Assalammualaikum!!!
Miss me much? Hahahah ok tak rindu eh? Takpelah. Saya redho. (drama). Again sorry sebab lambat sambung entry ni, dan sekarang jom sambung!
Setelah melepak-lepak
area Hotel dan
Night Market pada hari pertama, keesokkan paginya kami dikejutkan dengan hujan yang maha lebat! Ya tuhannnn
cancel plan nak tengok
sunrise. Sebenarnya kami dah janji dengan
Zack (Pemandu tuktuk a.k.a
tour guide kami -
Kalau nak nombor dia sila rujuk entry part 1), tapi disebabkan hujan kami
whatsapp si
Zack supaya dia datang lambat sikit dalam pukul 7;30 macam tu. (Kalau tak dia nak datang pukul 4.30 pagi untuk bawa tengok
sunrise).
So pagi tu melayan hujan sampai pukul 7.00 pagi,
alhamdulillah reda jugak hujan tu.
|
Muka bangun pagi dikala hujan telah berhenti. |
Masa turun pegi sarapan pagi, kami terkejut nampak dua orang datang menyapa. Siapa pulak yang tegur kami ni, ingatkan scammer ke apa, rupanya yang datang tu adalah Hassan dan Osman, dua-dua tu adalah kawan kepada Zack. Katanya diorang dah sampai hotel tu jam 4.00 pagi lagi sebab Zack kata nak suruh bawa kami pegi tengok sunrise! Hahaha tetibe rasa bersalah pulak, eh tapi kami dah bagitahu Zack untuk cancelkan pagi tu kan. takpelah, diorang pun suka tido dalam tuk tuk hiks.
Kenapa Zack tak datang? Menurut Hassan, Zack terpaksa uruskan hal perkahwinan saudara di kampung. Jadi dia akan menggantikan Zack untuk bawak kami pusing-pusing Siem Reap. Tapi kenapa pulak ada Osman? Ok Osman ni pulak adik ipar Hassan, dia baru belajar nak jadi tour guide, so Hassan tengah ajar si Osman untuk jadi tour guide. Faham tak? Lols, ok abaikan. Fokus pada Osman je sekarang sebab dia yang bawak tuk tuk.
Usai
breakfast, kami pun bergeraklah ke destinasi yang ditunggu-tunggu yakni takap warisan
UNESCO Angkor Wat! Wut wut memang tak sabar nak ke situ. Tapi bila cuaca mendung dan
gloomy je bikin mood jadi tak berapa nak
best.
|
Ayuh ke Angkor Wat! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. |
|
Bersama Hassan pemandu pelancung tak rasmi kami. |
|
Yang bawak motor tu Osman. |
|
OK berhenti kejap sebab ada pesakit nak melintas. Ni di kawasan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita. |
|
Kecik je pesakitnya. |
|
Hello! |
Untuk masuk ke dalam
Kompleks Angkor Wat, kena beli tiket dulu di salah-satu
gate yang agak jauh dari pintu masuk utama Kompleks. Nasib baik la ada
tour guide, so takde bazir tenaga dan masa sesat-sesat cari tempat beli tiket. Harga tiket masuk ke
Kompleks Angkor Wat dan pakej ke tapak-tapak warisan lain adalah mengikut
1 day pass atau 3 days pass. Kami ambil pass 1 hari dengan harga
USD20/person. So dengan tiket tu boleh masuk mana-mana kompleks
temple yang kita larat nak pegi (bukan setakat
Angkor Wat sahaja). Dan yang
bestnya, dalam tiket tu ada gambar kita!
So boleh simpan buat
souvenir! Hiks. Jangan lupa berikan senyuman paling indah bila depan kaunter tiket tu nanti ya!
|
Kaunter belian tiket. |
|
Kaunter belakang ni untuk pelancung asing. |
|
Tadaaaa, this was my ticket! |
Dah siap urusan membeli tiket, kami naik semula tuktuk dan masuk ke dalam kawasan kompleks. Ada la beberapa orang guard yang akan
check tiket yang kita dah beli tadi sambil tengok gambar pada tiket dan muka kita.
Then dah selesai kena
check perjalanan diteruskan. Ehhhh bukan terus sampai depan pintu
Angkor Wat ye, jauh lagi perjalanan nya lebih kurang beberapa km lagi baru sampai kat pintu masuk utama
Angkor Wat. So pepandai la korang kalau naik basikal tu, gigih-gigihkanlah diri.
|
Hassan bagi briefing. |
|
Keadaan depan jambatan masuk ke Kompleks Angkor Wat |
Dah sampai depan pintu masuk utama,
Hassan dan
Osman tinggalkan kami kat situ. Diorang takkan ikut kami masuk sebab, hanya
tour guide khas sahaja yang boleh bawa pelancong masuk ke dalam. Disebabkan
Hassan dah berhenti jadi
tour guide dan
Osman pulak masih baru,
so diorang tunggu kat luar je. Sebelum tu,
Hassan bagi sedikit briefing kat kami tentang keadaan kat dalam kompleks dan serba sedikit sejarah pembinaan
Angkor Wat ni, dia tak reti cakap
Bahasa Melayu, tapi
Osman fasih berbahasa
Melayu.
Maka perjalanan kami ke dalam
Angkor Wat pun bermula!
Eksaited terlebih la weh sebab tengok
UNESCO punya
site depan mata! Besar gila
Kompleks Angkor ni, keluasan kawasan angkor sahaja meliputi seluas 400 km persegi dan ia menempatkan beberapa buah bangunan
temples utama yang menjadi tarikan dunia.
Macam biasalah, kami ni jenis jalan lima langkah, berhenti ambil gambar...lepas tu jalan lagi, berhenti...entah bila nak masuk agaknya hahaha. Masa tu pulak
gloomy je, baru lepas hujan dan macam nak sambung hujan lagi. Adoi cuaca memang tak
best hari tu. Oh ya, sekeliling kawasan
Kompleks Angkor Wat ni ada tasik buatan, tujuannya untuk memastikan struktur pasir di bawah binaan semua
temples kat kawasan tu kekal terpelihara. (Adala konsep-konsep
engineering, hydrofizik bagai).
|
Kena menapak lebih kurang 2 km ye... |
|
Ayuhlah |
|
Jauh lagi tu nak menapak. |
Masuk je dalam gerbang
Angkor Wat (baru masuk pintu gerbang ye) tetiba hujan renyai-renyai turun! Aiseyh... dah la kena jalan dalam 1.5 km lagi kot nak sampai ke bangunan utama.
So makanya kami berteduh dulu kat deretan kedai-kedai kat tepi pagar tunggu sampai hujan reda. Tapi bila tengok macam tak de nak reda-reda pun, maka kami pun belasah la redah je lari masuk bangunan utama.
|
Areal view Kompleks Angkor Wat - Gambar Google |
|
Yang ni baru pagar dia ye. |
|
Posing kat pagar pun dah 30 minit |
Wow! Memang cantik senibina
Angkor Wat ni. Kalau nak diikutkan, ukiran-ukiran dalam bangunan ni semuanya ada ceritan dan jalan ceritanya tersusun rapi. Cuma agak ada bau tak menyenangkan sikit sebab basah kan. Menurut
Hassan tadi,
Angkor Wat ni punya pemuliharaan dibiayai oleh US. Dan ada
temples lain disekitarnya turut dibiayai oleh negara-negara lain seperti Japan dan Negara-Negara EU under UN.
NOTA: Angkor Wat is surrounded by a moat and an exterior wall measuring 1300 meters x 1500 meters. The temple itself is 1 km square and consists of three levels surmounted by a central tower. The walls of the temple are covered inside and out with bas-reliefs and carvings. Nearly 2000 distinctively rendered apsara carvings adorn the walls throughout the temple and represent some of the finest examples of apsara carvings in Angkorian-era art. But it is the exterior walls of the lower level that display the most extraordinary bas-reliefs, depicting stories and characters from Hindu mythology and the historical wars of Suryavarman II.- sumber Google.
|
Tempat paling fames kalau nak ambil gambar sunrise...tapi apakan daya hujan. |
|
Gigih cari lain talipon sebab nak upload gambar kat Instagram. |
So Angkor Wat ni ada 3 tingkat utama, make sure kena naik sampai tingkat atas sekali, barulah
best, dapat tengok keseluruhan kawasan
Angkor Wat dari ketinggian 200 meter. Kami bernasib baik
time beratur panjang nak naik ke tingkat paling atas tu tak hujan, tapi sampai je kami kat atas tu terus turun hujan bukan main lebat sangat.
So kami pon melepak la kat atas tu sampai hujan reda.
|
Bergambar kat pagar pun jadi. |
|
Seram tak hahaha. |
|
Ukiran-ukiran sepanjang dinding bangunan. |
|
Acah-acah. |
|
Jom naik atas lagi. Tingkat kedua. |
|
Eh. Seluar beli kat pasar malam semalam..kekeke. |
|
Tingkat 2. |
|
Cak! |
|
Ramai giler orang tengah beratur nak naik Aras 3. |
|
Ambil pass dulu ye. |
|
Ayuh naik!!! |
|
Pemandangan dari atas |
|
Hujan pun reda |
|
Eh hujan balik. |
|
Hujan-hujan pun gigih beratur |
|
Lepak sambil tunggu hujan berhenti. |
Bila dah reda, kami cepat-cepat turun, tangga nak turun tu pun kemain menjunam ye, hati-hati sebab licin baru lepas hujan. Nak naik tu kena ambil
pass dan dah turun kena serahkan balik
pass. Tujuannya bagi mengawal jumlah pelancong yang berada di tingkat atas dalam satu-satu masa. Syukur sekali lagi, bila dah turun bawah baru hujan lebat turun balik,
so sempat la kami berlarian ke tempat teduh hiks.
|
Jom turun. |
Dah habis pusing keliling, kami pun berjalan keluar dari
Kompleks Angkor Wat. Kami keluar semula ikut laluan yang masuk tadi sebab dah janji dengan
Hassan dan
Osman dekat situ. Sampai je depan pintu masuk kami terus disapa oleh
Hassan dan
Osman dari tuktuk. Seterusnya kami akan ke
Bayon Temple dan
Taphrom Temple.
Oklah nanti aku sambung lagi... daaaa.
WASSALAM.