Assalammualaikum!
Kali ni berazam nak cepat habiskan entry Cambodia ni. Pejam celik pejam celik pun dah hujung tahun! Gilalah cepat masa berlalu, macam-macam hal pulak jadi tahun ni. Ok taknak cerita sekarang, tunggu entry penutup hujung tahun ni nanti ye (rajin pulak ko nak buat entry penutup bagai kan! HAHAHAHAH)! Let's sambung kejadian di Siem Reap hari kedua!
Bayon Temple
Usai menjelajah sekitar Angkor Wat dalam keadaan basah lit-lit (bak kata orang Utara), kami mendapatkan dua orang pemandu pelancong kami yakni Hassan dan Osman yang tengah menunggu kami di muka pintu utama. Lokasi seterusnya adalah menuju ke Bayon Temple. Bayon Temple ni terletak di tengah-tengah pintu Angkor Thom (Kompleks Angkor) dan merupakan satu-satunya temple yang mempunyai ukiran wajah patung yang senyum! Aku tak tahu apa relevant dan cerita di sebalik pembinaan temple patung senyum ni, kalau korang rajin silalah Google.
NOTA: Bayon is known for its huge stone faces of the bodhisattva Avalokiteshvara, with one facing outward and keeping watch at each compass point. The curious smiling image, thought by many to be a portrait of Jayavarman himself, has been dubbed by some the "Mona Lisa of Southeast Asia." There are 51 smaller towers surrounding Bayon, each with four faces of its own. - sumber Google.
Kami masuk melalui pintu selatan, di mana sebelum masuk pintu tu, ada satu jambatan dengan susunan kepala patung pelbagai rupa menyambut kami. Ada sesetengah patung yang dah tak ada kepala. Biasa la tu kan, kebanyakan patung yang takda kepala tu samada telah dicuri atau telah musnah akibat perubahan masa.
So kami singgah kejap kat jambatan tu untuk bergambar.
|
Pintu Selatan. |
|
Ramai pulak lalu time aku nak amik gambo hish. |
|
Macam biasa, ada tasik buatan disekelilingnya. |
|
Salah satu kepala yang ada di sepanjang jambatan ini. |
|
Eh kami! |
Dah puas bergambar kami pun meneruskan perjalanan menuju ke
Bayon Temple. Hahaha ok harini memang plannya nak terjah beberapa
temple utama dalam kategori
UNESCO ni sahaja. Tak larat la nak pergi semua, sebab rata-rata lebih kurang sama je binaannya.
Sampai depan
Bayon Temple, Hassan dan
Osman macam biasa bagi
briefing sikit sebelum melepaskan kami masuk dalam tu. Sebelum masuk tu jangan lupa tunjuk tiket pada
guard yang jaga kat situ. Guna tiket yang sama masa masuk
Angkor Wat tadi ye. Ingat kan kita beli
1 day pass!
Bayon Temple ni tak sebesar
Angkor Wat, tapi ia mempunyai 51 buah menara disekitarnya dan setiap menara ada lebih kurang 4 muka senyum yang mengadap di keempat-empat penjuru. Kalau pandai cari
angle, boleh ambik gambar kita bercomolot dengan salah satu muka senyum tu hahaha.
|
Pintu masuk Bayon Temple |
|
Banyak kesan runtuhan |
|
Laluan yang telah dibaikpulih |
|
Sebahagian tembok. |
|
Salah satu menara dengan muka senyum |
|
Banyak yang dah roboh. |
|
Bayon Temple. |
|
Senyum bersama...eh muncung bersama. |
|
OKlah jum pegi tempat lain. |
Tak ada apa yang menarik sangat la selain tengok ukiran-ukuran batu kat sini. Dan terdapat banyak juga tinggalan runtuhan.
Temple ni masih dalam usaha pembaikan jugak. Mungkin bila dah siap nanti makin cantik.
Kami tak lama sangat pun dalam
Bayon Temple ni, dalam setengah jam dah keluar, sebab kuil ni kecik je dan ada 2 tingkat. Tapi
alhamdulillah la sebab cuaca dah ok, matahari pun dah mula bersinar, langit pun dah nampak biru!
Ta Prohm Temple.
Usai berpusing-pusing di Bayon Temple, akhirnya kami ke tempat yang ditunggu-tunggu yakni lokasi penggambaran Tomb Rider (lakonan Angelina Jolie tu) iaitu Ta Prohm Temple!. Kat kuil ni banyak pokok-pokok yang tumbuh di atas batu. Menurut Hassan lagi, macamana pokok-pokok boleh tumbuh atas batu tu sebab ia memakan masa yang sangat lama selepas kuil-kuil itu dibina, ditinggalkan sampai pokok-pokok pun boleh tumbuh, dan ditemui semula sebelum dipulihara. Kalau tengok di kawasan sekitar, memang banyak pokok-pokok besar, dan dahulunya kawasan Angkor Thom ni merupakan sebuah perkampungan yang hebat.
|
Sepanjang jalan pun boleh jumpa bangunan-bangunan dengan pokok camni. |
|
Pintu masuk. |
Sampai depan pintu masuk Ta Prohm Temple, tuk tuk dah tak boleh masuk. So kena tayang tiket dekat guard dan jalan kaki melalui denai-denai yang disediakan. Lebih kurang 15 minit jalan kaki akhirnya barulah kami sampai di pintu Ta Prohm Temple. Memang lawa kuil ni, walaupun terdapat banyak kesan runtuhan. Tapi yang paling best bila dapat tengok pokok-pokok besar tumbuh atas batu-batu kuil tu.... cantik.
INFO: Ta Prohm is among the largest of the monuments in the Angkor complex, the in scrimption gives an idea of the size of the temple. The complex included 260 statues of gods, 39 towers with pinnacles and 566 groups of residences. Ta Prohm comprises a series of long low buildings standing on one level, which are enclosed by rectangular laterite wall (600 by 1,000 meters, 1,959 by 3,281 feet). Only traces of the wall are still visible. The center of the monument is reached by a series of towers connected with passages. This arrangement forms a ' sort of sacred way into the heart of the monument’; three-square galleries enclose the area. - sumber Google.
|
Pepandailah rujuk peta kat sini ye. |
|
Tu kat blakang adalah tempat tunjuk tiket. |
|
Then jalan kaki ke dalam...eh rajin pulak dia baca buku. |
|
Ok dah sampai gerbang. |
|
Jom masuk! Kene ikut laluan kiri ye. |
|
Runtuhan kat sekeliling kuil. |
|
Tudia akar besarnya! |
|
Atas rumah ada pokok! |
|
Sempena Hari Malaysia! |
|
Tu dia...lawa kan |
|
Siap kena sapot dengan besi lagi pokok tu. |
|
Yang ni pon kagum gak! |
|
Tadaaa. ok dah jum balik. |
Kami pusing-pusing dalam kuil tinggal tu agak lama jugak sebab banyak lorong yang berbelit-belit dan kuil ni pun agak besar berbanding Bayon Temple. Sebenarnya ada banyak lagi temple di sekitar situ tapi memadailah hanya pegi beberapa sahaja.
Ok cukuplah kisah menziarah UNESCO site (Angkor Thom) kali ni. Nanti aku sambung lagi kisah seterusnya. Kisah makan-makan dan meronda night market lagi sekali hahaha.
Bersambung...
WASSALAM.
banyaknye idea ko tulis panjang2! GILAAAAA!! hahahah
ReplyDeleteAKu ni tak sampai2 lagi sini, nk tunggu salji ada turun kot baru nk mai sini hahaahah...
Kenapa masnona nampak makin tembun dalam ni? hiks
bestnyer....
ReplyDeletetahun depan la kena pegi...
perenggan pertama ko buat aku terfikir....
ReplyDelete"alamak, dah nak hujung tahun...entry banyak lagi tak tulis"....
aigoo, bila mood malas nk pergi nie....????
byk jenis ukiran dri batu...
ReplyDeletegigih amats... hahahaha.. canteknye tempat ni.. korang nk ikot gak!!
ReplyDelete