Dah pertengahan Januari baru perasan aku tak da buat entry penutup untuk 2016! Hahaha punyalah pemalas, acah-acah nak bersara dari menulis blog, tapi ada pulak yang paksa-paksa suruh tulis jugak. Ada ke yang masih baca blog aku ni? Cer mengaku sikit. ok takde.
Saja la nak bagitahu, memang tahun 2016 agak hambar jugak la. Tak banyak travel dan tak banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik boleh dikongsikan bersama pembaca-pembaca blog aku ni. untuk pengetahuan semua, tahun 2016 aku masih bertugas di Tawau, Sabah. Walau hati tak berapa nak gembira, tapi demi sesuap nasik dan demi rasa cinta terhadap negara (ok ni tipu), aku setia jugak la menurut perintah meninggalkan keluarga tercinta ke bumi Sabah. huk huk. Ada sebab aku tak suka bertugas kat sini, tapi aku malas nak cerita, abaikan.
Awal tahun, seperti yang dirancang pada tahun 2015, aku dan geng-geng travel aku telah menjejakkan kaki ke bumi Jepun sekali lagi! Alhamdulillah ni kali ketiga aku jejak ke Jepun, dan kalini meneroka jauh ke utara yakni ke bumi Hokkaido! Misi utama adalah winter trip dengan kengkawan, main salji, main ski dan jumpa pasangan Jepun merangkap kawan lama yakni Pon dan Yuka! Ya, Pon dan Yuka memang menetap di Sapporo, kampung halaman mereka, tapi masa ni diorang belum kahwin lagi. Majelis perkahwinan mereka akan diadakan di Hawaii, US, korang ada??? Hahahahaa. Ok lupakan dulu pasal majelis kawin diorang. Di Sapporo kami sempat juga menjelajah ke Biei dan Furrano! Memang amazing gila trip ni sebab member-member semua sekepala dan boleh dibawa bergaduh!
Penguin Parade!
Kami!
Sledging!
Kami!
Kami jugak!
Edward Cullen! ;p
Status Misi: Tercapai (Dapat main salji dalam suhu maksimum -17 degree C, dapat jumpa Pon dan Yuka, dapat buat roadtrip dalam salji! cuma tak sempat jenguk Mt. Fuji sebab masa kami sampai dia menyorok balik kabus).
Status entry: Selesai (aku tulis part di Hokkaido sahaja, part Tokyo aku rasa tak berapa memarik untuk diceritakan, sorry sebenarnya malas nak menulis hahahhaa)
Bulan Februari, aku cuba nak mengenal negeri Sabah ni, sebab terpengauh dengan Filem Ola Bola, terus set target nak naik keretapi Borneo, klasik betul!. Memula tu pikir jugak nak ajak siapa eh pergi ke Beufort tu, maklumlah tak pernah sampai dan tak konfiden nak pergi sorang. Last skali terus ajak Kay, memandang dia pun terpengaruh dengan cerita ola bola tu jugak, hahahaha. So dengan kegigihan, aku naik flight ke KK, dan dari KK, Kay ambil aku di airport sebab dia pun ke KK naik kereta dari Labuan. Dari KK kami ke Beufort sebelum naik keretapi ke Tenom. Sumpah best gila, satu pengalaman unik yang tak boleh dilupakan. Boleh cek video yang sempat aku buat.
Tut tutttt!
Layan short video sat.
Status Misi: tercapai (Dapat naik keretapi Tenom!) Status entry: Selesai (Boleh bacaSINI)
Tahun 2016 aku sempat juga buat roadtrip ke Thailand bersama geng yang sama masa aku pi trip ke Krabi tahun 2015 dulu. Cumanya roadtrip kali ni Pipa dan Mega tak ikut, tapi ada pertambahan jemaah yakni John, Ecah dan Zura! Kali ni kami sewa van besar Toyota Hiace 11 seaters. Ha gila besar kan, tu pun boleh penuh jugak dengan beg-beg plastik guni IKEA kami. Oh lupa nak bagitau, kami wajibkan semua pakai beg guni IKEA kengkonon nak nampak kelainan hahahhaa puih. Lols, tapi ok what! Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sangkut jap kat imigresen Bukit Kayu Hitam sebab ada masalah PTPTN (hahha ok ni babi) dan akhirnya berjaya jugak masuk Thailand, meneruskan perjalanan ke Songkhla - Nakhon Si Thamarat - Surat Thani - Chumpon - Prachuap Kiri Khan - Samut Songkram - Samut Prakhan - BANGKOK - Ratchaburi - Petchaburi - Phattalung - Hatyai - Danok - Bukit Kayu Hitam - Alor Setar -KUALA LUMPUR. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 10 hari dan ada jugak beberapa hari kami tido dalam van. Hahaha walau apa pun, trip ni merupakan satu kenangan yang tak akan dilupakan. Kami dah macam satu family dah duduk dalam van, macam-macam perangai nak melayan kebosnanan bagai hahahaha.
Floating Market - Hat Yai
Salt Falm, Klong Lat Yai.
Klonghae Floating Market - Hat Yai
Bangkok, Chatuchak Market.
Bangkok Hostel.
Bangkok.
Phra Nakhon Kiri
Phra Nakhon Kiri Museum
Hua Hin Night Market
Hua Hin
Raja Bhakti Park
Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat
Maeklong Market
Phraya Nakhon Cave
Status Misi: tercapai (seronok buat roadtrip dengan pelbagai perangai) Status entry: Pending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).
Aku juga ada beberapa kali join program dengan Gaya Travel Magazine, sebenarnya baru tahun ni yang aku dapat join pun. Sebab ada program Eat-Travel-Doodle. Seronok juga bila dapat bergaul dengan orang ramai dari negara-negara lain dan pusing-pusing satu KL. Ekceli ni pengalaman pertama bersama program-program sedemikian, dan dapat juga tengok pelancaran Citrawarna Kuala Lumpur buat pertama kalinya. Seronok!
Makan!
Bandaraya KL
Team durians!
Tahun 2016 juga merupakan tahun paling bersejarah untuk DoodleByRen, sebab kali pertama mengeluarkan wide shawl Floravaganza dengan siri yang berbeza! Alhamdulillah tak sangka pulak mendapat sambutan, dan genap setahun aku meluaskan bakat dalam bidang conteng menconteng. Dapat la juga menampung duit poket yang sentiasa surut.
My precious!
Kemuncak tahun 2016 adalah trip ke South Island, New Zealand! Sumpah aku tak pernah plan trip ni, dan tak pernah terpikir pun nak jejak kaki ke NZ pada tahun 2016. Tapi sebab ada org sponsor maka kite pun mengangkang kan kaki je la melihat keindahan alam ciptaan tuhan di bumi NZ! Ya Allah sumpah cantik gila bumi NZ. Susah nak digambarkan dengan kata-kata, kena tengok gambar baru korang boleh tahu keindahan tempat tu. Trip NZ jugak kenal dengan beberapa kawan baru yang sekepala. Alhamdulillah, bumi Allah ini luas dan banyak lagi yang kita perlu teroka.
Acah-acah
Lupins at Lake Tekapo
Lupins
Lake Pukaki
Lindis Pass
Hooker Valley
Lindis Pass
Queenstown
Tak tau kat mana hahahaa
Ahli jemaah.
Status Misi: tercapai (tak pernah terbayang dapat pegi NZ tahun 2016) Status entry: Pending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).
Bulan 9 jugak geng-geng Trisam ke Pulau Mabul! Walaupun aku kerja ke kat Tawau, tapi nak ke Pulau Mabul tu seorang diri memang tak lah, jadi bila ada kengkawan dah plan nak ke sana kita pun join la sekali merangkap jadi hos. Hahaha Pulau Mabul memang cantik, untuk penggemar laut dan kaki scuba. Entry pasal Mabul memang aku tak sempat buat, pending memanjang. Nantilah bila rasa nak update aku buat lah.
Kekanak riang
Mau beli ketam?
Ketam dan kekanak.
Arung Hayat Guesshouse
Lompat!
Ingat bini ke?
Hanyut
Status Misi: tercapai (tak pernah pergi Mabul, akhirnya dapat jugak jejak) Status entry: Pending (tak tulis apa-apa langsung, banyak update kat IG je).
Rasanya tu je trip-trip yang aku buat tahun ni, yang kecik-kecik pun banyak, macam menginap di Eight Ecres, Raub (boleh rujuk entry diSINI) , program makan-makan, jalan-jalan balik hari tu banyak la, tapi tak sempat aku nak update dalam blog. Siapa yang follow IG aku yang PRIVATE tu boleh la tahu update kegiatan aku sepanjang tahun 2016 hehehe.
Kalau ikutkan memang banyak lagi entry yang aku tak sempat nak habiskan:
1. Cambodia : The Kingdom of Wonder (sangkut lagi kat part 7) 2. Hokkaido Kami Datang: Japan Winter Trip (sangkut kat part 5) 3. Trisam X Pangkor (tak tulis entry langsung ;p) 4. Tisam X Mabul (tak tulis entry langsung ;p) 5. Roadtrip To Bangkok (tak tulis entry langsung ;p)
Ha setakat ni 5 entries yang aku tak habiskan! Banyaknya Hahaha ok tengoklah kalau rajin ye ;p.
Dan akhir sekali, sebagai hadiah hari jadi aku, akhirnya aku dapat balik bertugas di Semenanjung! No more Borneo! Alhamdulillah doa aku termakbul. Sekarang ni dah tak payah pikir ulang-alik naik flight dah, pikir je nak naik flight pegi travel hahaha. (Pejam celik pejam celik dah dua tahun juga aku kat Tawau ye ;O)
Bismillah...hiks.
Tu sajalah corat-coret 2016 untuk aku, yang aku tak tulis kat sini biarlah menjadi kisah peribadi yang aku tak perlu kongsi pada semua. Semoga tahun 2017 menjadi tahun yang penuh makna dan gemilang untuk aku. Dah taknak stress stress dah! I need a new life! Hahaha oklah tu je. WASSALAM.
semoga rindu tawao ekekekekee..... #dasar!
ReplyDeleteMoptif!
DeleteSaya peminat setia anda. Terus menulis.
ReplyDeleteTerima kasih MKL sebab sokongan anda :P
DeleteWaahhh macam baca Reader Digest Condense version zaman sekolah sekolah dulu jer !!! Condense abis !
ReplyDeleteHehehheheee
Hahaha terpaksa condense kan sebab kang panjang berjela2 pulak .
Deleteini idola ku...
ReplyDeleteberkaryalah lagiiiiiiiiiii
Gitewwwwwwwwwwwwwwwwww
Deleteakak masih setia membaca cerita ceriti di blog ini.
ReplyDeleteteruskan mengupdate cerita2 travel yg tertangguh ittewww
Terima kasih kak sebab sudi menjadi pembaca setia! Tguu nanti saya buat giveaway untuk pembaca setia ye! Hahaha.
Delete#idola
ReplyDelete