Salam Ramadhan ke 11...nampaknya semakin hari semakin lemau dan melesukan. Ayuh lah kita membuat aktiviti lompat bintang setempat bersama-sama! LOMPAT!
Esoknya setelah puas merengkok di bawah selimut dengan suhu diluar mencecah -10++ (Tak ingat dah negatif berapa) kami pun bersiap-siap untuk meninggalkan Sapporo City. Wow nak ke mana tu? Takpe kita breakfast dulu. Untuk makluman, memang standard la hostel takde bagi breakfast ke makan apa ke kan, so pepandailah kami makan megi dengan nasik instant yang dibeli di 7E kat bawah hostel. Makan pulak dengan ikan bilis goreng bersambal rangup yang dibawa khas oleh Tansree Coco.Fuh bestnye! (Kalau cerita bab makan time puasa ni memang seronok kan, siap nak cerita every details lagi Hahah).
Hello, saya Teddy Zafran!
Bergambar depan hostel, kagum tengok pokok ni hahaha.
Breakfast dengan bersungguh-sungguh!
Sempat la pi begambo depan hostel
Deme pi beli nasik kat 7E belakang tu.
Sempat la berkenalan dengan beberapa penghuni Hostel, ramai pulak rakyat tempatan yang menginap kat hostel tu, ye la deme pun nak berjalan dalam negara sendiri jugak kan... sementara bersarapan tu kami uruskan jugak bagasi-bagasi kami yang nak ditinggalkan di Hostel tu, sebabnya nanti last day kami akan kembali menginap kat situ. Untuk tinggal beg kena tambah charges, aku tak ingat berapa Yen. Tapi takde la cekik darah.
Pon dan Yuka pun dah sampai, diorang tunggu di bawah. Misi kami pagi tu kena pi jemput Pae yang akan tiba di Sapporo pagi tu jugak. Memasing risau sebab cuba contact Pae tak dapat-dapat, paduhal wifi free bersepah-sepah kot kat Japan ni!
Jom pegi Sapporo Station!
Langit cerah pagi ni.
Kelihatan manusia berpusu-pusu nak pi mana tah.
Aku, Kak Anash, MasMZ, Pon dan Yuka bertolak dulu ke Sapporo Station untuk jemput Pae, manakala Team Chawanna dan John pula ambil teksi terus ke tempat ambil kereta sewa. Alhamdulillah tak susah nak jumpa si Pae tu sebab akak tansree dah call dia, mujur ada Tansree boleh telepon kat obersi! hiks. Aku tanya Pae kenapa tak on wifi? Rupanya dia tak reti, sebab kena register emel semua tu. Lols Yihhhh! Hahaha.
Jumpa pun Pae, ok sekarang jom pi cari tempat sewa kereta tu.
Sementara deme menggoogle tempat sewa kereta, kita posing dulu dengan cardboard 1 Malaysia!
Kami terus ke tempat sewa kereta yang terletak di sebelah bangunan Sapporo Station tu je, jalan kaki. So kami menguruskan urusan menyewa kereta yang telah disettlekan melalui online dari KL lagi. Nama kompeni sewa kereta tu adalah Nippon Rent A Car. Boleh rujuk websitenya di SINI. Kami mengambil kereta Nissan Serena 2000 cc dengan 11 tempat duduk. Nak tahu harga sewa ada jadual pengiraannya beserta insurans segala bagai.
TOTAL COST (tak termasuk minyak & tol): Nissan Serena x 2 Hari x 11 Jam = 52,344 Yen (RM 1184.38)
Adala la pengiraan dia, aku pun tak paham sangat, korang tengok la sendiri kat website tu sebab ada terms and conditions, serta barang-barang yang kita nak kena add on bagai sebab jalan atas salji lagi kan. Itu termasuk GPS lagi.
OK memandangkan PAE sorang je ada lesen memandu antarabangsa, so dia uruskan semuanya sebab dia akan bawak kereta tu nanti hiks.
Inilah rupanya kereta tu, Nissan Serena 2.0
OK pemandu dan Co-Pilot.
Ok memandangkan urusan sewa kereta dah selesai, dan team Chawanna dan John pun dah selamat tiba naik teksi ke tempat tu, maka kami pun memulakan perjalanan kami ke Furrano! Yeay, kami pergi dua kereta lah, aku, kak Anash, Pon dan Yuka satu kereta, manakala yang selebihnya semua naik kereta sewa kami.
Sesambil minum.
Sejuk kan acik.
Perjalanan ke Furrano mengambil masa lebih kurang dua jam. Tapi memang kagum la tengok sepanjang perjalanan tu putih dengan salji dan pemandangannya sangat cantik!!! Memang tak sempat nak tido pun, sebab ralit amik gambar.
Pemandangan #1
Pemandangan #2
Pemandangan #3
Pemandangan #4
Pemandangan #5
Pemandangan #6
Pemandangan #7
Destinasi pertama kami adalah Asahiyama Zoo, yang terletak di daerah Ashikawa di Utara Sapporo! Gila tak eksaited, mana pernah pergi zoo dalam salji! Ha terkinja-kinja le memasing! Lols. OK tiket masuk ke dalam zoo ni adalah 820 Yen untuk seorang dewasa manakala kanak-kanak adalah PERCUMA! Untungla ko Aqilah dan Zafran!!!
Jom masuk Zoo!
Harga Tiket 820 Yen.
Jaga-jaga jalan licin.
Apa yang seronok sangat nak pegi Zoo kat sini??? Kalau nak tahu Asahiyama Zoo ni ada juga night zoo dan yang paling menjadi tumpuan adalah Penguin Parade! Dalam Zoo ni memang ada macam-macam binatang musim sejuk dan yang bestnya kebanyakannya memang aku tak pernah jumpa kat tempat lain. Penguin pulak besar-besar gedabak! Selalu aku tengok penguin kat Zoo Negara tu kecik je, yang kat sini penguinnya sama tinggi Aqilah pun ada!
Ada la beberapa pertunjukan haiwan yang lain, seperti pertunjukan singa laut, musang dan lain-lain, tapi paling di nanti mestilah penguin parade! Tepat jam 3 petang pengumuman dibuat supaya semua pengunjung berkumpul di kawasan penguin parade, dan kami diarah untuk duduk di kiri dan kanan jalan dan duduk. Tak boleh berdiri, dan kemudian sekumpulan penguin pun lalu depan kami, wow macam pertunjukan hari kebangsaan weh! Hahahaha. Memang firstime tengok.
Kemain Aqilah posing.
Ok get ready!
Tudia dah mai!
Beso.
Terkedek-kedek.
Yang cekelat tu budak lagi.
Begitulah
Ralit!
Tengok monyet!
Monyet cari kutu.
Burung Hantu.
Serigala.
Ok dah selesai tengok binatang kat Zoo, kami pun berpisah dengan Pon dan Yuka. Kami akan terus menuju ke Furrano, manakala Pon dan Yuka pula akan balik semula ke Sapporo. Maka bermulalah perjalanan kami seterusnya. Time tu memang dah lapar gila dah, so kami singgah la kat mana-mana supermarket dan beli lah apa yang patut. Memang kebulur habis.
Jom balik!
Hari pun makin lama makin gelap, kami akan bermalam di Log Yukari, sebuah rumah tumpangan di dalam hutan. Memang beberapa kali jugak la sesat tak jumpa simpang nak masuk ke kawasan hutan tu, banyak kali jugak pi tanya orang sana-sini. Akhirnya alhamdulillah sampai la jugak!
Hari semakin gelap
Dan gelap. Akhirnya sampai jugak Furano.
Wow sangat guesthouse ni, memang sebuah rumah banglo kayu dua tingkat dan boleh muat 7 orang dewasa di dalamnya! Best Gila! Untuk info mengenai Log Yukari boleh rujuk SINI. (076-0017 Hokkaido, Furano, Shimogoryo, Japan).
Inilah rumah kami!
Katil semua kat attic.
Kat bawah .
Ada ruang tamu, dapur dan toilet.
Sewa sehari adalah RM930.00. Pakcik yang jaga rumah ni baik sangat, siap tunggu kami sampai malam dan dia dah sediakan macam-macam dalam rumah tu, katil, selimut, pinggan mangkuk pun semua ada kat dapur. Suhu kat luar pulak dah bernegetif-negetif dah sejuk gila. So kami lepak dulu kat rumah sebelum keluar semula. Jeng jeng jeng ke mana pulak nak pegi malam-malam ni?