumah Acid di Ayer Hitam, Teluk Intan. Dalam perjalanan singgah lagi untuk bersolat di Bidor. Tup tap tup tak akhirnya sampai kat rumah Acid dah pukul 6.30 petang. Sampai-sampai je bapak dia dah tunggu depan pagar rumah. Bapak si Acid ni sangatlah ramah tamahnya… Aku yang dah selalu sangat bertandang ke rumah dia nih dah lali dah..tapi ada la sorang dua yang jarang datang tu terkejut jugak hehhee. Kat umah Acid, menu utamanya adalah Lontong dan kuah lodeh, sangatlah sedap!!! [puji lagi..tapi…takda jugak duit raya..huhuhu]. Ada jugak kek lapis dari Sarawak yang harganya ..adoiiiiiiiii RM90!!!...

Kat umah Acid tak lama, dalam jam 7.15malam kami bergerak pula menuju ke rumah E-dean yang terletak di Chenderong Balai. Sempat jugak singgah bergambar di tepi sawah..Chui Chak memang cantik kawasannya….hehehehe tiba di rumah E-dean dalam jam 7.45 malam. Kami pun menunaikan solat maghrib sambil menikmati lemang dan rendang yang dihidang oleh ibunya.

Destinasi 6 adalah rumah Yunos di Ipoh.Kami bertolak jam 8.15 malam dan sampai di Ipoh lebih kurang pukul 9.00 malam. Menu seterusnya adalah bihun goreng! Huhuhu rasa macam nak pecah dah perut akibat melantak seharian….

Dan destinasi terakhir adalah rumah Nas-V juga di Ipoh. Dah tak larat nak melantak, akhirnya kami dijamu dengan pencuci mulut iaitu Ice Cream sebagai penutup Konvoi Raya kami. Dah habis beraya di rumah Nas-V, tidak habis begitu saja…heheh ada lagi aktiviti larut malam yang kami buat…hehehe bersiar-siar di Bandaraya Ipoh. Last-last jam dah pukul 12.30 pagi!!! Nas-V dan Yunos kami hantar balik. Sekarang ni si E-dean dengan Acid kena hantar aku balik pulak.. Sampai rumah aku dalam pulul 1.30 pagi. Aku Berjaya memujuk E-dean dan Acid tidur kat umah aku. Esok pepagi buta lagi diorang dah blah sebab si Acid ada hal katanya…biasalah dia..hyperactive!!

Itulah kisah konvoi raya aku dan x-schoolmates aku…PEACE!!!!




2008-10-09

::Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~ 2008::

Alhamdulillah setelah genap sebulan ummat Islam berperang melawan nafsu, menahan lapar dan dahaga, akhirnya Hari Raya Aidil Fitri telahpun selamat kita raikan. Tanggal 1 Oktober 2008, seluruh ummat Islam di Malaysia meraikannya. Aku dan keluarga seperti biasa, akan pulang ke kampung ayahku di Sabak Bernam, Selangor. Kebiasaannya kami sekeluarga akan menziarahi pusara atukku di sebelah petang 30 Ramadhan sebelum terus ke rumah nenek. Rasa excited sangat-sangat tu tak ada lah, Cuma biasa-biasa saja. Mungkin sebab dah meningkat dewasa. Tidak seperti di zaman kanak-kanak dulu, bila tiba time nak balik kampung je, sibuk lah kita mengemas pakaian, seronok sangat untuk berjumpa sepupu-sepupu yang akan berkmpul di rumah nenek aku. Tapi sekarang ni, masing-masing dah besar, buat hal sendiri-sendiri ajelah.


Malam raya apa yang aku buat eh? Aku dan ibu serta seorang sepupuku meredah kesibukan pekan yang dibanjiri ribuan warga kota yang pulang ke desa. Cadangnya nak cari beberapa keperluan yang belum sempat dibeli sebelum ini. Ish..ish..ish memang giler la …bukan mein ramai lagi orang kat pecan, jalan 2 lane pun dah jadi 4 lane!

Pagi raya pulak, macam semua orang jugak, bersiap-siap untuk ke Masjid untuk solat sunat Hari Raya. Masa nil ah kalau nak tengok orang-orang kampung yang bermacam-macam pesen baju rayanya. Selepas selesai solat sunat Hari Raya, hmmm tak payah cerita lah kan, aku rasa korang pon buat benda yang sama…bermaaf-maafan sesame keluarga.

Part yang paling best bile konvoi ramai-ramai pergi beraya ke rumah sedara-mara. Rasa macam “Rombongan Cik Kiah” pulak. Tapi time-time macam nilah kita nak berkumpul sedara-mara, bertukar-tukar cerita, merapatkan hubungan dan macam-macam lagilah. Almaklumlah…masing-masing ada tanggungjawab, bila sekali-sekala berjumpa, macam-macam hall ah jadinya!! Apa-apa pun, Hari Raya tahun ni aku ratingkan sebagai 3 bintang dari 5 bintang je lah… Huhuhuhu .PEACE!!!

2008-10-08

::Balik ..Balik...Tak Gheti-gheti ker??::

Pejam celik-pejam celik rupa-rupanya dah seminggu berlalu. Tak sedar pun perjalanan selama seminggu berlalu begitu saja. Ish aku masih tak puas bercuti! Dan tak puas jugak nak beraya ke rumah sedara mara nak kutip duit raya untuk bermaaf-maafan.

Semalam bila masuk opis je, ingatkan boleh la bekerja dengan lebey bersemangat, tup tup tup haaaaaaaaa ambekkkkk ko, keje belambak dihidangkan oleh bos aku.. Sedey. Terpaksa la akur dengan lumrah kehidupan. Apa-apa pon raya tahun ni kira ok jugak la, banyak pengalaman baru dikumpul!! Apakah itu?? hahah tunggu jelah entry raya aku nanti..malas nak menaip skang ni... Huhuhuhu...PEACE!
Jemput makan kuih....

POPULAR POSTS