Assalammualaikum!!!
Atas desakan peminat aku gagahkan juga menghabiskan entry Sapporo ni. Kalau ikutkan, nak buat-buat lupa je, terus sambung entry NZ (Paduhal entry Cambodia pun tak habis lagi, huhuhu). Takpe, kita update mana yang terdaya lah ye. Aku ni pesen kalau update, semua benda nak cerita detail. Bukan nak update tepek-tepek gambar lepas tu rujuk google macam tu je. Itu bukan style aku, so kalau dah sebegitu gayanya terpaksa mengambil masa yang lama, kena bertenang, fikir satu persatu dan taip. Haaa sebab tu mengambil masa yang lama. Harap semua faham...bila dah ambil masa lama tu, tetiba malas. eh. kbai. Lols.
Hari terakhir di
Furano, usai sarapan pagi kami berlegar-legar di luar kawasan
guesthouse Log Yukari. Ya ampun salji tebal menyelubungi seluruh kawasan termasuklah kereta kami. Pagi-pagi lagi pakcik tuan rumah dah tolong bersihkan salji di atas kereta. Baik sungguh tuan tanah tu. Lepas tu beliau meminjamkan kami kereta ski (alamak aku tak tau nama dia apa) haha
so beria-ia dia suruh kami duduk atas kereta tu dan main depan rumah dia. Memandangkan kawasan sekitar
Log Yukari tu agak berbukit, maka memang sesuai nak berski bagai kat situ. Tanpa segan silu kami pun sorang-sorang cuba la naik kereta sorong tu! Seronok weh! Maklumlah jakun tak pernah main ski! Lols.
Main ski depan rumah! ko hado? Hahaha
|
Abis kena kambus |
|
Ayuh! |
|
Keadaan setiap pagi. sejukkkk! |
|
Ni lah tuan rumah sewa kami. Baik orangnya. |
Bila semua dah cuba, maka tibalah masa kami meninggalkan
Log Yukari. Sedih jugak la sebab tempat tu sangat
best dan aman, pakcik tuan rumah pun baik gila. Apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Misi hari ini adalah untuk sam,bung main salji, main ski main segala bagai permainan salji lah. Bukan senang nak datang balik kan. Ayuh!
Kami bertolak ke Waku Waku Famili Snowland yang terletak di sebelah Furrano Kan Mura Mura yang kami pergi semalam. Ha tempat dia memang sebelah-sebelah je lah, senang kan.
Ok kami semua memang eksaited la sebab nampak macam-macam game dalam tempat ni.... tapi kene register dulu dan bayar ikut harga apa yang kita nak main, disamping kasut dan sarung tangan juga boleh di sewa di situ.
|
Ok ni peta kawasan keseluruhan. |
|
Kena register dulu dan bayar lah ikut harga yang ditetapkan. |
|
Kasut dan pelbagai kelengkapan lain semua disediakan. |
Untuk pusingan pertama, kami semua akan cuba snowmobiling, wowowww eksaited much! Benda tak pernah buat kan, bayaran untuk snowmobiling adalah 1000 Yen untu satu pusingan. Jangan risau, satu pusingan dia bukan setakat pusing padang bola je, agak jauh jugak la dia bawak pusing, siap lalu tepi hutan bagai! Berbaloi! So kami semua naik satu pusingan je , kekangan bajet jugak sebenarnya Lols.
Lama jugak naik benda alam mobile ni, lebih kurang 20 minit satu pusingan. Gila ko, dah la dia bawak laju, lepastu siap ada selekoh-selekoh maut lagi lalu celah-celah pokok bagai. Kecut jugak la. Jangan risau jugak, sebab kita naik berdua dengan orang yang akan memandu snowmobil ni. Bukan kita yang pandu ye, hanya orang yang
expert je boleh pandu.
First time naik snow mobile...eksaited !
Bila semua dah dapat satu pusingan naik snowmobile, kecuali Aqilah dan Zafran je tak naik, diorang katanya nak naik snow-rafting, ala macam naik bot atas salji tu. Kami seterusnya main sledging, sewa alat sledge tu adalah 300 Yen untuk satu jam. Ok la tu, kira puas la jugak bergolek-golek atas salji tu macam orang gila. Rasanya kami je yang riuh kat situ menjerit-jerit jakun, orang lain macam gelak pun sopan pekup-pekup mulut! Dasar sangat kan hahahaha. Korang main la sampai puas, nak tunggang tebalik semua boleh, memang jakun habis la kan. Masa mula-mula tu memang kami-kami je yang main sledging kat situ tapi lepas tu ada la 3-4 orang lain. Lepas tu kami konker balik tempat tu hahahaha.
Main sledge...hahaha jakun!
Memang puas la main salji, so kiranya misi tercapai lah! Lepas dah habis main semua benda kami pun siap-siap untu balik semula ke
Sapporo. Kiranya memang puas la main salji, dan tak sesia kami plan trip ke
Biei dan
Furano semata-mata nak main salji. Maklumlah kat Malaysia mana ada salji!
|
Yang naik ni pun ada. |
|
Acah-acah. |
|
Kena naik berdua, tak boleh naik sorang. Yang belakang tu tolong pandu kita. |
|
Debor ke tidak? Hahaha |
|
Team Sledging |
|
Tudiaaaaa |
|
Dah sampai bawah, tarik balik benda tu sampai atas, ulang 15 kali hahaha. |
|
Zafran pun main tau! |
|
Ayuh! Dah tak tentu hala dah semua, memacam arah kami tuju. Lols ada yang ke kiri, ada yang kekanan, yang ke belakang pun ada! |
|
Dah, dah jom balik! |
So perjalanan diteruskan ke
Sapporo, mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah juga lah. Kami kembali ke
The Stay Sapporo Hostel, (boleh rujuk
entry Part 2) tempat penginapan kami masa mula-mula sampai
Sapporo haritu. Kami sampai pun dah malam,
so usai check in, kami makan dan tido! Esok pepagi dah nak ke destinasi lain pulak,
Keesokkan harinya, pepagi kami dah kena siap sebab
flight ke
Tokyo dalam pukul 9 pagi macam tu.
So kami terbahagi kepada tiga kumpulan,
John kena balik terus ke
KL sebab terpaksa kerja (bos tak bagi cuti), aku, kak
Anash, Masnona dan
Pae bergerak akan terus ke
Tokyo (kami sewa hostel lain), manakala
team Chawana pun akan ke
Tokyo tapi deme pi tempat lain.
So kiranya kami berpecah dari situ la, kengkonon memasing membawa haluan sendiri, gituuuu,
Pagi tu pon datang jemput kami untuk bawa ke
Sapporo Station. Di situlah lambaian terakhir,
Sapporo sangat best dan sejuk. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ok lah sampai sini je
entry Sapporo, aku rasa part kat
Tokyo tu aku
skip je lah sebab dah malas nak menaip hahahah aci tak? Tapi kalau ada orang
request suruh aku tulis jugak macamana? Cuba korang undi,
YES or NO? (hahaha
feeling ada orang undi blog ko ke weh!).
Lols.
WASSALAM.
uish sejuk nyer.
ReplyDeleteokay sambung lah part tokyo to....
sambung ... sambung... sambung....
hihihihi
hahahhaha ala nak kena sambung ke......
Deleteview memang ohsem..
ReplyDeleteterbaik!
DeleteTerbaekk
ReplyDeletekan!
Deleteapa lagiiii...sambung la citerrr
ReplyDeleteishhhh
hahahaha Malas lah!
Delete