Assalammualaikum!!!!
Korang rasa kenapa tetibe aku rajin update blog? Haaaaa fikirkan sendiri Hahahaha. Ok dah lama sangat sebenarnya nak share pasal percutian di Hokkaido atau lebih spesifiknya di Sapporo, Japan pada bulan Januari yang lalu. Fuh dah masuk 5 bulan dah tertunggak. Maaf lah sebab busy dan banyak juga aktiviti tertunggak yang lain yang perlu dilangsaikan.
Masih ingat lagi
entry TEASER ni (Ketik pada link untuk membaca
entry tersebut sebagai
refreshment kepada
entry ini).
Mana nak mula ya?
Hmm..... (nak makan apa berbuka puasa petang karang). Eh ok ok. Let's get started!
Dari Putrajaya Ke Tokyo!
Plan nak ke Sapporo main salji ni diusul khas oleh Chawana beberapa bulan sebelum trip kami berlangsung. Lama dah sebenarnya, biasalah sebab nak beli tiket promo Air Asia kan, kena lah beli awal baru dapat harga murah. Tapi alih-alih tolak tambah darab bahagi, pinda itinerary segala bagai terus berganda-ganda jugak kosnya lols!!! Ok pasrah tapi sebab nak pergi punya pasal ku gagahi juga kaki ini melangkah. Ingat lagi masa tu gigih aku, Kak Coco dan Masmz beli tiket flight di kedai Kek Jalan Tiong, Shah Alam, dari petang sampai ke malam... manakala team Chawana pulak diorang beli sendiri (termasuk John dan Pae). Kiranya ada dua team yang berbeda ya untuk trip permulaan ni. Ayuh!
Oh bare in mind ye, waktu kami beli tiket AA ni, masih belum dibuka lagi laluan secara terus ke Sapporo. Makanya perjalanan kami akan bermula di Tokyo! Ye Tokyo akan ku jejak lagi buat kali ketiga! Flight dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo adalah pada jam 2.40 petang waktu Malaysia dan dijangka tiba di Haneda, Tokyo pada jam 10.00 malam.
Kami gerak dari
Putrajaya lebih kurang jam 12.40 macam tu, naik teksi
direct pi
KLIA2 sebab bawak banyak anak gajah (termasuk kami) lol. Memula tu risau jugak takut tak muat teksi sebab beg semua bagak-bagak, tapi hasil kebijaksanaan abang pemandu teksi tu, muat jugakla! Ha cer tengok gambar kat bawah tu hiks.
|
Susun dulu beg elok elok dalam boot. |
|
Tadaaaa dengan jaminan beg tak tercampak tengah jalan. lol. |
Team Chawana, dan
John dah bergerak dari
KL Sentral terus ke
KLIA2. So kami berkumpul semuanya di KLIA2 dan
lunch terus di sana. Sedap pulak nasik kandar kat
foodcourt KLIA2 tu hahaha teringat-ingat sampai ke Jepun lah jugak! Hahaha. Eh kejap...mana
PAE? Dia akan naik
flight esoknya
direct terus ke
Sapporo, maksudnya
Pae tak pergi
Tokyo dengan kami. Dia beli tiket
last minute dengan sensasi tiket murah terkini, abang
Kenyalang Celup (dapat harga murah,.....bencik!)
Ber-Boomerang dulu dengan cik Aqilah!
Tepat jam 2, usai urusan
check in bag segala bagai, kami pun berlepas la ke
Tokyo! Tempat duduk dalam
flight semua asing-asing, maklumlah
booking pun lain-lain kan hahaha takpelah demi keriangan berganda! Janji sampai ke destinasi dengan selamat!. Si
Zafran pulak (anak
Chawana) bukan main seronok menjelajah bawah
seat penumpang ke depan ke belakang bertegur sapa, seronok agaknya naik
flight. Memang
good boy sungguhlah si
Zafran tu, tak meragam langsung sepanjang 7 jam penerbangan.
Alhamdulillah.
|
Sempat le jugak mendoodle sepanjang flight. |
|
Cawan dan Zafran, ronda-ronda lawat kawasan, sorang kat depan, sorang kat belakang, sorang kat tengah...lantak! Hahaha |
Akhirnya sekitar jam 10 malam kami pun tiba di
Haneda Airport! Syukur semuanya selamat...perasaan
eksaited tu membuak-buak la jugak la. Lama jugak nak lepas
imigresen dan menunggu segala bagasi sebab ramai sangat penumpang ke
Tokyo. Selesai semua urusan kami pun mula mencari
port untuk lepak malam tu di
airport. Plan kami adalah lepak di airport sampai pagi memandangkan kami sampai di Tokyo pon dah lewat malam.
So kami naik ke tingkat 5 berhampiran kawasan
open deck di
airport tu dan lepak kat situ, sambil-sambil berborak dan mengumpat. Biasalah aktiviti kalau dah beramai-ramai. Kat luar, cuaca dia jangan cakap la, sejuknya bukan main! Ye lah musim
winter kan, sebab dua-tiga hari sebelum tu,
Tokyo dihujani salji! Malam tu jugak la kami pi menggagau cari
convenient store kat tingkat bawah, beli la apa-apa makanan yang boleh dimakan. Lapar kot!!!
|
Punyalah ramai ummah kat epot ni. |
|
Lepak dulu sementara menanti pagi. |
|
Kat luar ni sejuk gila! |
Dah dekat pukul enam pagi tu, kami pun
start bersiap-siap. Kemain ha masing-masing bergaya sakan dengan jeket bulu la,
glove baru la, kasut baru la! Sakan korang kan!!! Hahahaha, usai solat dan makan roti, kami pun bergerak menuju ke
Shibuya! Kenapa
Shibuya???? Sebab ada sorang tu (baca:
John) tak pernah sampai
Tokyo, dan teringin nak tengok
Shibuya Crossing! Dan memandangkan masa kami cukup-cukup je untuk melawat
Shibuya pagi tu (sebab
flight kami ke
Sapporo adalah sebelah petang) jadi kami pun
proceed la ke
Shibuya! Ayuh!
|
Ha mengangkutlah kita. |
|
Train pepagi subuh tak ramai orang. |
Kami menaiki train dari Haneda ke Shibuya...berjinjit-jinjit la semua bawak beg troli turun naik train, escalator, tangga, lift semualah! Hahaha gigih!. Sampai stesen Shibuya, kami sewa locker dan tinggalkan semua beg kat situ. Barulah selesa nak merayau-rayau. Eksaited sangat sebab sejuk, so kompom la tiak tak lecak! Hahahaha.
Keluar dari stesen
Shibuya, kami terus menuju ke monumen
Haciko, si anjing setia. Kalau korang pernah baca atau tonton
movie pasal
Hachiko, korang taulah kenapa anjing ni sangat popular. Aku malas nak certia kat sini.
|
Kami! |
|
Hachiko dan Ren! |
|
Zafran jugak paling selamba |
|
Cak! |
Lepas
Hachiko Monument, kami pun sampai la ke
Shibuya Crossing. Ha eksaited la memasing nak ambil gambar, pelbagai
pose la jugak. Mau 16-17 kali jugak lalu lalang kat situ. Aku yakin, orang-orang yang lepak kat
Starbucks depan tu tengok kami dan ingat kami gila! Hahaha paduhal entah-entah diorang tak pedulik langsung kot! Lols.
|
Memasing . |
|
Breakfast sebab nak bagi hilang kantuk. |
|
Dua rakan karib ni. |
Kami jugak sempat la lepak sekejap kat
Starbucks yang katanya sangat popular untuk ambil
shot ke
Shibuya Crossing. Lama jugak kami lepak situ sambil minum kopi! Hahaha. Mujur la tak berapa ramai orang masa tu, pagi lagi kan.
|
Acah acah je. |
|
Lagi pos acah-acah. |
|
Yang ni tatau pose apa. |
|
Ni pose keluarga bahagia. |
|
Ni pose Tansree dengan bodyguard. |
|
Punyalah ramai orang nak melintas. |
|
Cepat! |
OK dah cukup bergambar kat
Shibuya Crossing! Jom bergerak ke
Narita Airport!!! Kenapa kami kena pergi awal ke
Narita? Sebab perjalanan dari
Shibuya ke
Narita mengambil masa lebih kurang 2 jam!!! Ko ingat dekat! Hahaha, dengan menggagau-gagau nak cari
train lagi, jalan kaki, panjat tangga, dukung budak, bawak beg gajah (eh) lagi. Maka kami pun beli tiket ke
Narita dengan harga
1400 Yen (masa nak beli tiket pun menggagau jugak, nasib baik tanya kat kaunter dan petugas kaunter kata ada diskaun sebab pelancong hiks).
|
Pose wajib. |
|
Ok beli tiket dulu. |
|
Dapat duduk depan! |
|
Kena sua makanan laju je, memasing kebulur hahaha. |
Makanya, duduk la kami dalam train ke Narita tu dua jam lebih, bangun tido bangun tido tak sampai sampai lol akhirnya sampai la jugak. Kena tau ya terminal mana kita akan turun, kalau tak, sesat larat la kome!!! Hahaha.
Kami akan menaiki penerbangan domestik
PEACH menuju ke
Shinchitose Sapporo. Harga tiket masa kami beli tu dalam
1800Yen ++ la termasuk beli
luggage bagai. Penerbangan ke
Sapporo pulak mengambil masa lebih kurang satu jam.
So kami bertolak dalam pukul 3 petang dan sampai di
Sapporo dalam jam 4 petang. Ok lah nanti aku sambung lagi. Sampai sini je tahap kerajinan aku , lols.
|
Ayuh ke Sapporo! |
WASSALAM.
aduih..akak menahan gelak...
ReplyDeletememang mengimbau sangat trip nih
(nih mesti kes malas cari gambo eh? ahahhahaah)
rajin tul
Kekekeke sementara tengah rajin ni kita cedok je mana yang ada Lols!!!
Deletemacam express gila u taip entry ni haha..
ReplyDeletesila update lelaju.. i'm waiting bak kata vijay dalam filem2 nya
Express ke? dah 6 bulan weh hahahaha. Tunggu sambungan berikutnya! Nak kena dapat petunjuk dulu.
DeleteSmart lah gambar Ren dengan Hachiko. Lagi satu, gambar Ren dengan John macam shooting for advertisement. Ada style model-model. Hahaha...
ReplyDeleteHehe thanks Diana. Biasalah gedik2 masa travel ;p
DeleteSeronoknya!rindu Tokyo!! tapi mahal sangat bandarnya hahaha
ReplyDeleteHahahah sekali sekala boleh le huhu
DeleteYg penting flight tu kaler pink... hihihi
ReplyDeletePink ke pepel? Hahahaha
DeleteSetianya Hachiko
ReplyDeleteBegitulah haiwan yg sayangkan penjaganya kan kak
Deletewah....menarik penceritaan Ren.
ReplyDeleteTerima kasih MKL.
Delete