2012-10-28

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).

Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.

Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba)

Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan kai ke sini atau pon tak. Yang aku rasa macam tak pernah je jejak kaki kat situ, so kira ni kali pertama lah aku jejakkan kaki ke Padang Besar ni.

Bangunan pasar di Padang Besar.

Padang Besar terletak di sempadan Negeri Perlis dan Thailand (Bandar Songkhla) dan lokasinya adalah 35 km menghala ke Timur Laut bandar Kangar. Kalau dah ke sini, maka rugilah kalau tak singgah ke Padang Besar, kata mak aku barang-barang kat situ murah-murah terutamanya pinggan mangkuk dan periuk belanga. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Padang Besar ni bertentangan dengan sebuah pekan di Thailand yang juga dinamakan Padang Besar. 

Kat sinilah adanya pasar terbuka (open market) di mana konsepnya para peniaga dari Selatan Thailand dan Utara Malaysia bebas berbiaga di sini. Kalau perati betol-betol pun memang banyak orang Siam berniaga kat situ, dengar la bahasa yang diorang guna, memang bahasa Siam. Memandangkan kami pergi Padang Besar ni, time cuti sekolah dan Hari Raya pulak tu, maka keadaan memang sesak la jugak. Aku try juga cari signage Padang Besar tapi tak jumpe, pasrah je la. 

Antara barangan yang ada di sini!
Kacang ni sedap! satu balang RM5 kot, entah aku tak ingat.
Baju bajan pon ada!
Panas tapi tetap best!

Apa yang pasti ada beberapa bahagian di kawasan Padang Besar ni, bahagian hadapan ada kawasan tempat makan (restoran atau gerai-gerai makanan) dan ada juga kawasan pasar seakan-akan pasar tani, sementara di bahagian tengah dan belakang ada bangunan pasar yang menjual pelbagai jenis pakaian, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Ada jugak buah-buahan seperti limau bali dan salak di jual di sini.

Bangunan pasar utama.
Pinggan mangkuk, periuk belanga, buah-nuahan dan pelbagai lagi ada di jual di sini.  Kena pandai-pandai la tawar menawar.
Keadaan dalam bangunan pasar.
Deretan kedai di tepi jalan.
Jenuh cari tulisan Padang Besar, alih-alih jumpe yang kat sini je! Hehehe

Lama jugak la kami berlegar-legar kat situ. Maklumla, kaum ibu kalau dah datang kat tempat-tempat macam ni memang naik sheikh la!  Ok bagi sesiapa yang ke negeri Perlis, jangan lupa singgah kat Padang Besar ye! Tak rugi singgah.

Psstt: Sebenarnya aku tak rasa pon barang-barang kat sini MURAH... mahal jugak sebenarnya, pepandai la korang tawar menawar ye. Good Luck!

WASSALAM.

2012-10-24

Amazing Japan (Part 12): UENO Park, Ameyayokocho Market And Akihabara (TOKYO)

Assalammualaikum!

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Harap-harap tak jem la aku nak menyambut hari raya kali ni. Maklumla lepas gian raya kat tanahair katanya. Peace yawl.

[ Sambungan daripada Part 11 ]

Hari ni aku di ajak oleh Pak Agus (sorang teman dari Indonesia) untuk meneroka kawasan Ueno dan Akihabara. Memandangkan dah selalu sangat aku dengar nama tempat Akihabara tu, maka aku pon teruja la nak ikut. Maka kami pon menaiki Yamanote Line menuju ke Stesen Keisei Ueno. Tambang tren boleh rujuk website JR. 

UENO Park

Lokasi pertama yang kami singgah adalah UENO Park. Kami tiba di UENO Park dalam jam 5 petang, rasa macam lama jugak naik tren sebab kami melalui beberapa station daripada Harajuku Station. Apa yang ada kat UENO Park ni? Sebenarnya UENO Park ni sangat besar siap ada pintu masuk di setiap penjuru. Stesen Keisei Ueno terletak berhampiran dengan Saigo Takamor Statue, yakni sebuah tugu salah seorang pahlawan Samurai Jepun yang sangat berpengaruh. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menamatkan revolusi feudalisme di Jepun sehingga di gelar "The Last Samurai".

NOTA: Nak baca lebih lanjut pasal Saigo Takamori ni, boleh rujuq sini : http://www.squidoo.com/saigo-takamori
Sayangnya aku tak sempat pusing habis UENO Park ni sebab nak kejar masa, lagipon dah nak malam dan siang sangat pendek pada musim panas. Untuk info tambahan, di UENO Park juga ada terdapat sebuah zoo dan didalamnya ada panda. So kalau terasa nak tengok beruang panda boleh la melawat Zoo dalam Ueno Park ni.


Saigo Takamor Statue, bersama anjing kesayangannya.
Gambar Saigo Takamor Statue secara menyeluruh.
Green Park Building yang terletak di dalam kawasan UENO Park.

Ameyayokocho Market

Lepas habis berlegar-legar tak samapai suku bahagian taman pon, kami bergerak ke Ameyayokocho Market. Kalau dilihat keadaan kat lorong ni, memang seakan-akan Petaling Street pon, banyak kedai-kedai pakaian, dan pelbagai lagi barangan lain. Ala memang macam kat Jalan TAR dan Petaling Street lah, senang cerita. Tujuan meronda adalah untu mencari banyak lagi barang (dalam erti kata lain shopping la). Kat sini banyak juga di jual barangan elektronik seperti jam tangan dan komputer. Cuma kesahihannya diragui la. Yang pasti dari segi kualiti, aku rasa ok kot. Kalau nak beli barang kat kena pandai-pandai pilih la. 

Kena melintas jalan dulu dari Ueno Park ke Ameyayokocho Market
Keadaan jalanraya, kalau tak macam ni memang tak sah.
NOTA: Ameyayokocho Market ni merupakan black market pertama yang wujud selepas Perang Dunia Kedua. Ia juga dikenali sebagai Candy Market, tetapi sering disalah erti kerana tak banyak pon kedai jual candy kat situ. Tapi kat situ memang macam-macam barang dijual daripada ikan, buah-buahan, barangan dapur, pakaian, alat eletronik, ubat-ubatan semuanya ada! Nak tawar-menawar??? Kompom TAK DAPAT!
Kalau diperhatikan di setiap kedai, akan ada sorang peniaga yang duduk depan pintu kedai dan memekik-mekik memanggil pelanggan tanpa henti. Gigih sungguh diorang memekik berulang kali ayat yang sama seumpama membaca skrip. Macam robot bekerja dan yang penting sentiasa tersenyum.Tak kisah la ada orang lalu lalang depan diorang atau tak ada orang lalu ke, yang penting diorang akan terus memekik sehingga tamat waktu kerja. Kesian jugak aku tengok diorang tu....

Ye gambar ni agak blur sebab aku amek gambar sambil berjalan, kengkonon bajet paparazi sangat.
Lagi deretan kedai menjual pakaian di Ameyayokocho Market.
Di samping itu ada juga beg tangan, topi dan aksesori pakaian di jual. Tengok je la harganya tu, walau jual tepi lorong tetap mahal!
Jam macam ni je dah RM 40 ! Ha kan aku cakap kalau bab kualiti, agaknya ok kot sebab dah mahal. Kekeke. Nak Tawar-Menawar???? Kompom tak dapat!
Memalam camni pon ramai orang... haish...cer kabo kat mana je celah Jepun ni yang tak ramai orang? Oh mungkin tepi sawah di Tsukuba.
Pertembungan 2 simpang yang popular! Sepanjang jalan tu memang penuh dengan kedai.
Jalan-jalan sampai malam...
Barangan Hello Kitty pon banyak!
Sticker Hello Kitty
Yang ni patung Hello Kitty pelbagai bangsa.

Akihabara

Setelah puas berbelanja dan menjengah kedai-kedai di Ameyayokocho Market, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Akihabara. Akihabara ni terletak bersebelahan dengan Ueno so tak payah la naik tren, buang duit je. Tak jauh mana pun. Di samping tu boleh singgah-singgah kedai yang banyak terdapat di sepanjang jalan.
NOTA: Akihabara dikenali juga sebagai Elektronic City. Ia juga merupakan bandaraya terbesar bagi hub elektronik di Jepun. Kalau nak beli barangan elektronik seperti handphone, laptop, komputer, tv, radio, jam tangan dan sebagainya memang wajib pergi Akihabara. Memandangkan minat aku bukan kepada barangan elektronik, maka aku takde la nak shopping sangat kat situ. Tapi kemera pelbagai jenis juga ada di jual di Akihabara.
Di Akihabara, terdapat beberapa buah kedai Duty Free, kita hanya perlu bawa passport je kalau nak shopping kat kedai-kedai duty free tu dan akan dapat diskaun sebanyak 15% ! Ha kira banyak jugak la potongan tu. Kami sempat singgah ke Laox Duty Free Shop, bangunan kedai setinggi 7 tingkat yang menjual pelbagai barangan dari barangan elektronik sampai la ke cenderamata seperti FM, Keychain dan T-Shirt. Ha kalau tak sempat nak shopping kat Asakusa, boleh juga shopping di Akihabara. Cuma melalui pemerhatian aku, barangan cenderamata di Asakusa adalah lebih murah berbanding di Akihabara.


Sepanjang jalan, boleh jumpa tile gambar panda ni. Cute!
Deretan kedai elektronik di Akihabara.
Satu bangunan jual barangan SEGA!
LAOX Duty Free Shop. 

OK lah, dah habis part shopping. Nanti aku citer kisah lain pulak.... sabo je la tak habis-habis kan. Ater caner, dah banyak tempat aku pergi, kenalah citer ye dak! muahahahah!

WASSALAM.

2012-10-23

Amazing Japan (Part 11): Tokyo - Omotesando And Asakusa (Sensoji Temple)

Assalammualaikum!


Omotesando

Setelah puas berjalan-jalan di bawah terik mentari di dalam Meiji Shrine, kami pun keluar untuk meneruskan program ronda-ronda hari itu. Maklumla hujung minggu, memang kami banyak masa free dan banyak activiti perayauan boleh dilakukan (Haish.. jadi perosak bahasa pulak). Kami berjalan menuju ke kawasan Omotesando, kawasan yang aku pernah ceritakan sebelum ini.
NOTA: Omotesando merupakan sebuah kawasan di mana terletaknya kedai-kedai berkasta tinggi terutamanya butik pakaian, dan cafe di sepanjang jalan sejauh 1 km. Kat sini keadaannya lebih kurang sama macam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur .
Manusia bukan main ramai masa tu sebab jalan utama di Omotesando tu ditutup untuk tujuan perarakan Dance Festival! Jadi ramailah orang duduk menunggu kat kiri kanan jalan dan perarakan peserta Dance Festival memenuhi ruangan di tengah-tengah jalan. Rasa bertuah sangat sebab berpeluang menyaksikan perayaan ini di depan mata sendiri. Susah la kot kalau sesaja nak pegi Jepun untuk tengok benda ni. Rezeki namanya tu.

Kami meneruskan perjalanan di sepanjang kaki lima jalan dan singgah untuk makan di Mc Donald. Itu je pilihan yang ada ketika itu, sebab susah jugak nak cari kedai makanan Halal kat tengah orang ramai pada ketika itu. Apa yang mengkagumkan aku, sistem pengagihan sisa makanan dibuat sejak dari sumber lagi! Sebagai contoh, kalau korang dah habis minum kat Mc Donald tu, bekas minuman dan penutupnya hendaklah dipisahkan dan dibuang di dalam 2 bekas yang berbeza kerana penutup adalah plastik, dan bekasnya adalah kertas. Sebelum tu, ais batu yang tinggal / lebihan air minuman yang tak habis diminum pula di buang di satu bekas lain pula, dan straw juga dibuang di tempat yang berbeza. Ha hambek ko, semuanya di sort sebelum sampai ke tapak pelupusan sampah. Kalau kat Malaysia, korang tinggalkan aje atas meja kan? Itu pon belum tentu pekerja Mc Donald tu buat sorting kan???? Ye aku pun tak buat macam tu kat Malaysia ni sebab kemudahan bekas sorting tu tak disediakan. kekeke. Bagus kan? Dari situ sisa domestik dapat dikurangkan dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Takesihta Dori (Takeshita Street)

Selepas makan tengahari, yakni aku hanya makan dua biji pai apple (sebab aku tak suka makan fillet ikan), kami meneruskan perjalanan melalui Takesihta Dori (Takeshita Street) yang merupakan pusat setempat atau focal point bagi pusat fesyen remaja di Tokyo. Kalau dilihat di situ, terdapat deretan butik-butik pakaian yang khusus untuk golongan muda belia dan harganya berpatutan jugak la (kalau dikira dalam yen) dan ada juga butik-butik bundle (barangan/pakaian terpakai) di situ. Memang menarik, tapi aku takde la nak shopping pakaian masa tu sebab macam tak sheshuai je dengan situasi di Malaysia

NOTA: Takesihta Dori (Takeshita Street) ni merupakan satu lorong kecil di belakang-belakang bangunan tetapi keadaannya sangat kemas dan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai / butik-butik pakaian untuk golongan muda remaja. Ia dikatakan simbol kelahiran fesyen dengan trend terkini di Jepun.Laluan atau lorong di Takesihta Dori (Takeshita Street) adalah sepanjang 400 meter sahaja.
Bukan main ramailah manusia masa tu, dan keadaan cuaca pon panas hazab, maka terpaksa la kami singkatkan perjalanan menuju ke destinasi lain pulak. Memang tak ada shopping apa pun kat Harajuku ni, sebab masing-masing berpinar bijik mata tengok harga. Mahal jugak le, maklumla kami  ni misekin.

Takeshita Street. Tengok la bangunan di kiri dan kanan jalan yang unik ... Actually tu semua adalah butik pakaian.
Kat sini tak berapa sesak sebab mungkin barang-barangnya agak mahal dan mungkin juga sebab bundle.
Ha kat sini dah start ramai manusia... giler  betol!
Macam-macam gaya diorang ni.
Tengok la manusia kat belakang tu!!! Dah macam ulat TAIK!

Asakusa

Yes, destinasi kami berikutnya! Setelah diracuni fikiranku oleh seorang peminat tegar Negara Jepun di opis, katanya pergilah ke Asakusa kalau nak shopping maut. Kat situ souvenir semua murah-murah nak mampos! Maka aku pon mengajak semua rombongan cik kiah tu menuju ke Asakusa, dengan harapan nak menghabiskan duit beribu-ribu yen di dalam tangan. Kami menaiki semula tran di Harajuku Station (dekat je dari Takesihta Dori (Takeshita Street) tu seberang jalan je menuju ke Asakusa Station. Tak de la jauh sangat cuma melangkau beberapa station je, tambang / harga tiket aku dah lupe. Mungkin dalam 300 yen kot? Aku dah lupa.

NOTA: Asakusa ni merupakan salah satu daerah di Tokyo yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya seperti bangunan-bangunan lama dan juga kepopularan si penarik beca beroda 3! Tarikan utama di Asakusa adalah Sensoji Tample yakni sebuah kuil Buddha yang terletak di tengah-tengah bandar Asakusa.
Kami tiba di stesen Asakusa dah dekat pukul 2 petang. Keluar dari stesen Asakusa, menghala sebelah kanan maka nampaklah kawasan Sensoji Temple yang besar dan penuh dengan kedai-kedai cenderemata di hadapannya! Ya Allah, aku dengan Kak Mah dah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum! Tak sabar nak shopping katanya, ye la dah duduk Jepun 2 minggu baru hari ni dapat merasa shopping yang sebenar! Bukan apa, sebelum ni jenuh la kami cari souvenir sampai ke Kitakyushu, satu pon susah nak jumpa. Tapi di Asakusa ni memang berlambak-lambak kedai jual souvenir! Korang cakap je la nak apa, FM? Keychain? Baju? semua ada, cuma yang tak ada luggage tag je, jenuh aku cari sebab Byya kirim tapi tak jumpa.

Ada trishaw boleh sewa...sekali naik aku tatau berapa ribu yen, diorang ni kerja penarik trishaw tu.
Malu-malu abe ni kena amek gambo HAHAHAHA.
Ok dah sampai kat gerbang kuil!
Untuk menuju ke dalam Sensoji Temple ni, kami perlu melalui deretan kedai-kedai souvenir tu dulu yang dipanggil Nakamise Shopping Street. Masa ni, aku tahan je napsu nak membeli. Maklumlah, nak pi tengok dulu macamana rupa Sensoji Temple ni. Nak la jugak amek gambo depan bangunan lama tu kan. Kalau tak buat apa pegi situ. Seperti biasa, aku dengan Kak Mah tak masuk pon dalam kuil tu, hanya amik gambar kat luar-luar je. Seperti biasa jugak la, diorang sembahyang, tulis-tulis nama kat kertas dan ikat kat satu sudut. Lepas tu beli ayat-ayat jampi jugak.

Tu dia sederetan kedai untuk shopping!!!!

Ok inilah the main temple
Ramai orang nak semayang kat sini.
Ni kotak tilik naseb.
Nak tilik naseb kena bayar 100 yen dulu.
Lepas tu ambek air sembahyang. 
Lepas tu pi la sembahyang dalam temple tu.
Selesai ambik gambar kat situ, maka sesi shopping menyopping pon bermula. Setiap kedai tanpa missed kami jengah dan bandingkan harga-harga setiap kedai. Satu yang aku nak bagitau kat sini, kedai paling hujung yang berdekatan dengan kuil ni menjual barang paling murah berbanding kedai mula-mula kat pintu gerbang Sensoji ni. So buatlah pilihan yang bijak! Total lost kat sini adalah lebih kurang 30,000 yen. Mampusla sekali shopping! Hahaha sebab kami pikir macam susah je nak jumpa barang-barang kat situ kan, dan tak pasti dapat datang situ lagi ke tak...so pejam mata je la. Hasil tuaian agak memberangsangkan, ala beli untuk keluarga dan kengkawan jugak. Untuk diri sendiri? Lupa nak beli boleh? Terpaksa mengulang lagi jawabnya.
NOTA: Harga putrata sebuah key chain adalah 350 Yen (RM 14), fridge magnet 300 - 600 Yen sebuah (RM 12 - 24). Barang-barang lain pon lebih kurang sama jugak harganya. Dan tak payah la nak cuba tawar menawar, Orang Jepun bukan jenis suka menawar dan korang takkan dapat punya nak diskaun-diskaun. 
Lagi...lagi...lagi!
Macam-macam ada!
Dari Asakusa dah boleh nampak TOKYO SKYTREE!
So lepas habis shopping, kami pon bertolak balik ke hostel. penat bukan kepalang! Dah la jalan kaki jauh pulak tu, tapi pengalaman yang dipungut tiada tolok bandingnya. Syukur diberi kesempatan menikmati semua itu.

Sebahagian hasil tuaian yang dah siap-siap dibalut oleh makcik kedai souvenir tu. Bagitau je la nak balut asing ke atau sekali.  Balutan adalah percuma.


JOM LAYAN VIDEO LAGI! WAH ADA PULAK VIDEO DI SETIAP ENTRY KAN!!!

Ok nanti sambung lagi kisah lain.

WASSALAM.

2012-10-16

Amazing Japan (Part 10): Meiji Shrine And The Dance Festival


Assalammualaikum!

[ Sambungan daripada Part 9 ]

Hai tak taulah sampai part berapa cerita pasal Jepun ni kan? Bertabahlah sebab ada banyak benda nak cerita,  kalau tak nanti lupa dan tak dapat baca balik menjelang hari tua bangka nanti. OK?

Hari ni, program jalan-jalan cari pasal dirancang bersama beberapa orang kawan dari Indonesia dan Thailand. Seronok sebenarnya kalau jalan ramai-ramai ni sebab kite boleh kongsi keseronokan dan keterujaan kita bila jumpa atau nampak sesuatu yang tak pernah kita tengok. Lagi satu, yang paling penting, kompom gambar kita banyak kat kamera diorang! Dan hari ni jugak aku kenal sorang lagi kawan baru, Darm yang dah bekerja di Tokyo sejak setahun yang lalu. Dia ni orang Thailand dan merupakan kawan kepada dua gadis Thailand yang sama-sama belajar dengan aku. See, gunakan sumber sepenuhnya! Yes.

Kami difahamkan hari berlangsung satu perayaan musim panas untuk hari Ahad terakhir di bulan Ogos! Ha kan dalam entry sebelum ni aku ada cakap pasal banyak festival dijalankan sepanjang musim panas kan? So festival yang berlangsung pada hari ini merupakan kemuncak kepada Festival Musim Panas di Jepun!.

MEIJI SHRINE (TAMPLE), HARAJUKU:

Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Meiji Shrine yang terletak di Harajuku, Tokyo, selang beberapa station daripada hostel. Macam dah pro, dan berbekalkan kad PASMO yang diberi percuma oleh kawan aku semalam, maka senang la aku tak payah nak beli tiket kat mesin tiket tu, just tepek-tepek je kad PASMO kat pintu masuk, senang! Penggunaan kad PASMO adalah seperti penggunaan Kad Touch 'N' Go di Malaysia.
NOTA: untuk mendapatkan kad PASMO, boleh dapatkan di mana-mana station yang menerima penggunaan PASMO dan boleh juga di dapati di mesin tiket di station tersebut dengan harga ¥1000, ¥2000, ¥3000, ¥4000, ¥5000, ¥10000.  Deposit sebanyak ¥500 diperlukan untuk setiap pembelian. Untuk makluman lanjut mengenai PASMO boleh rujuq website ini ---> http://www.pasmo.co.jp/en/index.html
Ok kami turun di Harajuku Station, dan lokasi Meiji Shrine adalah bersebelahan dengan station tersebut. Kalau keluar dari station terus pergi ke sebelah kanan station dan boleh terus nampak pintu besar Meiji Shrine, di seberang jambatan. Masa ni, dah nampak ramai giler orang berpusu-pusu menuju ke Meiji Shrine ni sebab Dance Festival sedang berlangsung. Memang sesak dan boleh dilihat pelbagai ragam manusia kat situ. Yang berpakaian pelik pon ramai! Aku difahamkan Dance Festival ini merupakan acara tahunan di mana ia akan menghimpunkan kumpulan-kumpulan tarian di seluruh Jepun untuk mempersembahkan tarian tradisional, modern atau fusion diorang di situ dan ianya hanya berlaku di musim panas sahaja!

Ni la rupa kad PASMO yang aku maksudkan.
Harajuku Station, klasik dan unik. Masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama di Jepun dengan sedikit pengaruh Inggeris. Meiji Shrine terletak betul-betul di belakang station ini.

Di depan Meiji Shrine ni didirikan sebuah pentas besar untuk persembahan tarian sempena Dance Festival tadi. Masa kami sampai tu dah banyak kumpulan yang buat persembahan, memang happening la tarian diorang sebab masing-masing pakai baju tradisional diorang. Comel!. Sempat jugak la aku rakam beberapa babak tarian yang best untuk tatapan semua.

Pentas besar di hadapan pintu masuk ke Meiji Shrine, sempena Dance Festival yang diadakan setiap tahun pada musim panas.
Antara pasukan / kumpulan yang sedang membuat persembahan di atas pentas,
Sebahagian penari sedang menunggu giliran untuk beraksi di atas pentas. Neves le tu kekekee.
Pakcik ni mungkin dah selesai buat persembahan kot. 
Kami meneruskan perjalanan meredah orang ramai menuju ke Tori Gate (pintu gerbang kayu yang bersepah-sepah kat Jepun ni) di mana bermulanya perjalanan ke dalam kawasan shrine. Di situ kami di sapa oleh beberapa warga emas yang bekerja sebagai sukarelawan pada hari itu! Wah kagum aku bile tengok diorang sanggup jadi sukarelawan walaupun umur dah baya mak dan bapak aku. Mereka juga sangat peramah! Akhirnya kami bersetuju untuk mengikut salah seorang sukarelawan, makcik ni namanya aku dah lupa tapi memang sangat peramah dan dia memang tahu semua sejarah pasal Meiji Shrine ni. Katanya dia dah study sejarah Meiji Shrine ni semalaman semalam. Tengok, gigih tak???

Tori Gate

Kami diberitahu, sebelum melalui Tori Gate (dalam Meiji Shrine ni ada 3 Tori Gate ye), pelawat terutamanya yang beragama buddha akan tunduk hormat dulu. Auntie tu menunjukkan cara tunduk hormat di bawah Tori Gate, kami pon ikut je la saja suka-suka, tanpa niat lain. Menurut auntie tu lagi, kalau dilihat dari segi saiz yang besar gedabak tu memang mustahil nak jumpa pokok-pokok sebesar itu di Jepun. Makanya, kayu-kayan untuk membina Tori Gate tu datangnya dari kebanyakan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand dan Indonesia. Memang besar kayu Tori Gate ni, kalau nak peluk memang tak sampai.

Bergambar dulu depan Tori Gate ni haaaaa.
Ramai lagi yang belum buat persembahan.
Laluan masuk ke Kompleks Meiji Shrine. Hijau je kan.
Tori Gate, salah satu simbol di sini.
Kami berjalan menelusuri kawasan hutan dan keadaan jalannya berbatu kelikir dan menurun ke bawah. Sambil tu dapat dilihat ramai peserta tarian pelbagai fesyen dan gaya berkampung di sana sini. memang sangat meriah, dipahamkan juga mereka datang dari serata Jepun. Ha patutla penuh dan sesak je bandaraya Tokyo.

Laluan masuk ke dalam tample ni menurun bukit ada sebabnya! Menurut auntie sukarelawan lagi, ia menandakan permulaan yang baik, sampai di bahagian tengah kawasan temple, laluan akan mula menaik / mendaki ke atas menandakan perjalanan menuju tuhan ke kawasan yang lebih tinggi! Ha macam tu lah kisahnya, setiap benda dibuat bersebab. Satu la cerita, tiada kawasan berbucu 90 darjah dibina dalam kawasan temple ni, sebab nak mengelakkan kebakaran katanya... (?) entah aku pon tak pasti apakah sebab sebenar, aku lupa.

Pokok

Dalam kawasan temple ni terdapat lebih kurang 100,000 batang pokok yang ditanam sewaktu kompleks temple ini di bina sejak tahun 1920. Pokok-pokok ini merupakan hasil sumbangan daripada pelbagai sektor di Jepun. Ini menjadikan kawasan Meiji Shrine sebagai kawasan hijau terbesar di Bandaraya Tokyo.

Kami berjalan menuju ke satu kawasan di mana terletaknya sekawanan beberapa buah tong arak yang disusun kemas di kiri dan kanan jalan. Di tong-tong arak tersebut ditulis pelbagai nama yakni nama syarikat yang sponsor arak-arak tersebut. Menurut auntie sukarelawan lagi, setiap tahun, kompeni-kompeni besar di Jepun akan sedekah setong arak kat setiap temple di Jepun. Motifnya? Entahle aku pon tatau.

Tong-tong arak yang disusun di kiri dan kanan jalan.
Ada pelbagai jenis tong arak rupanya....
Kompleks Utama

Setelah lama berjalan, akhirnya kami pon sampai ke pintu gerbang temple utama. Di tepi pintu tu ada satu kolam tempat orang menyuci dosa katanya. Sapa yang nak sembahyang dalam tu kena basuh tangan kiri dan kanan dan berkumuh. Lepas auntie sukarelawan menunjukkan cara-cara amik air sembahyang diorang, kami pon berjalan masuk ke kompleks temple utama. Wah sangat besar ini kompleks! Di depannya ada satu kawasan lapang sebelum menuju ke bangunan utama. Kebetulan pada masa ni, ada pulak majlis perkahwinan kat situ, dapat jugak la tengok macamana golongan bangsawan Jepun berkahwin kat temple. Selalunya orang-orang muda kawin kat gereja je kan.

Pondok mengambil air untuk sembahyang.
Ramai le yang mengambil air sembahyang kat sini.
Ruangan dalam kompleks bangunan utama.
Upacara perkahwinan sedang berlangsung.
Comel sungguh pakaian kawin diorang.
Ni la temple utama, aku tak masuk pon. Malas. Lagipon tak boleh amek gambar dalam tu.
Memang unik la cara diorang kawin, mula-mula acara berarak masuk ke temple beramai-ramai sambil diiringi kaum keluarga, sampai la masuk ke dalam dewan. Lepas tu aku tatau dah apa jadi sebab tak dapat ikut masuk.

Selain orang kahwin, ada jugak orang yang membawa anak / bayi yang baru lahir ke temple ni untuk dibacakan doa. Katanya nak memberkati kelahiran si bayi supaya hidup senang dunia akhirat.

Upacara meraikan kelahiran bayi.
Di kiri dan kanan temple selalunya ada dua batang pokok yang ditengah-tengahnya diikit seutas tali dan di antara tali tu diletakkan kertas-kertas yang dipotong seumpama bentuk petir. Motif dibuat begitu, menurut auntie sukarelawan lagi ia bertujuan untuk mengelak daripada dipanah pertir dan terbakar. Oooooo paham, patut la, kebanyakan pokok di kawasan temple tu diikat sebegitu rupa. Bukan di pokok sahaja bahkan di bangunan-bangunan tample juga ada diletakkan tali dan kertas terutamanya di atas pintu masuk.

Nampak tak pokok yang diikat tali dan kertas? Ha yang ni la yang aku maksudkan tadi.
Bagi sesiapa yang nak bersembahyang, maka diorang bolehlah campakkan duit syiling kat dalam satu ruangan yang disediakan dan tunduk buat hajat 3 kali. Lepas tu boleh beli ayat-ayat jampi kat satu bangunan kecil di sebelah temple yang mana untuk menilik nasib katanya. Ha pilih la nasib apa yang diorang dapat lepas tu boleh sangkut atau ikatkan di satu ruangan khas di penjuru kuil.

Doa-doa yang digantungkan di satu penjuru kuil.
Macam-macam la doa yang diorang mintak ye.
Aksi wajibul ghunnah.
Kawasan membeli ayat jampi.

Ok, dah puas merayau dalam Meiji Shrine, kami pun berjalan semula keluar ke pintu masuk utama tadi. Orang masih ramai dan persembahan masih rancak berlangsung. Katanya persembahan tu sampai ke malam! Tak sanggup la pulak nak menunggu kat situ sebab banyak lagi tempat kami nak pergi.


Laluan balik ke pintu utama.
Dalam perjalanan sempat lagi bergambar dengan bebudak ni semua.

Sampai di pintu utama, kami mengucapkan terima kasih kepada auntie sukarelawan yang banyak sangat bagi info kat kami tentang Meiji Shrine tu. Apa yang menariknya, kebanyakan sukarelawan di situ tinggal di luar Tokyo dan adakalanya terpaksa melalui perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke situ. Gigih sungguh diorang, walau hanya untuk kerja sukarela. Ye la kan, kalau dah minat tu, macam-macam benda sanggup buat, dan kebanyakan daripada mereka semuanya fasih berbahasa Inggeris kerana dulu mereka kerja di pelbagai sektor terutamanya sektor pendidikan dan korporat.

Ok lah lepas ke Meiji Shrine, nanti aku cerita pulak kisah seterusnya di Tokyo. Tunggu.....


Bergambar kenangan bersama auntie sukarelawan. Sweet je auntie ni. :)
Gadis-gadis sunti...
ehem....

JOM LAYAN VIDEO
MAAF LA GAMBO GEGOR GEGOR...ALA2 TERKENA PAKINSEN KEJAP MASA TU

WASSALAM.


POPULAR POSTS