2014-01-30

Blackout Day: #TravelholicAwesome Mengintai Gajah

Assalammualaikum!!!

Auuuukkkkkkkk...... Auuuukkkkkkkkkk !!! (buat bunyi gajah)


Orang dolu-dolu kalau nak bersunat (berkhatan), siap naik gajah! Pusing keliling kampung, berarak makan pulut kuning bagai! Haaa tapi kami bukan le nak bersunat sekali lagi secara berjemaah... kami nak pergi mengenang kembali erti persahabatan yang telah genap usia 2 tahun. Keluarga besar yang punya impian dan harapan yang sama. 



WASSALAM.


2014-01-22

Kansai, Japan (Part 8): Naik Shinkansen Ke Osaka || Hello Osaka!

Assalammualaikum!!!

Lama pulak tertangguh entry Kansai ni. Harap masih ada yang sudi baca walaupun kisah dah basi ye. Terpulang lah, aku cuba kongsi mana yang terbaik untuk semua. ;)

[ Sambungan dari Episode 7 ]

AMARAN: Entry ni banyak Video dan muka Tansree Coco.

Pulang dari Kinkakuji Temple kami terus ke hostel untuk mengambil bagasi anak gajah yang kami tinggalkan di sana pagi tadi untuk balik ke Osaka. Ewah, macam nak balik kampung pulak kan! Hahaha. Masa ni pun dah lebih kurang jam 1 tengahari macam tu la, aku tak ingat. Maka sempat la jugak solat dan lunch kat hostel (area communal tu bebas la kalau kita nak guna cuma tak boleh naik je ruangan bilik tidur). Sambil-sambil tu kami kaji peta laluan bas yang paling mudah untuk ke Kyoto Station.


Masa tengah tunggu bas nampak pulak ada parade dari budak-budak skolah... comel je diorang sepanjang2 jalan menari. *(Rujuk Video kat bawah)
VIDEO: School Parade.

Lepas selesai semua benda yang nak dibuat kat hostel, kami pun bergerak menuju ke stesen Gion Shijo untuk naik bas menuju ke stesen Kiyomizu, kat situ kami amik bas no 100 untuk menuju ke Kyoto Station. Neves jugak la nak naik bas sebab beg-beg kami yang besar tu dan orang sangat ramai! Jenuh la bersesak-sesak dalam bas nanti.

Orang lalu lalang kat bus stop tu pun asyik pandang-pandang je, pelik tengok sekumpulan anak muda (gitew... muda ke?) Menyandang beg tunggu bas. Akhirnya bas menuju ke Kyoto Station pun tiba. Memang ramai orang dan sesak giler dalam bas tu. Bertabah jelah siapa-siapa yang tersendol beg dengan aku tu ye hiks.... maaf dipinta, nanti pos kad raya minta maaf. Oh lupa, tambang bas semua kami pakai Kyoto City Pass yang bayar 500 Yen pergi ke mana-mana saja dalam satu hari tu. So dah kira jimat di situ.

Perjalanan ke Kyoto Station mengambil masa lebih kurang 40 minit macam tu. Kami tiba di Kyoto Station dan terus ikut arah signboard menuju ke Shinkansen station, wah naik Shinkansen ke???

Shinkansen

Ha untuk pengalaman balik ke Osaka kali ni, kami akan menggunakan perkhidmatan Shinkansen, walaupun hanya sekangkang kera je jarak dari Kyoto ke Osaka. Selalunya orang naik shinkansen untuj perjalanan yang jauh. So diorang boleh la singkatkan masa perjalanan. Kami pun nak singkatkan masa perjalanan juga! Hiks.

Sebenarnya bloger tersohor Chawana (sila Google blog beliau kalau tak tahu) yang bagi cadangan untuk naik shinkansen tu, ala sekadar nak merasa kan. Dulu masa aku ke Jepun pun tak berpeluang naik shinkansen, so why not kali ni kita cuba kan.

Shinkansen Tracks Office.
Ni la rupa tiket Shinkansen tu. Kecik je.
Kami pun berjalan menuju je kaunter tiket shinkansen. Senang je kalau korang ikut signboard... konfem jumpa. Kami takda buat pre-booked pon tiket shinkansen tu memandangkan tiketnya boleh dibeli secara walk in. Mula-mula tengok kat mesin tu macam tak berapa nak paham sebab takda bahasa Inggeris, lepastu aku biarkan John, MasMZ dan Miss B yang uruskan tiket di kaunter, manakala aku dan Tansree Coco duduk tepi pintu jaga beg hehe.

Alhamdulillah, dapat beli tiket shinkansen dengan harga 1380 Yen, dan jangan lupa tunjuk passport kat kaunter tu masa beli tiket. Kami beli tiket menuju ke Shin-Osaka Station.

Perjalanan dari Kyoto ke Osaka dengan menaiki shinkansen akan mengambil masa hanya 10 minit!!! Kalau naik tren biasa mau makan masa 45 minit ke Osaka, jadi kami dah dapat jimatkan banyak masa kat situ.

Ni la rupa shinkansen itik yang kami naiki ! :) 
Masa tengah tunggu shinkansen tu sampai kat platform, kagum jugak la bila dapat tengok macam-macam jenis keretapi ada lalu kat situ. Yang betuk macam satria baja hitam pun ada!

Tak lama menunggu akhirnya shinkansen kami pun sampai. Wah muncung macam itik gitew. Jakun la jugak kan sebab tak pernah naik!

VIDEO: Shinkansen is Coming!!! Jakun

Kami kena naik pada gerabak yang dia dah tulis di dalam tiket. Dalam gerabak tu sukatilah duduk kat mana-mana seat yang kosong. Ala lagipun perjalanan 10 minit je kan,. Masa masuk tu terasa macam masuk dalam kapal terbang pulak hehehe. Kami pun duduk je la kat mana-mana seat yang kosong. Ramai jugak penumpang hari tu.

Video: Tansree Coco di dalam Shinkansen

Shinkansen yang kami naik ni bukanlah shinkansen yang paling laju, tapi la jugak kalau dah melebihi 300km/jam tu kan, cuma tak berapa nak rasa kelajuan tu sebab tempoh perjalanan kami cuma 10 minit je.

Mengintai ke luar jendela....
Samapi di Osaka Station, kami pun berkumpul di satu tempat. Macam biasa, aku dan Kak Coco tukang jaga beg, manakala yang lelain tu pegi beli 2 days passes dengan harga 2700 Yen. Menurut kata diorang susuah jugak nak cari kaunter pass tu tapi alhamdulillah jumpa jugak akhirnya.

Kami penjaga bagasi anak gajah.
Apa yang ada dengan 2 days passes tu?

Untuk pengetahuan semua, 2 days passes yang kami beli tu ada banyak tiket ke beberapa tempat tarikan utama pelancong di Osaka. Untuk sesiapa yang plan nak duduk lama di Osaka adalah disarankan membeli pass tersebut kerana ianya memang berbaloi.

Ni la rupa Day Pass yang telah dibeli...untuk naik train dan bas. (Gambar blurr)
Kami tak sempat pun nak pakai dan pergi semua tempat hotspots kat Osaka ni, hanya beberapa tempat je yang kami pilih dan rasa mampu pergi dengan menapak.maka lepas dah dapat pas-pas kami, kami pon terus naik tren untuk kembali ke Dobutsuenmae Station di mana kami telah booked Hotel (wah kali ni duduk hotel ok!) ye kami booked hotel tapi murah! Why not kan kalau dah murah standard macam hostel. Nama hotel tu adalah Taiyo Hotel. (Ye tau, bunyi macam nak sama je dengan Toyo Hostel yang kami duduk dulu, sebab lokasi pon dekat-dekat je, jalan depan sikit jumpa la Toyo Hostel tu). Untuk maklumat lanjut mengenai Taiyo Hotel ni silalah rujuq ke blog Kaki Berangan di SINI. (Wah senang kan kerja aku!) hahaha.

Ok lepas dah simpan barang dan berehat serta makan malam. kami pun keluar semula. Mestilah kena gunakan pass yang kami dah beli tu sepenuhnya kan, kalau tak rugi la. So malam tu kami pergi naik Feris Wheel! Wah dah lama tak naik menatang alah ni sebenarnya, so kali ni naik pulak kat Jepun pulak tu! Haaaaaaa suka sangat.

HEP Five Ferris Wheels

Ferris Wheel ni terletak di bangunan HEP Five bangunan ni tinggi la jugak dan merupakan shopping complex setinggi 8 tingkat. Kaler menatang alah tu kaler merah, memang agak rare jugak la nak jumpa ferris wheel kaler merah. Dan boleh dikatakan mega jugak la bulatan dia.

Tiket nak naik Ferris Wheel.
Memandangkan satu gondola tu boleh naik 4 orang je, so kami pun berpecah la naik 2 gondolo. Memang best la dapat menyaksikan pemandangan bandar Osaka di waktu malam. Ada pulak yang gayat kan, takut tinggi, maka duduk berkepit je dalam gondola. Masa gondola tu kat bawah, kemain lagi beraksi posning bagai. Siapa lah gamaknya tu.

Ni rupa gondola yang boleh masuk 4 orang saja.
The Structures
Pemandangan di waktu malam, Bandaraya Osaka.
Lagi gambar pemandangan di waktu malam Bandaraya Osaka.
Sopan je kan mereka...gayat katanya. Dok diam-diam situ.
MasMZ dan Miss B di rumah sebelah.
Besar sungguh Osaka ni.

VIDEO: Tansree Coco dalam Feris Wheel

Ok nantilah aku cerita pasal restoran sushi dan shopping stiletto kat Osaka. Wah! Siapalah gerangan empunya stiletto tu kan?

... bersambung.

WASSALAM.

2014-01-20

Visit Malaysia 2014: Sandakan, Sabah (Bornean Sun Bear Conservation Center At Sepilok)

Assalammualaikum!

Sedih sebab lens kemera yang banyak berbakti telah masuk sepital. Kos rawatan pulak mencecah ratusan ribu ringgit. Terasa gelap sekejap dunia ni #drama... terpaksa pakai henpon je kalo nak amik gambo lepas ni. #nanges. Mesti korang menyampah kan sebab aku asyik citer pasal lens rosak je, bertabahlah.

OK aku sambung lagi kisah di Sandakan, Sabah. Jika sebelum ini aku ada tulis mengenai salah satu tempat tarikan pelancong di Sandakan iaitu 'Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary' (Rujuk SINI), kali ni aku nak kongsi pulak mengenai satu tempat yang masih belum dibuka sepenuhnya. Aku dapat masuk tempat ni pon dulu sebab atas urusan kerja. Alhamdulillah, syukur dapat merasa tengok dulu tempat ni sebelum dibuka secara rasmi.

Tempat yang aku pergi ni merupakan pusat konservasi beruang matahari di Sepilok, Sandakan Sabah atau akan dikenali sebagai Bornean Sun Bear Conservation Center (BSBCC). Lokasi pusat ini adalah betul-betul di sebelah pusat konservasi Orang Utan yang popular di Sepilok. Kalau nak ke sana boleh Google, insyaAllah jumpa.

Laluan yang disediakan.
Masih mengekalkan bentuk mukabumi berbukit.
Buat masa sekarang ada beberapa ekor beruang , matahari telah ditempatkan di pusat ini. Teringat satu cerita daripada salah seorang penjaga di sini mengenai salah satu beruang yang ditempatkan di sini. Menurut beliau, anak beruang tersebut ditemui di sebuah kawasan perumahan dan berlegar-legar di laman rumah salah seorang penduduk. Mereka mengesyaki yang anak beruang matahari tersebut terlepas daripada kurungan dalam kawasan tersebut.

Mana beruang-beruang matahari ni tak muncul-muncul.. nampak tak kat atas pokok tu?
Aku dimaklumkan bahawa beruang matahari merupakan spesis yang sering ditangkap dan dijual samada untuk mendapatkan daging, kulit atau mana-mana organ yang lain.

Cak? Saya di sini!!! 
Saya suka makan semut ... #eh betulke?
Beruang-beruang matahari kat sini akan dilatih juga dengan disiplin masa makan, sama seperti di pusat-pusat konservasi yang lain. Maksudnya akan ada masa -masa tertentu mereka akan diberikan makanan, manakala di masa-masa lain mereka akan mencari makanan secara semulajadi.

Haluuuuuu
Nak tengok tak saya panjat?
Show off! Hahahaa
Ruangan plantar yang disediakan. Pengunjung tidak dibenarkan membuat bunyi memanggil beruang dan dilarang memberi makan beruang.
Secara keseluruhannya, pusat konservasi ini amat bagus bagi tujuan melindungi spesis beruang matahari yang terancam. Kawasan ini juga luas dan mesra pengunjung. Pusat ini dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2014 yang  Jangan lupa singgah di situ yer!

Untuk maklumat lanjut boleh layari website
http://sunbears.wildlifedirect.org/2014/01/14/bornean-sun-bear-conservation-centre-soft-opening-jan-16/

WASSALAM. 

2014-01-17

Berkawan Biar Beribu

Assalammualaikum...

Tetiba teringat lagu Tiga Sekawan, yang cikgu ajar kat kelas Muzik dulu masa sekolah rendah. Ingat tak lagu tu?

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan, namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama, main bersama...

Hey hey hey, hey hey hey.... tiga sekawan...
Hey hey hey, hey hey hey tiga sekawan....
(Ayuh nyanyi sama-sama! Kemon!)

Ingat tak lagu tu? Tak pasti budak-budak sekolah zaman sekarang ni masih belajar lagu tu atau tak. Rasa macam dah tak ada je? Siapa cikgu yang baca entry ni boleh tolong clarify tak?

Dulu aku ada kawan 1Malaysia tapi sekarang dah tak ada langsung . Sedih. Rindu la masa sekolah dulu....


Hidup biarlah berkawan, tak kira bangsa dan agama. Sebab itulah sekarang ni, aku cuba untuk berkawan dengan semua orang di mana-mana saja. Supaya aku dapat rasa apa yang aku rasa masa di sekolah dulu. :)

Tribute to all friends at SRK dulu:

Ahmad Adib Husni
Kalai Arasu
Loi Kat Seng
Barani
Foo Tun Chit
Shamala Krishnan
Rashimah
Noorismawati
Ahmad Ridhuan
Mohd Nasir
Marini Bah Ayuh
Sakuntala
Mohd. Zahid
Magesh
De' Helmi
Amir
Razlan

Dan beberapa lagi yang aku dah lupa nama.... kami 1Malaysia!!! Korang ingat tak nama kengkawan sekolah rendah dulu? Aku ingat yang kat atas tu je la.
(Mode melankoli pulak kali ni)

Pssttt: Masih tak ada seru nak sambung entry Kansai. Tolong!!!!


WASSALAM.




2014-01-13

Teaser: Salam Dari Bangkok (City Of Angel)

Assalammualaikum!!!

Apa khabar semua? Sihat ke. Dah bayak hari tak update blog, sorry ye agak busy sekarang ni.

Masuk hari ni dah 3 hari aku kat Bangkok, Thailand. Alhamdulillah seronok sangat tapi kalau kengkawan lain pon ada jugak lagi best kan. 


Sepanjang kat Bangkok ni macam2 perkara menarik ada, termasuklah dapat tengok Live para protestors anti kerajaan buat #shutdownBangkok depan mata hari ni 13 Januari 2014.

Anyway, nanti-nantila aku buat entry penuh. Entry Kansai pun tak habis lagi. Heheh bertabahlah....

Ok chiow, nak tido dulu. ;)

WASSALAM 

2014-01-09

Hashtag Nanges

#Assalammualaikum...

Lens
rosak.... #nanges

Kos rawatan mencecah ratusan ribu ringgit. #nanges #pengsan

Tak sempat nak 'bertabah... rebah tanpa keriangan'. #nanges #pengsan #pitam

Sekian. (pinjam bahu?)

Pstt: ada sesiapa nak sponsor lens dan kemera baru kat saya tak? #mengharap

Pssttt 2: Inesen sangat kan muka aku? hiks


Ayuh berdoa.... doakan lens saya sembuh dengan cepat. Atau doakan saya dapat hadiah lens baru . #tetibe
#WASSALAM

2014-01-07

Kansai, Japan (Part 7): Shirakawa Canal, Gion (Mencari Geisha Yang Tak Kelihatan) , Kiyomizu Temple And Kinkakuji Temple

Assalammualaikum!!!

Apa khabar semua? Masih di mood tahun baru ke? Maaf la lama jugak tergantung entry Kansai ni. Bagi laluan pada entry lain yang korang tak minat sangat nak baca kan... cite pasal monyet la, pasal rumusan taun baru la.. heheh pasrah la ye sebab sekali sekala nak jugak berubah angin. Ok jom sambung entry Kansai part 7.


Petang tu lepasa habis melawat Ginkakuji Temple, kami naik Kyoto City Bus balik ke Gion Shijo. Masa tu memang hujan tak renyai, maknanya lebat la! Misi utama adalah untuk menjejak Geisha yang katanya akan keluar pada waktu petang untuk bertugas. Info ni berdasarkan kepada rujukan beberapa blog tersohor tanahair sebelum ni yang pernah jugak menjejak Geisha di Gion pada watu petang.

Gion district atau juga dikenali sebagai Geiko (Geisha) district dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengunjung ke beberapa shrine yang terdapat di sekitar sana. Gion juga merupakan antara district ekslusif yang terkenal dengan Geishanya.

Shirakawa Canal, Gion

Kami menuju ke Shirakawa Canal di mana terdapat deretan rumah-rumah traditional Japan yang kebanyakannya merupakan kedai teh (tea house). Berdasarkan pemerhatian aku, sekitar jalan di Gion terdapat rumah-rumah kayu dalam rekabentuk asal yang masih berdiri megah di Gion. Dari situlah akan muncul Geisha-Geisha yang telah lengkap berpakaian tradisional mereka dan dengan pantasnya akan berjalan dengan laju untuk ke tempatbkerja mereka. Misteri sungguh la kehidupan diorang ni.

Hujan-hujan pon gigih kan.
Diorang ni bukan Geisha. 
Memandangkan hujang agak lebat masa kami sampai tu, kami pun duduk la berteduh di tepi-tepi rumah kayu kat sepanjang jala  tu. Sambil-sambil tu mata melilau tengok kalau-kalau ada Geisha yang lalu. Lama jugak la kami duduk menunggu kat situ, dan hujan pun tak ada tanda-tanda nak berhenti! Lama-kelamaan kami pon berpecah, aku dengan Kak Coco duduk kat satu ruang manakala, John, MasMz dan Miss B duduk kat tempat lain. Lama jugak menunggu tetiba aku ternampak satu kelibat Geisha berbaju merah muncul dari satu lorong sambil memegang payung merah! Laju je dia berjalan sambil kat belakang dia ada sorang perempuan muda yang escort dia bawak barang apa tah. Terus aku jerit panggil John dan lain-lain. Hahaha lawak sungguh masa tu, diorang terua kejar sampai ke hujung jalan, manakala aku dan Kak Coco tak larat nak kejar, so kami biar je diorang yang gigih.

Jadi aku dan Kak Coco masih tunggu kat lorong di mana Geisha tadi keluar. Kami buat spekulasi yang kebanyakan Geisha hari tu naik teksi sebab hujan. Sebab tu tak nampak ramai yang keluar jalan kaki kat situ, sebab asa banyak teksi laku lalang kat situ.

Lepastu yang paling lawak, aku dengan Kak Coco speku lagi yang diorang takut nak keluar sebab kami tunggu depan pintu rumah diorang, so mesti diorang intai-intai dari dalam, tunggu kami leka lepas tu baru diorang keluar, boleh macam tu? Hahaha.

Tapi memang betul kot, sebab masa aku dengan Kak Coco lalu kat lorong yang kami nampak Geisha tadi, sambil-sambil aku suruh Kak Coco posing, bila pusing je ke belakang aku nampak sorang lagi Geisha dah terlepas berjalan dengan laju kat belakang kami. Terus aku dengan Kak Coco cuba nak kejar tapi hampeh kejap je hilang!

Ramai berkompol kat kedai ni.
Gitew sangat tansree coco tu.
Kebetulan pulak lalu kat depan kami ada sorang Mak Hayam Geisha sambil ada escort entah sapa-sapa entah... makanya pasrah je la ambik gambar mak hayam tu hehehe. Kami pon dah tak larat nak menunggu dan hari pon dah gelap so, kami pun meninggalkan Shirakawa Canal. Hujan masih turun tapi dah agak renyai berbanding petang tadi.

Memandangkan jam masa tu masih awal, lebih kurang jam 7 macam tu kot, kami pun duduk la lepak kat kedai kopi sambil minum kopi. Fuh nikmat sungguh dapat minum kopi dalam hujan kan. Lama dah teringin nak minum kopi kat Kyoto akhirnya dapat jugak.

Lepas dah puas lepak kat kedai kopi, kami pon balik semula ke hostel. Esok merupakan hari terakhir kami di Kyoto sebelum balik semula ke Osaka. Jadi kene packing barang siap-siap malam ni sebab awal pagi esok nak check out.

Aksi wajib.
Minum kopi katanya ... cantik tak tumbler saya itew?
Hari terakhir di Kyoto.

Di hari terkahir kami di Kyoto masih ada beberapa lagi main attraction yang kami belum sempat pergi. Jadi kami decided untuk balik ke Osaka (cewah macam balik kampung je bunyinya kan) pada tengahari atau petang. So plan pagi tu, lepas check out, kami tinggalkan beg di Hostel (Nasib baik la empunya hostel bagi tinggal barang).

Macam kekdah sebelum-sebelum ni di Kyoto, kami beli Kyoto City Bus punya pass dengan harga 500 Yen dan terus naik menuju ke Kiyomizu Temple yang sebenarnya tak berapa jauh pon dari Gion Shijo Station. Cuma disebabkan malas nak berjalan, dan sebab dah beli tiket bas tu maka kami pon naik la bas dan berhenti di stesen Kiyomizu - Michi. Daripada stesen Kiyomizu-michi kena jalan kaki mendaki bukit (ingat ye mendaki bukit! Bukan berjalan di jalan yang landai), sejauh lebih kurang 500-700 meter macam tu la. Penat jugak mendaki tu sebab jalannya menegak dan terdapat banyak kedai-kedai di kiri dan kanan jalan. So sapa nak shopping souvenir boleh la kat situ, tapi AWAS, harga payung, makin tinggi kedai tu makin mahal yer! Hahaha.

Ramai pulak manusia pagi-pagi ni. 
Banyak gerai di kiri kanan jalan.
Kami sampai di pintu masuk Kiyumizu Temple. Alhamdulillah cuaca elok pagi tu dan terang benderang. Untuk masuk ke dalam kawasan temple, kena bayar tiket dengan harga 500 Yen / person. Bagi aku kawasan Kiyomizu Temple ni sangat cantik! Serius cantik sebab kedudukan temple ni di atas bukit dan kita boleh nampak pemandangan di bawah sana. Tambahan pulak orang pon takde la ramai sangat seramai hujung minggu hari tu, jadi perjalanan berlegar-legar kat dalam tu agak ok.

Pintu masuk.
Tu dia tengok bawah je dah gayat.
Deretan kuil kuil. Ada kelihatan tanah runtuh di situ.
Ramai manusia.
Seronok tengok pemandangan kat tebing.
Eh nampak macam orang yang dikenali la kat situ?
Nampak tenang je, padahal orang kiri kanan penuh.
Zoom dekat sikit lagi.
Nak gitu - gitu jugak.
Kami pun bergambar je la kat dalam tu, nak buat apa lagi kan. Takkan nak menyembah pulak, haish nauzubillah. Dari temple di atas bukit kami berjalan turun ke bawah dan bawah lagi...tak lama pun kami kat situ sebab nak kejar masa ke satu lagu tempat yakni Kinkakuji Temple atau lebih dikenali sebagai Golden Pavilion). Sebenarnya nak pergi ke Golden Pavilion ni semalam, tapi tersilap pulak terpegi ke Ginkakuji Temple (Silver Pavilion)... makanya untuk memuaskan hati, kena pergi jugak la ke Golden Pavilion ni.






Lokasi Golden Pavilion ni agak jauh...lebih kurang macam perjalanan nak ke Arashiyama jugak. Tapi kali ni kami naik bas menuju ke sana. Dalam bas pon ramai orang tapi alhamdulillah dapat la duduk sebab perjanan mengambil masa yang agak lama jugak lebih kurang 40 minit.

Kinkakuji Temple

Kami tiba di Kinkakuji Temple lebih kurang pukul 12 tengahari macam tu. Alhamdulillah cuaca pun ok, sejuk je. Tiket masuk ke Kinkakuji Temple ni adalh 400 Yen / person. Murah sikit la daripada Kiyomizu Temple tadi. Orang punyalah ramai kat situ, sebab Kinkakuji Temple ni antara tempat tumpuan pelancong jugak disebabkan bangunan Golden Pavilion yang di bina di tengah-tengah tasik tu adalah bewarna ke emas-emasan! Dah nama pun golden pavilion kan heheh.

AMana-mana je ramai orang.
Laluan masuk ke Kinkakuji Temple
Pintu masuk.
Jalan lagi sampai ke kaunter tiket.
Kaunter tiket.
Ayuh masuk!
Macam biasa lah, dalam tu apa lagi yang boleh kami buat melainkan bergambar dan terus bergambar. Kawasan dalam Kinkakuji Temple ni besar jugak, dan banyak taman-taman di dalamnya, kami tak larat la nak jalan ke segenap pelusok tempat dalam tu, cuma sekadar ke kawasan-kawasan utama sahaja.

Tenang je kan....
Hakikatnya ramai giler orang!
Golden Pavilion.
Tempat diorang sembahyang.
Batu apa tu?
Dedaunan keguguran.
Dah puas bergambar dalam tu kami pum bergerak balik semula ke hostel untuk ambik beg-beg kami yang kami tinggalkan kat situ. maknya perjalanan ke Osaka akan bermula!

Ok sampai sini dulu entry kali ni. Nanti aku sambung kisah ke Osaka pulak.

... bersambung.

WASSALAM

POPULAR POSTS