Posts

Showing posts from 2019

Best of Nine 2019 - Janggel Punya

Image
Assalammualaikum!!! Rasanya ini last post untuk tahun 2019, sekadar berkongsi memori. Best nine of 2019 (sebenarnya ikut jumlah banyak LIKE kat Instagram je :p. Harapannya supaya tahun 2020 menjadi tahun yang gemilang dan terbilang buat aku dan kamu!  Psst: Macam tak percaya akhirnya kita bakal jumpa juga dengan tahun 2020. Dulu-dulu masa zaman sekolah kita cuba nak bayangkan macamana lah tahun 2020 tu kan. Hahaha finally the year will come. (tahun kereta terbang ;p )  1. Kundasang, the magnificent Mount Kinabalu; 2. Masjid Al Nabawi, Madinah; 3. Great Pyramid of Giza, Egypt; 4. The  Sphinx, Egypt; 5. The Great Pyramids of Giza (Again); 6. Rumah Atok dan Opah, Ipoh ;p ; 7. Masjid Al Nabawi, Madinah (Again); 8. Kebun Kurma, Mekah; 9, Masjidil Haram, Mekah WASSALAM.

Akhirnya 2019 Pun Berlalu Pergi

Image
Assalammualaikum!!! Setelah sekian lama akhirnya aku ada kekuatan untuk menulis di ruangan ini semula! Hahahaha itulah kehidupan, ada pasang dan surutnya. Sekejap malas sekejap rajin, sekejap pandai, sekejap bodoh, sekejap cantik sekejap hodoh...ada pro and con.  Done intro . 2019 tahun penuh pancaroba. Tak ada yang nak dibanggakan sangat pun, dan aku seperti biasa, sendiri mengurus kehidupan di atas 'kayangan' dan keluarga. perhatian lebih kepada mommy and daddy yang semakin tua dan sering diganggu kesihatannya. Alhamdulillah aku masih sempat 'menjaga' mereka sementara masih ada. Memang itu yang aku doa dan niatkan setiap masa sekarang ni. Untuk perkara lain jatuh ke tempat kedua. Sekarang ni pun aku dah jarang ke mana-mana melainkan kerana urusan kerja.  Apa yang aku nak highlight kat sini: UMRAH 2019 Alhamdulillah dapat peluang mengerjakan Umrah buat kali kedua bersama 2 orang sahabat. Sebenarnya aku takda plan pun nak pergi umrah tahun ni, ...

Trip Penat Lelah Ke Pulau Perhentian

Image
Assalammualaikum!!! Kembali lagi untuk entry terbaharu. Trip ke pulau bukan Hawaii tapi ke Pulau Perhentian ! Lebih spesifik ke Perhentian Besar. Semua urusan booking resort dan pakej dibuat oleh Chawana, maka kami yang lain tabur duit je hahahahaha (paduhal trip bajet!) Ye ni trip bajet ye, tak mampu nak duduk hotel mahal-mahal maka kami sewa pakej di Samudra Beach Resort, Pulau Perhentian Besar dengan harga RM 280/person . Pakej termasuk sewa bot, lunch, dinner dan breakfast untuk 2 hari satu malam. Cukupla, kira puas jugak la naluri nak ke pulau dan mandi laut. Trip disertai geng-geng blogger pencen (rasanya ada ke yang kenal lagi?) Kak Anash, Chawana  sekeluarga, Byya dan Pae bersama teman Istimewanya (ehem...ehem..). Dan yang penting misi nak tengok penyu, nemo dan shark tercapai (walaupun banyak drama). Ok dipendekkan cerita, moh layan video je la... HAHAHAHA aku sekarang ni memang rajin amik video je sebab tak payah nak taip panjang-panjang!  OK bye~ WASSAL...

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!! Ok mood  rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani. Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan.  Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih) Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau) Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy  mandi laut.  Oh by the way  kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas ! Memang ...

PART 1: Trip To Kota Kinabalu - Firstime Ke Kundasang Ni! a

Image
Assalammualaikum!!! Mood rajin kembali lagi, kali ni nak update pasal trip aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Lama dah plan sebab kononnya rindu Sabah! Hahahaha tapi memang rindu pun, sebab kali terakhir aku tinggalkan sabah pun adalah 3 tahun lepas. Sobs. Ok trip kali ni aku repeat   ke Beaufort untuk naik train ke Tenom . Ingat lagi trip Keretapi Tenom yang aku pernah buat dulu? So sebab John dan Sharule tak pernah merasa naik keretapi klasik ni so aku pun bawak la diorang. Cumanya kalini tak sampai ke Tenom pun, tengah jalan kami patah balik ke Beaufort sebab ambil masa 3 jam ye kalau total perjalanan dari Beaufort ke Tenom . Harga tiket masih sama RM 2.70 sehala. Next kami ke Kundasang ! Memang kami looking forward ke tempat ni. Sepanjang aku bertugas di Sabah 2 tahun, tak pernah langsung jejak Kundasang hahahaha sedih! So kami memang sewa kereta Viva (RM 120 sehari - boleh call atau whatsapp 019-5594009)  dan bermalam di Sulap Homestay...

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Image
Assalammualaikum!!! Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni.  Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Reso rt atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha. OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak , tak jauh dari Pekan Kampar , dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha. Fun map bagi keseluruhan kawasan PATRO OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan la...

Hello! Happy New Year - Phuket Trip

Image
Assalammualaikum!!! Anda terkejut? Hahaha aku pun lagi terkejut sebab tetibe macam ada nafsu nak update blog!!! Hahaha apa khabar semua? Rindu aku tak? Sorry sebab lama tak menjengah di blog aku yang kian sendu ini. Apa boleh buat, dah pencen... #GengBloggerPencen. Salute la to geng blogger yang masih rajin berkarya. Jangan ingat aku tak baca! Hahaha. Sempena tahun baharu ni, aku nak update la sikit pasal trip-trip yanbg pernah aku buat beberapa bulan dan tahun yang lalu. Sorry malas nak tulis panjang-panjang...so korang layan video je lah ye. Enjoy! Ni pasal trip aku ke Phuket. Ok cukuplah setakat ini buat kali ni. WASSALAM