Assalammualaikum!!!
Sambungan Part 2. Ha korang tengok betapa rajinnya aku??? Hahaha bertabahlah lepas ni dua tahun tak payah update. Lol. Ermmm anyway entry ni ringkas je. Hiks
Ayuh mulakan.
Dalam kapal terbang tu memang rugi la kalau lelap sebab sekejap je dah nak sampai. Paling asyik bila layan pemandangan kat bumi yang dilitupi salji! Cantik gila!!! Putih je semua, nampak la rumah-rumah pun kena kambus salji. Memang firstime la aku tengok. Maklumla sebelum ni mana pernah main salji selain kat Melbourne dulu. Tu pun sekejap sangat.
Antara pemandangan bumi diseliputi salju! |
Lepas sejam akhirnya kami pun sampai di Lapangan Terbang New Shitose. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. So yang tak lancarnya adalah nak kena naik train pulak menuju ke Bandar Sapporo! So nak kena naik train apa??? OK dari airport menuju ke Sapporo kena naik train JR ke Minami Chitose dan terus ke Sapporo. Boleh rujuk SINI. Harga tiket train adalah 1070 Yen sehala, Perjalanan pulak mengambil masa satu jam.
OK epot pun penuh bersalji.Sejuk! |
Sementara menunggu train tiba. Tengok tu landasan dia penuh salji! |
Gilalah train yang kami naik tu memang sesak gila, so kami semua kena selit-selit je celah pintu. Dah la barang anak gajah semua banyak kan, bertabah je la masa tu dengan keadaan sejuk, basah lagi. Memang sepanjang perjalanan dari airport ke Sapporo nampak salji je. Seronoknya!!!!
Sampai di Sapporo Station kami terus keluar ikut South Gate, katanya seseorang menanti di sana!!! Wow siapakah ? Kami tunggu Pon dan Yuka!! Kenal ke siapa Pon dan Yuka ni? Kalau tak kenal takpelah. Diorang ni kawan lama yang memang tinggal di Sapporo. Orang tempatan la kiranya, kami kenal pun masa travel ke Kyoto awal tahun 2014 dulu. Alhamdulillah Pon pun dah beberapa kali datang Malaysia dan sekarang kami buat kunjungan balas la pulak.
Tunggu punya tunggu si Pon tak muncul-muncul. Sementara tunggu tu yang lain sempat lagi pergi menyoping kat GU. Dasar kaki shopping sungguh! Akhirnya Pon dan Yuka muncul! Siap bawak signboard 1 Malaysia lagi! Hahahhaa lawaknya, mesti Pak Jib bangga kan!
Tulisan 1 Malaysia tu kat belah belakang cardboard tu. |
Kami semua mengangkut segala beg masuk ke dalam kereta Pon (Toyota X-trail) ... dan aku berempat (Aku, Kak Anash, MasMZ dan John ) naik kereta Pon, manakala Chawana sekeluarga ambil teksi. Kami terus menuju ke hostel yang dah siap dibooking awal iaitu THE STAY SAPPORO HOSTEL. Best gila hostel ni, harga pun memang standard Jepun la. Nak info lanjut boleh rujuk SINI.
Sapporo Tower...mercu tanda Sapporo. |
Punyalah tebal salji kat sini. -10 kot!!! |
Kami ambil dorm yang boleh masuk 8 orang, maksudnya ada share jugak dengan beberapa penghuni hostel yang lain la. Mixed dormitory dengan harga 2200Yen per night/person. Yang best lagi pasal hostel ni adalah ianya muslim friendly, so staff hostel memang dah tahu pasal pengunjung-pengunjung muslim, dekat kitchen pun ada diasingkan pekakas untuk muslim dan non muslim. *Nora bagi 5 Bintang!*
Kami singgah check in dan letak beg sahaja sementara Pon tunggu dalam kereta kat bawah. Misi utama malam ni nak pegi cari makanan Ramen Halal! Dah banyak kali si Pon ni sebut pasal ramen halal...nanti tak pergi kecik ati pulak kan. So malam ni jom kita pegi cari ramen halal!!! Kami pergi jalan kaki je, sebab katanya kedai ramen halal tu terletak hanya beberapa blog je dari hostel.
Memang sejuk gila weh! Jalan dalam salji pulak tu, nasib baik takda snow shower! Hahah memang masing-masing dah jakun dah lols! Pon dengan Yuka sengih je memandang sinis kat kite orang hahahaha.
Nampak tak baju aku pakai tu tebal (bukan gemukye) tu berapa lapis aku pakai blah dalam hehehe. |
Wajah-wajah teruja! (baca:Jakun) |
Sebenarnya jangan percaya sangat kalau orang Jepun kata dekat!!! Hahahaha jauh jugak weh, dekat 40 minit jugak menapak akhirnya dapat jugak sampai dekat Restoran Halal Ramen ni. Kecik comel je restorannya. Tapi penuh la pulak! So tuan kedai dah beria-iya menyambut kedatangan kami tapi dia suruh tunggu sekejap sebab kedai tengah penuh. So menggigil-gigil la kami tunggu kat luar tu!
Dah sebaya umur kemerdekaan Malaysia dah restoran ni. |
Sementara tunggu kat luar tu kita wefie dulu! |
Alhamdulillah beberapa minit lepas tu kedai dah mula kosong sebab ada beberapa pelanggan yang dah habis makan dan balik. Syukur dapat makan makanan sebenar malam ni, maklum la seharian tak makan makanan berat, asyik makan roti je lol.
Kami decided to order benda sama je, apa ntah namanya, tapi sup ramen la. Sedap weh makan panas-panas! Semangkuk tu mahal jugak, nangis-nanges nak bayar hahaha . Tapi sebab nak makan dan rasa punya pasal bedal je lah. Harga semangkuk adalah 1100 Yen. Ha korang kira lah sendiri. (*lap air mata*).
Keadaan dalam restoran, sesak. Laku. |
Ada la jugak wall of fame kat sini. |
Ni ha nama restoran. |
Menu dia ada 3 je hahahaha. |
Tadaaa!!!! Kalau ada cili potong ni sedap weh!!! |
JOM Makan! |
Jemput makan! Daripada kami Duta Mangkuk Mee Ramen. |
Lepas makan, kami semula balik naik teksi ke hostel! Tak larat weh nak jalan kaki sebab sejuk gila. Suhu malam tu -10 darjah Celsius ye. Memang gigil habis. Lepastu boleh pulak teksi tu bawak kami ke hostel lain, sesat la kiranya hahaha sudah, cuak sebab memasing lupa amik alamat hostel. Last last ntah macamana tetibe lalu depan hostel kami tu. Ha sini sini!!! Jerit ramai-ramai bagaikan pakcik teksi tu paham! Syukur sampai jugak hahaha. Sampai je hostel masing-masing berselubung bawah selimut! Hahaha Tabah tak kami? (*nanyi lagu TABAH Elizabeth Tan*).
Jom tido! |
OK lah nanti sambung lagi. Takleh cite banyak-banyak nanti tak suspend. Lol.
WASSALAM.
Syabas...tulis ringkas pun ok...asalkan ada menulis bro.
ReplyDeleteInsyaAllah MKL. Thanks.
DeleteBestnyer, salju merata- rata~
ReplyDeleteKannnn tazzabar!
DeleteEh.. mcm kenal je geng yg kt belakang tu.. Ha3.. anyway havoc korang..
ReplyDeleteBestnya hostel tu Muslim friendly...dapat pula makan ramen halal walaupun mahal RM43 semangkuk. Sedap tak ramen tu?
ReplyDeleteLap le air mata bertabah makan ramen halal tu.
ReplyDelete