Assalammualaikum!!!
Ok meh aku sambung kisah kembara di Jawa Timur yang tak habis-habis lagi ni. Di entry yang lepas, aku stop cerita sampai perjalanan ke Arabica Homestay, yang terletak di kaki Gunung Ijen, sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak popular di Jawa Timur. Kami tiba di Arabica Homestay pon dah malam, masa tu dah pukul 10.00 lebih malam dah, lepas makan KFC yang di tapau kami pon masuk tidur.
Lebih kurang jam 12.00 pagi kami dah kena bangun dan bersiap-siap untuk mendaki? Ye pukul 12.30 pagi kami dah kena gerak! Awal giler kan? Sebab apa yang nak kena gerak awal sangat? Sebenarnya, kami memang dah pasang hajat nak tengok blue fire yang hanya boleh di lihat sekitar jam 1 hingg 4 pagi di puncak Gunung Ijen! Wow memang kena gigih le kan, sebab benda tu ada di puncak gunung, dan kami ni pukul 12.30 pagi masih berada di homestay, itu bermakna berapa jam lagi baru boleh nampak blue fire tu.
Apa sebenarnya blue fire?
Blue fire sebenarnya adalah cahaya yang terhasil akibat daripada aktiviti melombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen. Cahaya biru yang terhasil adalah disebabkan api berwarna biru yang digunakan untuk melombong. Dan cahaya tersebut hanya boleh kelihatan sekitar jam 1 hingga 4 pagi memandangkan pada waktu tersebutlah, para pelombong sulfur sedang giat memulakan aktiviti perlombongan mereka. Dan untuk melihat cahaya biru itu jugak, memerlukan waktu yang gelap yakni waktu pagi sebelum matahari terbit (sunrise).
Kami bertolak dari Arabica Homestay yang terletak di Kebun Kalisat menuju ke kaki Gunung Ijen yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Aku rasa pak supir dah banyak ikut shortcut dah tu, dan keadaan jalan agak tidak rata dan sunyi. Maklumla pepagi buta kan. Kami tiba di pondok ranger Gunung Ijen dan melapor diri kat situ. Masa tu tak da nampak pon orang lain / pengunjung lain yang sebok nak mendaki gunung pepagi buta, tapi selang beberapa minit tiba Pak Juned (ingat tak Pak Juned yang kami jumpa di Bromo Permai hari tu? ) masa tu dia bawak dua orang perempuan warga asing yang nak mendaki jugak. Tapi yang tak boleh blah adalah, pompuan-pompuan tu selamba je pakai baju macam nak pegi shopping untuk mendaki gunung! Siap pakai kasut karipap / wedges yang tapak flat tu lagi! Aku ni tertanya-tanya la jugak kan, diorang ni tau ke tak nak mendaki gunung nan tinggi ni? Lantaklah labu kekeke.
Beberapa minit kemudian Pak Hafidz (supir kami) memperkenalkan kami kepada ranger yang akan membawa kami mendaki sampai ke puncak Ijen. Namanya Pak Im, dan jangan tak percaya umur Pak Im adalah 65 tahun! Umakaiiiii dah baya pakcik-pakcik aku kat kampung dah tu. Dan kami berenam (termasuk dua pompuan tadi tu) akan mendaki sebagai satu kumpulan dengan Pak Im.
NOTA: Untuk mendaki Gunung Ijen di waktu pagi buta, sila bawak lampu suluh sendiri dan pakailah pakaian tebal sebab cuacanya sangat sejuk! Memang masa mendaki kita akan berpeluh sakan, tapi bila dah sampai ke puncak, sejuknya memang sampai ke tulang!
Ok, kami akan mendaki Gunung Ijen dengan ketinggian 2700 meter dari aras laut dengan purata jarak pendakian 3 km. Ha tinggi kan! Sebenarnya kalau sekali tengok keadaan laluan mendaki tu tak le sesukar nak mendaki Bukit Tabur yang berbatu batu tu, tapi disebabkan kecuraman laluan yang ada sampai 60 darjah secara terus menerus, memang memerlukan kegagahan lutut dan stamina yang tinggi! Untuk satu atau dua km pertama, aku ok lagi, tapi lama-lama aku tengok si MasMZ dan dua orang pompuan tu dah makin laju pulak. Ish dah la pakai baju shopping, boleh pulak laju mendaki? Memang tak aci betol! Si John tu pulak kengkononnya gagah mengejar diorang, manakala aku dengan Kak Coco bersantai-santai je kat belakang, siap kena tinggal lagi kami berdua dalam keadaan gelap gulita di tengah-tengah hutan tu.
Mula-mula Pak Im temankan kami kat belakang, tapi sebab nak mengejarkan blue fire dan takut diorang-diorang yang kat depan tu sesat, maka Pak Im mintak izin kat kami untuk terus kejar diorang di depan, dan meyakinkan kami untuk teruskan perjalanan kat belakang. Maka redho je la aku dengan Kak Coco jalan berdua je. Nasib baik la pagi tu cuaca elok, walaupun sejuk giler sambil gigil-gigil di awal pendakian, dan seterusnya kepanasan sebab mendaki tahap dewa, tapi bintang-bintang di langit pagi tu sangat cantik. Sekali sekala dapat jugak tengok keadaan perkampungan di kaki bukit yang nampak cahaya-cahaya halus je...ye maksudnya kami mendaki dah tinggi. Masa tu pulak ada dengar bunyi pelik dalam hutan seakan-akan dekat je dengan laluan aku dan Kak Coco mendaki. Dalam hati cuak jugak dengar bunyi tu, Kak Coco pulak boleh pikir kalau harimau yang datang suruh ngap aku dulu! Keji sangat. Tapi beberapa saat je bunyi tu muncul lepas tu senyap pulak. Rupa-rupanya menurut Pak Im, itu adalah bunyi rusa yang kencing dan air kencingnya terkena kat aki dia, jadi dia menjerit kesejukan.... oooo macam tu pon boleh ye.
Dah suku pendakian, akhirnya mula ada cahaya-cahaya lampu datang dari arah belakang kami, rupanya dah ada beberapa orang pekerja pelombong sulfur yang mendaki dan dengan selambanya potong kami. Yang kami ni pulak, pantang jumpa sudut mesti berhenti tenung tanah. Penat weh! Kesian tengok Kak Coco, semput dan pancit, tapi masih gigih meneruskan pendakian. Mujurlah aku pon tak setabah pdiorang-diorang yang kat depan tu, kalau tak, tinggal lah Kak Coco seorang diri di belakang.
Kadang-kadang, ada juga kumpulan pendaki mat saleh yang dengan selamba badaknya memintas kami, besau-besau pulak langkah diorang! Siap buat lawak lagi dengan kami, tapi mereka terus ugak memberi semnagat untuk kami mendaki. Bila pikir balik, untung jugak kami mendaki dalam waktu gelap, kalaulah mendaki waktu siang, aku rasa aku dah give up dah sebab bila tengok depan je, mesti pikir bila nak sampai, dan mainan psikologi sebab tengok keadaan gunung yang tinggi kat depan mata. Sepanjang pendakian jugak, kami bersembang-sembang hal negara dan sebagainya, nak memesongkan akal fikiran supaya tak give up untuk terus mendaki.
Kami jugak dipintas oleh group adik Pak Im dan group anak buah Pak Im. Hamboih, bukan main ramai yang memintas kami! Lantak korang le janji kami sampai ke puncak! Ayuh!
Dah jenuh macam-macam cerita sambil mendaki, tapi tak sampai-sampai jugak ke puncak. Di tengah-tengah laluan pendakian akan ada satu kawasan tempat berehat, sebenarnya adalah kantin, tempat makan dan minum para pekerja. Tapi masa kami lalu tu, masih tutup kot, ye la pepagi buta pon kan. Sampai 2/3 pendakian, jalan dah mula agak landai. Fuh syukur
alhamdulillah, aku dengan
Kak Coco dan senyum-senyum dah sebab rasa macam dah nak sampai! Lepas tu dah nampai ramai orang kat depan kami, kami pon ikut je diorang entah ke mana. Tau-tau je kami dah sampai depan kawah
Ijen! Masa tu
Allah je la yang tahu bertapa seronoknya aku, ye la dah bersusah payah mendaki setinggi 2700 meter akhirnya sampai jugak ke destinasi! Memang syukur sangat. Kami tiba di puncak lebih kurang jam 3.30 pagi. Masa tu
MasMZ dengan
John dah turun ke pinggir kawah menuju ke tempat
blue fire tu. Aku dengan
Kak Coco memang kompom la takkan turun, rasa macam tak sanggup je hehehe. Lagi pon kita masih boleh tengok
blue fire tu dari atas.
Lama jugak kami duduk kat atas tu, sambil menunggu diorang naik semula. Sambil-sambil tu macam-macam teknik la aku guna nak ambik gambar blue fire tu sebab agak susah nak focus memandangkan keadaan yang sangat gelap dan tak ada banyak cahaya. Cuaca pulak sejuk gila babi, sambil menggigil sambil snap gambo, hasilnya tak seberapa, tapi aku rasa macam sama je gambo yang aku amik dari atas dengan gambo-gambo yang diorang ambik kat bawah kawah tu. So aku tak menyesal sebab tak turun hahahaha.
Lebih kurang jam 4.30 macam tu, MasMz, John, Pak Im dan dua pompuan tadi tu pon naik ke tempat kami lepak. Kesian aku tengok Putera Lindungan Kaabah tu, macam baru lepas masuk sauna dah. Dengar cerita dari Pak Im siap menangis-nangis lagi tu? Omai! Nasib baik aku tak tengok drama tu.
|
Sejuk yakmats masa ni! |
Kami duduk lepak kat atas tu sambil tunggu matahari terbit.
Subhanallah pemandangan memang cantik. Sambil-sambil tu kami tengok la para pelombong mengangkut sulfur untuk di bawa turun ke bawah. Ya ampun, memang gigih la diorang tu, kalau tak salah aku berat sulfur yang diorang angkut u lebih kurang 40 ke 60 kg! Dan diorang akan di bayar sekitar IDR 50,000 je je untuk satu
trip. Hmmm kesian jugak, atas desakan hidup, terpaksa buat kerja berat yang membahayakan kesihatan dan memenatkan demi menyara keluarga.
Dalam jam 5, 30 pagi
, Pak Im mengajak kami turun ke kaki gunung. Masa tu lah baru aku nampak keadaan sebenar laluan pendakian kami pagi tadi. Memang curam dan pemandangan di kiri dan kanan sangat cantik! Nak turun pon satu hal jugak, memang memerlukan ketahanan kaki yang kuat dan tak oleh laju sebab silap-silap boleh jatuh terduduk.
Kak Coco je dah 3 kali jatuh terduduk sebab tergelincir.
Rupa-rupanya baru aku tau yang
Pak Im ni merupakan pemegang kunci
Gunung Ijen, ala macam cerita
Mbah Maridjan pemegang kunci
Gunung Merapi kat
Jogja tu. Katanya lagi, dia boleh alihkan asap sulfur supaya tak terbang ke arah kami. Dan dia jugak kata yang hanya dia je yang boleh nampak ada sekeluarga yang tinggal di puncak
Gunung Ijen. Wallahualam.... tak tahu le betul ke tak. Tapi diorang kan memang percaya benda-benda ni,
so aku tak nak komen apa-apa.
|
Bergambar bersama Pak Im |
|
Kegigihan pelombong sulfur mengangkut sulfur turun. |
WASSALAM.