2016-06-08

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 6) - From Siem Reap To Phonm Penh By Bus

Assalammualaikum!!!!

Ada lagi ke yang sudi menjengah blog ni? hehehe, sorry akibat kemalasan maksimum jadi aktiviti mengapdet blog tidak sederas Kak Coco dan Chawana *jeling*. Ok tak sabar nak habiskan entry Cambodia ni, jom sambung!


Hari berikutnya kami akan berangkat ke Phonm Pehn! Ha ingat tak aku cerita di Bahagian 1, kami ada beli tiket bas ke Phnom Pehn dekat Hostel ni je? Ok hari ni kami tunggu pick up shutter ambil di hostel untuk ke tempat bas.

Pagi tu jugak John kena balik KL sebab kena kerja.... bye! *Hahaha drama gila!
Ada pick up shutter ambik kami di hotel, dan beberapa penumpang lain di hotel-hotel berdekatan.
13 USD harga tiket ni.
Bas yang kami naiki adalah Mekong Express (13 USD/person), dia punya servis fuh terbaik siap ada pramugari lagi, dan ada dibekalkan makanan untuk setiap penumpang. Tapi ermmm memang tak makan lah sebab meragukan je makanan dia. Sepanjang perjalanan ada la sekali sekala pramugari bas tu bagi penerangan, dah sampai mana, berapa jauh lagi perjalanan dan lain-lain. Jauh juga perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Pehn ni lebih kurang 6-7 jam jugak. So kami bertolak pagi, dalam petang macam tu baru sampai Phnom Pehn.


Bas ada pramuggari! Teringat citer Express Dania lol. Pramugari sedang menyiapkan goodies untuk penumpang.
Pramugari kami sedang memberikan penerangan mengenai perjalanan kami. Banyak kali jugak la dia muncul buat persembahan.
Inilah goodies yang diorang bagi. Tapi tak makan pun sebab was was :p
Bagus juga kan dapat makanan free. 
Bas ni ada berhenti kat satu kawasan, untuk minum-minum dan rehat. Aku lupa nama tempat tu.
Amendelah yang diorang suka sangat makan serangga belalang ni. Yihhh.
Keadaan jalan pulak, subhanallah macam kena bom. Ko akan bergegar sepanjang perjalanan. Tak tahu la diver bas ni bawak ikut jalan mana, tapi nampaknya memang macam jalan utama. Mungkin tengah construction kot? 

Sampai di hentian bas di Phnom Pehn.
Kami sampai di Phnom Pehn dalam jam 2 petang. Alhamdulillah selamat sampai. Bandar PP ni memang besar! Tak sama langsung dengan SR. Iya lah kan bandaraya kot. Dari stesen bas kami amik tuk tuk untuk ke hostel Lovely Jubbly Villa (2USD). Masa dalam tuktuk tu ada satu kejadian ngeri berlaku. Time aku tengah pegang henpon snap-snap gambar, tetiba ada satu motor (dua penumpang lalu tepi tuktuk dan penumpang belakang tu cuba rampas henpon aku!!! Omg seriau! nasib baik henpon aku tu housing dia licin dan cubaan merampas henpon tu gagal! Aku dah menjerit-jerit dah maki motor tu sampai pakcik tuk tuk tu terkejut, dia tanya kenapa dan aku ceritakanlah apa berlaku. Dia terus tutup dinding tuktuk tu dengan cover hujan. Seriau weh, kalau la hilang henpon aku tu terus nak balik KL time tu jugak!!! Hahaha

Keadaan jalan di Phnom Pehn City

Sampai hotel memang aku ada nampak sign tulis, berhati-hati masa naik tuk tuk sebab ada ramai pencopek. So no wonder lah, memang kat PP ni ramai pencurik macam tu. So hati-hatilah bila naik tuk tuk ye. Sejak tu memang aku kepit habis-habis semua barang aku.

Kawasan hostel yang nyaman.
Lobi hostel.
Hostel yang kami duduk ni agak selesa lah, ramai foreigner tinggal masa tu. Cumanya lokasi dia agak jauh dari bandar.So bila dah sampai hostel, kami rehat kejap...mandi  dan baring-baring, sesambil tu plan nak buat apa hari tu. So kami call Miya. Siapa pulak Miya ni?

Miya ni adalah sepupu kepada Zack (tourguide kami di SR). Dia yang bagi nombor Miya kat kami, katanya kalau nak pakai tuk tuk di PP boleh call Miya. So kami pun mesej la Miya petang tu suruh dia ambik kami di hostel. hahah mudah kan. So petang tu kami keluar pusing-pusing PP dengan Miya. Mula-mula memang suruh dia bawak kami pegi makan! Lapar kok! Miya bawak kami pergi makan kat sebuah restoran muslim, ha apa lagi melantak la puas puas. 

Nombor Contact Miya: +855 (0) 70757524


Sementara tunggu Miya kita selfie la dulu.
Oh ya Hostel ni ada swimming pool ya!
Miya membawa kami jenjalan .
Gembira gila perut aku dapat makan nasik goreng! Lapar weh!
Lepas makan, miya bawa kami jalan-jalan pusing town. Tak banyak temmpat kami pegi malam tu sebab penat , so kami balik hostel dan tidor. Tunggu esoknya pulak banyak tempat kami nak pergi! So kami dah deal awal-awal dengan miya nak ke mana esoknya. Kami akan ke Tuol Sleng Genocide Museum, Killing Field, Central Market dan naik Rivercruise sebelum balik ke SR.

Miya bawak pusing-pusing city.

So nantilah aku sambung, rajin la pulak kan nak tulis panjang-panjang? Lols,

WASSALAM.

8 comments:

  1. Salam
    Sedap ke makan belalang tu? Haha

    ReplyDelete
  2. stylo pulak tengok derang bungkus kerepek pisang dah rupa sup bunjut
    roti tu ada inti ke?
    john tu drama nyer..sume trip dia pi sume kena cut short kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak intinya..ntah tatau inti apa lol.
      Hah john biasala kalau xda drama x sah!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS