2017-01-27

Happy Chinese New Year 2017 To All Readers!

Assalammualaikum!!!

Hahaha buang tebiat ke cane ni, tetibe update blog pulak? Lols. Biaq pi lah. Sebenarnya nak wish Happy Chinese New Year 2017 kepada semua pembaca blog yang berbangsa Cina...(Lols ada ke? Hahahahahahahahahahahahhahahahahaha) ok gelak 20 harakat. Tak kisah ler ada ke takde, anggap je ada dalam hati. Eh.

Sempena tahun Ayam ni, walaupun katanya tahun ayam ni adalah the most unlucky year daripada 12 bulan di kalender Cina tu, tapi katanya juga orang yang lahir tahun ayam ni boleh dipercayai, punctual dan bertanggungjawab atas urusan kerja! Baca boleh, percaya jangan...semuanya atas perancangan Allah SWT. Semoga yang baik-baik sahaja berlaku tahun ini. I need a fresh start! Bismillah.... 

Ok lah, nah ayam seekor untuk dibuat dinner. ;p

Iklan: untuk lebih karya DoodlebyRen boleh singgah kat IG @Doodlebyren ye. ;p

Pstt: Takde ke yang nak ngajak yisang? HAHAHAH amenda ntah yisang tu pun tak tau ;p
WASSALAM.

2017-01-17

Corat-Coret Kisah 2016!

Assalammualaikum!

Dah pertengahan Januari baru perasan aku tak da buat entry penutup untuk 2016! Hahaha punyalah pemalas, acah-acah nak bersara dari menulis blog, tapi ada pulak yang paksa-paksa suruh tulis jugak. Ada ke yang masih baca blog aku ni? Cer mengaku sikit. ok takde.

Saja la nak bagitahu, memang tahun 2016 agak hambar jugak la. Tak banyak travel dan tak banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik boleh dikongsikan bersama pembaca-pembaca blog aku ni. untuk pengetahuan semua, tahun 2016 aku masih bertugas di Tawau, Sabah. Walau hati tak berapa nak gembira, tapi demi sesuap nasik dan demi rasa cinta terhadap negara (ok ni tipu), aku setia jugak la menurut perintah meninggalkan keluarga tercinta ke bumi Sabah. huk huk. Ada sebab aku tak suka bertugas kat sini, tapi aku malas nak cerita, abaikan. 

Awal tahun, seperti yang dirancang pada tahun 2015, aku dan geng-geng travel aku telah menjejakkan kaki ke bumi Jepun sekali lagi! Alhamdulillah ni kali ketiga aku jejak ke Jepun, dan kalini meneroka jauh ke utara yakni ke bumi Hokkaido! Misi utama adalah winter trip dengan kengkawan, main salji, main ski dan jumpa pasangan Jepun merangkap kawan lama yakni Pon dan Yuka! Ya, Pon dan Yuka memang menetap di Sapporo, kampung halaman mereka, tapi masa ni diorang belum kahwin lagi. Majelis perkahwinan mereka akan diadakan di Hawaii, US, korang ada??? Hahahahaa. Ok lupakan dulu pasal majelis kawin diorang. Di Sapporo kami sempat juga menjelajah ke Biei dan Furrano! Memang amazing gila trip ni sebab member-member semua sekepala dan boleh dibawa bergaduh!

Penguin Parade!
Kami!
Sledging!
Kami!
Kami jugak!
Edward Cullen! ;p
Status Misi: Tercapai (Dapat main salji dalam suhu maksimum -17 degree C, dapat jumpa Pon dan Yuka, dapat buat roadtrip dalam salji! cuma tak sempat jenguk Mt. Fuji sebab masa kami sampai dia menyorok balik kabus).
Status entry: Selesai (aku tulis part di Hokkaido sahaja, part Tokyo aku rasa tak berapa memarik untuk diceritakan, sorry sebenarnya malas nak menulis hahahhaa)

Bulan Februari, aku cuba nak mengenal negeri Sabah ni, sebab terpengauh dengan Filem Ola Bola, terus set target nak naik keretapi Borneo, klasik betul!. Memula tu pikir jugak nak ajak siapa eh pergi ke Beufort tu, maklumlah tak pernah sampai dan tak konfiden nak pergi sorang. Last skali terus ajak Kay, memandang dia pun terpengaruh dengan cerita ola bola tu jugak, hahahaha. So dengan kegigihan, aku naik flight ke KK, dan dari KK, Kay ambil aku di airport sebab dia pun ke KK naik kereta dari Labuan. Dari KK kami ke Beufort sebelum naik keretapi ke Tenom. Sumpah best gila, satu pengalaman unik yang tak boleh dilupakan. Boleh cek video yang sempat aku buat.

Tut tutttt!
Layan short video sat.

Status Misi: tercapai (Dapat naik keretapi Tenom!)
Status entry: Selesai (Boleh baca SINI )

Tahun 2016 aku sempat juga buat roadtrip ke Thailand bersama geng yang sama masa aku pi trip ke Krabi tahun 2015 dulu. Cumanya roadtrip kali ni Pipa dan Mega tak ikut, tapi ada pertambahan jemaah yakni John, Ecah dan Zura! Kali ni kami sewa van besar Toyota Hiace 11 seaters. Ha gila besar kan, tu pun boleh penuh jugak dengan beg-beg plastik guni IKEA kami. Oh lupa nak bagitau, kami wajibkan semua pakai beg guni IKEA kengkonon nak nampak kelainan hahahhaa puih. Lols, tapi ok what! Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sangkut jap kat imigresen Bukit Kayu Hitam sebab ada masalah PTPTN (hahha ok ni babi) dan akhirnya berjaya jugak masuk Thailand, meneruskan perjalanan ke Songkhla - Nakhon Si Thamarat - Surat Thani - Chumpon - Prachuap Kiri Khan - Samut Songkram - Samut Prakhan - BANGKOK - Ratchaburi - Petchaburi - Phattalung - Hatyai - Danok - Bukit Kayu Hitam - Alor Setar -KUALA LUMPUR. Keseluruhan perjalanan mengambil masa  10 hari dan ada jugak beberapa hari kami tido dalam van. Hahaha walau apa pun, trip ni merupakan satu kenangan yang tak akan dilupakan. Kami dah macam satu family dah duduk dalam van, macam-macam perangai nak melayan kebosnanan bagai hahahaha.

Floating Market - Hat Yai
Salt Falm, Klong Lat Yai.
Klonghae Floating Market - Hat Yai
Bangkok, Chatuchak Market.
Bangkok Hostel.
Bangkok.
Phra Nakhon Kiri
Phra Nakhon Kiri Museum
Hua Hin Night Market
Hua Hin
Raja Bhakti Park
Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat
Maeklong Market
Phraya Nakhon Cave
Status Misi: tercapai (seronok buat roadtrip dengan pelbagai perangai)
Status entry: Pending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).

Aku juga ada beberapa kali join program dengan Gaya Travel Magazine, sebenarnya baru tahun ni yang aku dapat join pun. Sebab ada program Eat-Travel-Doodle. Seronok juga bila dapat bergaul dengan orang ramai dari negara-negara lain dan pusing-pusing satu KL. Ekceli ni pengalaman pertama bersama program-program sedemikian, dan dapat juga tengok pelancaran Citrawarna Kuala Lumpur buat pertama kalinya. Seronok!

Makan!
Bandaraya KL

Team durians!
Tahun 2016 juga merupakan tahun paling bersejarah untuk DoodleByRen, sebab kali pertama mengeluarkan wide shawl Floravaganza dengan siri yang berbeza! Alhamdulillah tak sangka pulak mendapat sambutan, dan genap setahun aku meluaskan bakat dalam bidang conteng menconteng. Dapat la juga menampung duit poket yang sentiasa surut.

My precious!
Kemuncak tahun 2016 adalah trip ke South Island, New Zealand! Sumpah aku tak pernah plan trip ni, dan tak pernah terpikir pun nak jejak kaki ke NZ pada tahun 2016. Tapi sebab ada org sponsor maka kite pun mengangkang kan kaki je la melihat keindahan alam ciptaan tuhan di bumi NZ! Ya Allah sumpah cantik gila bumi NZ. Susah nak digambarkan dengan kata-kata, kena tengok gambar baru korang boleh tahu keindahan tempat tu. Trip NZ jugak kenal dengan beberapa kawan baru yang sekepala. Alhamdulillah, bumi Allah ini luas dan banyak lagi yang kita perlu teroka.

Acah-acah
Lupins at Lake Tekapo
Lupins
Lake Pukaki
Lindis Pass
Hooker Valley

Lindis Pass
Queenstown
Tak tau kat mana hahahaa
Ahli jemaah.
Status Misi: tercapai (tak pernah terbayang dapat pegi NZ tahun 2016)
Status entryPending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).

Bulan 9 jugak geng-geng Trisam ke Pulau Mabul! Walaupun aku kerja ke kat Tawau, tapi nak ke Pulau Mabul tu seorang diri memang tak lah, jadi bila ada kengkawan dah plan nak ke sana kita pun join la sekali merangkap jadi hos. Hahaha Pulau Mabul memang cantik, untuk penggemar laut dan kaki scuba. Entry pasal Mabul memang aku tak sempat buat, pending memanjang. Nantilah bila rasa nak update aku buat lah.

Kekanak riang
Mau beli ketam?
Ketam dan kekanak.
Arung Hayat Guesshouse
Lompat!
Ingat bini ke?
Hanyut
Status Misi: tercapai (tak pernah pergi Mabul, akhirnya dapat jugak jejak)
Status entryPending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).

Rasanya tu je trip-trip yang aku buat tahun ni, yang kecik-kecik pun banyak, macam menginap di Eight Ecres, Raub (boleh rujuk entry di SINI, program makan-makan, jalan-jalan balik hari tu banyak la, tapi tak sempat aku nak update dalam blog. Siapa yang follow IG aku yang PRIVATE tu boleh la tahu update kegiatan aku sepanjang tahun 2016 hehehe.

Kalau ikutkan memang banyak lagi entry yang aku tak sempat nak habiskan:

1. Cambodia : The Kingdom of Wonder (sangkut lagi kat part 7)
2. Hokkaido Kami Datang: Japan Winter Trip (sangkut kat part 5)
3. Trisam X Pangkor (tak tulis entry langsung ;p)
4. Tisam X Mabul (tak tulis entry langsung ;p)
5. Roadtrip To Bangkok (tak tulis entry langsung ;p)

Ha setakat ni 5 entries yang aku tak habiskan! Banyaknya Hahaha ok tengoklah kalau rajin ye ;p.
Dan akhir sekali, sebagai hadiah hari jadi aku, akhirnya aku dapat balik bertugas di Semenanjung! No more Borneo! Alhamdulillah doa aku termakbul. Sekarang ni dah tak payah pikir ulang-alik naik flight dah, pikir je nak naik flight pegi travel hahaha.  (Pejam celik pejam celik dah dua tahun juga aku kat Tawau ye ;O)

Bismillah...hiks.
Tu sajalah corat-coret 2016 untuk aku, yang aku tak tulis kat sini biarlah menjadi kisah peribadi yang aku tak perlu kongsi pada semua. Semoga tahun 2017 menjadi tahun yang penuh makna dan gemilang untuk aku. Dah taknak stress stress dah! I need a new life! Hahaha oklah tu je.

WASSALAM.


2017-01-05

Hokkaido Kami Datang: Waku Waku Family Snow Land, Furrano (Part 6)

Assalammualaikum!!!

Atas desakan peminat aku gagahkan juga menghabiskan entry Sapporo ni. Kalau ikutkan, nak buat-buat lupa je, terus sambung entry NZ (Paduhal entry Cambodia pun tak habis lagi, huhuhu). Takpe, kita update mana yang terdaya lah ye. Aku ni pesen kalau update, semua benda nak cerita detail. Bukan nak update tepek-tepek gambar lepas tu rujuk google macam tu je. Itu bukan style aku, so kalau dah sebegitu gayanya terpaksa mengambil masa yang lama, kena bertenang, fikir satu persatu dan taip. Haaa sebab tu mengambil masa yang lama. Harap semua faham...bila dah ambil masa lama tu, tetiba malas. eh. kbai. Lols.


Hari terakhir di Furano, usai sarapan pagi kami berlegar-legar di luar kawasan guesthouse Log Yukari. Ya ampun salji tebal menyelubungi seluruh kawasan termasuklah kereta kami. Pagi-pagi lagi pakcik tuan rumah dah tolong bersihkan salji di atas kereta. Baik sungguh tuan tanah tu. Lepas tu beliau meminjamkan kami kereta ski (alamak aku tak tau nama dia apa) haha so beria-ia dia suruh kami duduk atas kereta tu dan main depan rumah dia. Memandangkan kawasan sekitar Log Yukari tu agak berbukit, maka memang sesuai nak berski bagai kat situ. Tanpa segan silu kami pun sorang-sorang cuba la naik kereta sorong tu! Seronok weh! Maklumlah jakun tak pernah main ski! Lols.

Main ski depan rumah! ko hado? Hahaha

Abis kena kambus
Ayuh!
Keadaan setiap pagi. sejukkkk!
Ni lah tuan rumah sewa kami. Baik orangnya.
Bila semua dah cuba, maka tibalah masa kami meninggalkan Log Yukari. Sedih jugak la sebab tempat tu sangat best dan aman, pakcik tuan rumah pun baik gila. Apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Misi hari ini adalah untuk sam,bung main salji, main ski main segala bagai permainan salji lah. Bukan senang nak datang balik kan. Ayuh!

Kami bertolak ke Waku Waku Famili Snowland yang terletak di sebelah Furrano Kan Mura Mura yang kami pergi semalam. Ha tempat dia memang sebelah-sebelah je lah, senang kan. 

Sumber: SINI
Ok kami semua memang eksaited la sebab nampak macam-macam game dalam tempat ni.... tapi kene register dulu dan bayar ikut harga apa yang kita nak main, disamping kasut dan sarung tangan juga boleh di sewa di situ.

Ok ni peta kawasan keseluruhan.
Kena register dulu dan bayar lah ikut harga yang ditetapkan.
Kasut dan pelbagai kelengkapan lain semua disediakan.
Untuk pusingan pertama, kami semua akan cuba snowmobiling, wowowww eksaited much! Benda tak pernah buat kan, bayaran untuk snowmobiling adalah 1000 Yen untu satu pusingan. Jangan risau, satu pusingan dia bukan setakat pusing padang bola je, agak jauh jugak la dia bawak pusing, siap lalu tepi hutan bagai! Berbaloi! So kami semua naik satu pusingan je , kekangan bajet jugak sebenarnya Lols. 

Lama jugak naik benda alam mobile ni, lebih kurang 20 minit satu pusingan. Gila ko, dah la dia bawak laju, lepastu siap ada selekoh-selekoh maut lagi lalu celah-celah pokok bagai. Kecut jugak la. Jangan risau jugak, sebab kita naik berdua dengan orang yang akan memandu snowmobil ni. Bukan kita yang pandu ye, hanya orang yang expert je boleh pandu.

First time naik snow mobile...eksaited !

Bila semua dah dapat satu pusingan naik snowmobile, kecuali Aqilah dan Zafran je tak naik, diorang katanya nak naik snow-rafting, ala macam naik bot atas salji tu. Kami seterusnya main sledging, sewa alat sledge tu adalah 300 Yen untuk satu jam. Ok la tu, kira puas la jugak bergolek-golek atas salji tu macam orang gila. Rasanya kami je yang riuh kat situ menjerit-jerit jakun, orang lain macam gelak pun sopan pekup-pekup mulut! Dasar sangat kan hahahaha. Korang main la sampai puas, nak tunggang tebalik semua boleh, memang jakun habis la kan. Masa mula-mula tu memang kami-kami je yang main sledging kat situ tapi lepas tu ada la 3-4 orang lain. Lepas tu kami konker balik tempat tu hahahaha.

Main sledge...hahaha jakun!

Memang puas la main salji, so kiranya misi tercapai lah! Lepas dah habis main semua benda kami pun siap-siap untu balik semula ke Sapporo. Kiranya memang puas la main salji, dan tak sesia kami plan trip ke Biei dan Furano semata-mata nak main salji. Maklumlah kat Malaysia mana ada salji!

Yang naik ni pun ada.
Acah-acah.
Kena naik berdua, tak boleh naik sorang. Yang belakang tu tolong pandu kita.
Debor ke tidak? Hahaha
Team Sledging
Tudiaaaaa
Dah sampai bawah, tarik balik benda tu sampai atas, ulang 15 kali hahaha.
Zafran pun main tau!
Ayuh! Dah tak tentu hala dah semua, memacam arah kami tuju. Lols ada yang ke kiri, ada yang kekanan, yang ke belakang pun ada! 
Dah, dah jom balik!
So perjalanan diteruskan ke Sapporo, mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah juga lah. Kami kembali ke The Stay Sapporo Hostel, (boleh rujuk entry Part 2) tempat penginapan kami masa mula-mula sampai Sapporo haritu. Kami sampai pun dah malam, so usai check in, kami makan dan tido! Esok pepagi dah nak ke destinasi lain pulak,

Keesokkan harinya, pepagi kami dah kena siap sebab flight ke Tokyo dalam pukul 9 pagi macam tu. So kami terbahagi kepada tiga kumpulan, John kena balik terus ke KL sebab terpaksa kerja (bos tak bagi cuti), aku, kak Anash, Masnona dan Pae bergerak akan terus ke Tokyo (kami sewa hostel lain), manakala team Chawana pun akan ke Tokyo tapi deme pi tempat lain. So kiranya kami berpecah dari situ la, kengkonon memasing membawa haluan sendiri, gituuuu,

Pagi tu pon datang jemput kami untuk bawa ke Sapporo Station. Di situlah lambaian terakhir, Sapporo sangat best dan sejuk. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ok lah sampai sini je entry Sapporo, aku rasa part kat Tokyo tu aku skip je lah sebab dah malas nak menaip hahahah aci tak? Tapi kalau ada orang request suruh aku tulis jugak  macamana? Cuba korang undi, YES or NO? (hahaha feeling ada orang undi blog ko ke weh!).

Lols.

WASSALAM.


POPULAR POSTS