2015-12-30

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2015

Assalammualaikum!!!

Laaa dah habis 2015??? Dah nak masuk 2016???? Mesti ramai yang macam tak percaya masa sangat cepat berlalu kan? Dan macam-macam perkara jugak berlaku tahun 2015 ni. Aku pun tak terkecuali, rasa macam baru semalam je bawak Pon (dear friend from Japan) pusing-pusing KL sambut New Year.Lols.

Tahun 2015 ni merupakan tahun suram kot dalam dunia blogging, rasanya ramai jugak antara rakan-rakan blogger yang dah beralih arah ke medium sosial yang lain macam facebook, Instagram dan Twitter (lebih ringkas dan senang nak bercerita). Tapi aku rasa blog masih penting untuk sumber rujukan dan maklumat, so kena lah teruskan hiks. Tapi maksud aku suram tu adalah, suram tak pegi travel ke mana-mana sangat! Hahah takde la rancak mengembara macam tahun-tahun sebelumnya. Memang obvious kot, awal tahun je sesat ke Macau denga Tansree Coco, MasMz dan Hang Dhamin...lepas tu terus suram...suram dan suram. tambahan pulak aku berpindah lokasi ke Tawau, Sabah...makin suram hahahah.

Oh lupa pulak, for the first time ikut trip #Bekpekeskayap ke Krabi, ala-ala roadtrip secara berjemaah la dan firstime jugak beratur kat sempadan Malaysia-Thailand selama 4jam! Gila. Trip ni aku ikut bebudak yang aku kenal kat twitter, kebanyakannya ex-curator TwtBP yang dah berkubur tu.

Then sempat singgah Penang dan Singapore dengan geng #Trisam (tu pun ada kena mengena denga Majelis perkahwinan Pingu Toha - Novelis Cafe Marooned tu)

So selama sembilan bulan jugak la aku cuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, sesambil tu banyak menghabiskan masa travel dalam Malaysia sahaja (sebab selebihnya aku sibuk ulang-alik Tawau-KL setiap bulan). Mestilah, aku rasa bernyawa kot balik KL. 

Projek Teater

Projek teater? Hampeh...tapi aku rasa meriah sikit la dari tahun lepas sebab tahun ni aku sempat tengok:

1. P Ramlee the Musical (3rd season).
2. PGL In Concert
3. Mak Cun The Musical
4. Tenggelamnya Kapal van der Wjick

Haha aku rasa macam ada yang aku lupa lah nak list kat sini...hahaha takpelah. Dulu-dulu rajin la jugak buat review Projek Teater kat blog ni, sekarang ni MALAS dah. Balik rumah je terus tido. Haha.

My very first #doodleByRen Birthday Cake!

Oklah, so dah masuk tahun 2016 ni, aku berharap agar hidup aku berubah ke arah yang lebih baik, lebih dewasa, lebih matang, lebih kaya, lebih bahagia dan lebih segala-galanya. Siapa yang tak nak lebih kan? Rasanya tu azam semua orang...apa yang penting cara untuk mendapatkan kelebihan tu, biar ikhlas.

Dan aku berazam jugak taknak kuburkan blog ni, insyaAllah akan gigih menulis walaupun sebulan sekali (lols).

So listkan la azam tahun baru korang? Lols.

SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Pstt: Busy dengan #DoodleByRen sekarang ni.

WASSALAM.

2015-12-08

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 3) - Temples of UNESCO (Bayon And Ta Prohm)

Assalammualaikum! 

Kali ni berazam nak cepat habiskan entry Cambodia ni. Pejam celik pejam celik pun dah hujung tahun! Gilalah cepat masa berlalu, macam-macam hal pulak jadi tahun ni. Ok taknak cerita sekarang, tunggu entry penutup hujung tahun ni nanti ye (rajin pulak ko nak buat entry penutup bagai kan! HAHAHAHAH)! Let's sambung kejadian di Siem Reap hari kedua!


Bayon Temple

Usai menjelajah sekitar Angkor Wat dalam keadaan basah lit-lit (bak kata orang Utara), kami mendapatkan dua orang pemandu pelancong kami yakni Hassan dan Osman yang tengah menunggu kami di muka pintu utama. Lokasi seterusnya adalah menuju ke Bayon Temple. Bayon Temple ni terletak di tengah-tengah pintu Angkor Thom (Kompleks Angkor) dan merupakan satu-satunya temple yang mempunyai ukiran wajah patung yang senyum! Aku tak tahu apa relevant dan cerita di sebalik pembinaan temple patung senyum ni, kalau korang rajin silalah Google.
NOTA: Bayon is known for its huge stone faces of the bodhisattva Avalokiteshvara, with one facing outward and keeping watch at each compass point. The curious smiling image, thought by many to be a portrait of Jayavarman himself, has been dubbed by some the "Mona Lisa of Southeast Asia." There are 51 smaller towers surrounding Bayon, each with four faces of its own. - sumber Google.
Kami masuk melalui pintu selatan, di mana sebelum masuk pintu tu, ada satu jambatan dengan susunan kepala patung pelbagai rupa menyambut kami. Ada sesetengah patung yang dah tak ada kepala. Biasa la tu kan, kebanyakan patung yang takda kepala tu samada telah dicuri atau telah musnah akibat perubahan masa. So kami singgah kejap kat jambatan tu untuk bergambar.

Pintu Selatan.
Ramai pulak lalu time aku nak amik gambo hish.
Macam biasa, ada tasik buatan disekelilingnya.
Salah satu kepala yang ada di sepanjang jambatan ini.
Eh kami!
Dah puas bergambar kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Bayon Temple. Hahaha ok harini memang plannya nak terjah beberapa temple utama dalam kategori UNESCO ni sahaja. Tak larat la nak pergi semua, sebab rata-rata lebih kurang sama je binaannya.

Sampai depan Bayon Temple, Hassan dan Osman macam biasa bagi briefing sikit sebelum melepaskan kami masuk dalam tu. Sebelum masuk tu jangan lupa tunjuk tiket pada guard yang jaga kat situ. Guna tiket yang sama masa masuk Angkor Wat tadi ye. Ingat kan kita beli 1 day pass! Bayon Temple ni tak sebesar Angkor Wat, tapi ia mempunyai 51 buah menara disekitarnya dan setiap menara ada lebih kurang 4 muka senyum yang mengadap di keempat-empat penjuru. Kalau pandai cari angle, boleh ambik gambar kita bercomolot dengan salah satu muka senyum tu hahaha.

Pintu masuk Bayon Temple
Banyak kesan runtuhan
Laluan yang telah dibaikpulih
Sebahagian tembok.
Salah satu menara dengan muka senyum
Banyak yang dah roboh.
Bayon Temple.
Senyum bersama...eh muncung bersama.
OKlah jum pegi tempat lain.
Tak ada apa yang menarik sangat la selain tengok ukiran-ukuran batu kat sini. Dan terdapat banyak juga tinggalan runtuhan. Temple ni masih dalam usaha pembaikan jugak. Mungkin bila dah siap nanti makin cantik.

Kami tak lama sangat pun dalam Bayon Temple ni, dalam setengah jam dah keluar, sebab kuil ni kecik je dan ada 2 tingkat. Tapi alhamdulillah la sebab cuaca dah ok, matahari pun dah mula bersinar, langit pun dah nampak biru!

Ta Prohm Temple.

Usai berpusing-pusing di Bayon Temple, akhirnya kami ke tempat yang ditunggu-tunggu yakni lokasi penggambaran Tomb Rider (lakonan Angelina Jolie tu) iaitu Ta Prohm Temple!. Kat kuil ni banyak pokok-pokok yang tumbuh di atas batu. Menurut Hassan lagi, macamana pokok-pokok boleh tumbuh atas batu tu sebab ia memakan masa yang sangat lama selepas kuil-kuil itu dibina, ditinggalkan sampai pokok-pokok pun boleh tumbuh, dan ditemui semula sebelum dipulihara. Kalau tengok di kawasan sekitar, memang banyak pokok-pokok besar, dan dahulunya kawasan Angkor Thom ni merupakan sebuah perkampungan yang hebat.

Sepanjang jalan pun boleh jumpa bangunan-bangunan dengan pokok camni.
Pintu masuk.
Sampai depan pintu masuk Ta Prohm Temple, tuk tuk dah tak boleh masuk. So kena tayang tiket dekat guard dan jalan kaki melalui denai-denai yang disediakan. Lebih kurang 15 minit jalan kaki akhirnya barulah kami sampai di pintu Ta Prohm Temple. Memang lawa kuil ni, walaupun terdapat banyak kesan runtuhan. Tapi yang paling best bila dapat tengok pokok-pokok besar tumbuh atas batu-batu kuil tu.... cantik.
INFO: Ta Prohm is among the largest of the monuments in the Angkor complex, the in scrimption gives an idea of the size of the temple. The complex included 260 statues of gods, 39 towers with pinnacles and 566 groups of residences. Ta Prohm comprises a series of long low buildings standing on one level, which are enclosed by rectangular laterite wall (600 by 1,000 meters, 1,959 by 3,281 feet). Only traces of the wall are still visible. The center of the monument is reached by a series of towers connected with passages. This arrangement forms a ' sort of sacred way into the heart of the monument’; three-square galleries enclose the area. - sumber Google.
Pepandailah rujuk peta kat sini ye.
Tu kat blakang adalah tempat tunjuk tiket.
Then jalan kaki ke dalam...eh rajin pulak dia baca buku.
Ok dah sampai gerbang.
Jom masuk! Kene ikut laluan kiri ye.
Runtuhan kat sekeliling kuil.
Tudia akar besarnya!
Atas rumah ada pokok!
Sempena Hari Malaysia! 
Tu dia...lawa kan
Siap kena sapot dengan besi lagi pokok tu.
Yang ni pon kagum gak!
Tadaaa. ok dah jum balik.
Kami pusing-pusing dalam kuil tinggal tu agak lama jugak sebab banyak lorong yang berbelit-belit dan kuil ni pun agak besar berbanding Bayon Temple. Sebenarnya ada banyak lagi temple di sekitar situ tapi memadailah hanya pegi beberapa sahaja.

Ok cukuplah kisah menziarah UNESCO site (Angkor Thom) kali ni. Nanti aku sambung lagi kisah seterusnya. Kisah makan-makan dan meronda night market lagi sekali hahaha.

Bersambung...

WASSALAM.

2015-12-01

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 2): The Temples of UNESCO - Angkor Complex

Assalammualaikum!!!

Miss me much? Hahahah ok tak rindu eh? Takpelah. Saya redho. (drama). Again sorry sebab lambat sambung entry ni, dan sekarang jom sambung! 


Setelah melepak-lepak area Hotel dan Night Market pada hari pertama, keesokkan paginya kami dikejutkan dengan hujan yang maha lebat! Ya tuhannnn cancel plan nak tengok sunrise. Sebenarnya kami dah janji dengan Zack (Pemandu tuktuk a.k.a tour guide kami - Kalau nak nombor dia sila rujuk entry part 1), tapi disebabkan hujan kami whatsapp si Zack supaya dia datang lambat sikit dalam pukul 7;30 macam tu. (Kalau tak dia nak datang pukul 4.30 pagi untuk bawa tengok sunrise). So pagi tu melayan hujan sampai pukul 7.00 pagi, alhamdulillah reda jugak hujan tu.

Muka bangun pagi dikala hujan telah berhenti.
Masa turun pegi sarapan pagi, kami terkejut nampak dua orang datang menyapa. Siapa pulak yang tegur kami ni, ingatkan scammer ke apa, rupanya yang datang tu adalah Hassan dan Osman, dua-dua tu adalah kawan kepada Zack. Katanya diorang dah sampai hotel tu jam 4.00 pagi lagi sebab Zack kata nak suruh bawa kami pegi tengok sunrise! Hahaha tetibe rasa bersalah pulak, eh tapi kami dah bagitahu Zack untuk cancelkan pagi tu kan. takpelah, diorang pun suka tido dalam tuk tuk hiks.

Kenapa Zack tak datang? Menurut Hassan, Zack terpaksa uruskan hal perkahwinan saudara di kampung. Jadi dia akan menggantikan Zack untuk bawak kami pusing-pusing Siem Reap. Tapi kenapa pulak ada Osman? Ok Osman ni pulak adik ipar Hassan, dia baru belajar nak jadi tour guide, so Hassan tengah ajar si Osman untuk jadi tour guide. Faham tak? Lols, ok abaikan. Fokus pada Osman je sekarang sebab dia yang bawak tuk tuk.

Usai breakfast, kami pun bergeraklah ke destinasi yang ditunggu-tunggu yakni takap warisan UNESCO Angkor Wat! Wut wut memang tak sabar nak ke situ. Tapi bila cuaca mendung dan gloomy je bikin mood jadi tak berapa nak best.

Ayuh ke Angkor Wat! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Bersama Hassan pemandu pelancung tak rasmi kami.
Yang bawak motor tu Osman.
OK berhenti kejap sebab ada pesakit nak melintas. Ni di kawasan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita.
Kecik je pesakitnya.
Hello!
Untuk masuk ke dalam Kompleks Angkor Wat, kena beli tiket dulu di salah-satu gate yang agak jauh dari pintu masuk utama Kompleks. Nasib baik la ada tour guide, so takde bazir tenaga dan masa sesat-sesat cari tempat beli tiket. Harga tiket masuk ke Kompleks Angkor Wat dan pakej ke tapak-tapak warisan lain adalah mengikut 1 day pass atau 3 days pass. Kami ambil pass 1 hari dengan harga USD20/person. So dengan tiket tu boleh masuk mana-mana kompleks temple yang kita larat nak pegi (bukan setakat Angkor Wat sahaja). Dan yang bestnya, dalam tiket tu ada gambar kita! So boleh simpan buat souvenir! Hiks. Jangan lupa berikan senyuman paling indah bila depan kaunter tiket tu nanti ya!

Kaunter belian tiket.
Kaunter belakang ni untuk pelancung asing.
Tadaaaa, this was my ticket!
Dah siap urusan membeli tiket, kami naik semula tuktuk dan masuk ke dalam kawasan kompleks. Ada la beberapa orang guard yang akan check tiket yang kita dah beli tadi sambil tengok gambar pada tiket dan muka kita. Then dah selesai kena check perjalanan diteruskan. Ehhhh bukan terus sampai depan pintu Angkor Wat ye, jauh lagi perjalanan nya lebih kurang beberapa km lagi baru sampai kat pintu masuk utama Angkor Wat. So pepandai la korang kalau naik basikal tu, gigih-gigihkanlah diri.

Hassan bagi briefing.
Keadaan depan jambatan masuk ke Kompleks Angkor Wat
Dah sampai depan pintu masuk utama, Hassan dan Osman tinggalkan kami kat situ. Diorang takkan ikut kami masuk sebab, hanya tour guide khas sahaja yang boleh bawa pelancong masuk ke dalam. Disebabkan Hassan dah berhenti jadi tour guide dan Osman pulak masih baru, so diorang tunggu kat luar je. Sebelum tu, Hassan bagi sedikit briefing kat kami tentang keadaan kat dalam kompleks dan serba sedikit sejarah pembinaan Angkor Wat ni, dia tak reti cakap Bahasa Melayu, tapi Osman fasih berbahasa Melayu.

Maka perjalanan kami ke dalam Angkor Wat pun bermula! Eksaited terlebih la weh sebab tengok UNESCO punya site depan mata! Besar gila Kompleks Angkor ni, keluasan kawasan angkor sahaja meliputi seluas 400 km persegi dan ia menempatkan beberapa buah bangunan temples utama yang menjadi tarikan dunia.

Macam biasalah, kami ni jenis jalan lima langkah, berhenti ambil gambar...lepas tu jalan lagi, berhenti...entah bila nak masuk agaknya hahaha. Masa tu pulak gloomy je, baru lepas hujan dan macam nak sambung hujan lagi. Adoi cuaca memang tak best hari tu. Oh ya, sekeliling kawasan Kompleks Angkor Wat ni ada tasik buatan, tujuannya untuk memastikan struktur pasir di bawah binaan semua temples kat kawasan tu kekal terpelihara. (Adala konsep-konsep engineering, hydrofizik bagai).

Kena menapak lebih kurang 2 km ye...
Ayuhlah
Jauh lagi tu nak menapak.
Masuk je dalam gerbang Angkor Wat (baru masuk pintu gerbang ye) tetiba hujan renyai-renyai turun! Aiseyh... dah la kena jalan dalam 1.5 km lagi kot nak sampai ke bangunan utama. So makanya kami berteduh dulu kat deretan kedai-kedai kat tepi pagar tunggu sampai hujan reda. Tapi bila tengok macam tak de nak reda-reda pun, maka kami pun belasah la redah je lari masuk bangunan utama.

Areal view Kompleks Angkor Wat - Gambar Google
Yang ni baru pagar dia ye.
Posing kat pagar pun dah 30 minit
Wow! Memang cantik senibina Angkor Wat ni. Kalau nak diikutkan, ukiran-ukiran dalam bangunan ni semuanya ada ceritan dan jalan ceritanya tersusun rapi. Cuma agak ada bau tak menyenangkan sikit sebab basah kan. Menurut Hassan tadi, Angkor Wat ni punya pemuliharaan dibiayai oleh US. Dan ada temples lain disekitarnya turut dibiayai oleh negara-negara lain seperti Japan dan Negara-Negara EU under UN.
NOTA: Angkor Wat is surrounded by a moat and an exterior wall measuring 1300 meters x 1500 meters. The temple itself is 1 km square and consists of three levels surmounted by a central tower. The walls of the temple are covered inside and out with bas-reliefs and carvings. Nearly 2000 distinctively rendered apsara carvings adorn the walls throughout the temple and represent some of the finest examples of apsara carvings in Angkorian-era art. But it is the exterior walls of the lower level that display the most extraordinary bas-reliefs, depicting stories and characters from Hindu mythology and the historical wars of Suryavarman II.- sumber Google.
Tempat paling fames kalau nak ambil gambar sunrise...tapi apakan daya hujan. 
Gigih cari lain talipon sebab nak upload gambar kat Instagram.

So Angkor Wat ni ada 3 tingkat utama, make sure kena naik sampai tingkat atas sekali, barulah best, dapat tengok keseluruhan kawasan Angkor Wat dari ketinggian 200 meter. Kami bernasib baik time beratur panjang nak naik ke tingkat paling atas tu tak hujan, tapi sampai je kami kat atas tu terus turun hujan bukan main lebat sangat. So kami pon melepak la kat atas tu sampai hujan reda.

Bergambar kat pagar pun jadi.
Seram tak hahaha.
Ukiran-ukiran sepanjang dinding bangunan.
Acah-acah.

Jom naik atas lagi. Tingkat kedua.
Eh. Seluar beli kat pasar malam semalam..kekeke.
Tingkat 2.
Cak!
Ramai giler orang tengah beratur nak naik Aras 3.

Ambil pass dulu ye.
Ayuh naik!!!
Pemandangan dari atas
Hujan pun reda
Eh hujan balik.
Hujan-hujan pun gigih beratur
Lepak sambil tunggu hujan berhenti.
Bila dah reda, kami cepat-cepat turun, tangga nak turun tu pun kemain menjunam ye, hati-hati sebab licin baru lepas hujan. Nak naik tu kena ambil pass dan dah turun kena serahkan balik pass. Tujuannya bagi mengawal jumlah pelancong yang berada di tingkat atas dalam satu-satu masa. Syukur sekali lagi, bila dah turun bawah baru hujan lebat turun balik, so sempat la kami berlarian ke tempat teduh hiks.

Jom turun.
Dah habis pusing keliling, kami pun berjalan keluar dari Kompleks Angkor Wat. Kami keluar semula ikut laluan yang masuk tadi sebab dah janji dengan Hassan dan Osman dekat situ. Sampai je depan pintu masuk kami terus disapa oleh Hassan dan Osman dari tuktuk. Seterusnya kami akan ke Bayon Temple dan Taphrom Temple.

Oklah nanti aku sambung lagi... daaaa.

WASSALAM.

POPULAR POSTS