2009-08-18

Bulan Kemerdekaan : Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Alhamdulillah sudah genap seminggu aku pulang dari BTN di Langkawi dan semangat Patriotik aku masih kental ketika ini (wakakaka poyos je kan?). Hmmm suka hati korang la nak gelakkan aku atau tidak. Namun sempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, aku akan cuba memperbanyakan ilmu mengenai sejarah negara di samping amal ibadat sempna Bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Semalam, bertempat di Istana Budaya, aku dan Kaki Jalan sekali lagi telah menerobos pintu Panggung Sari Istana Budaya untuk menyaksikan sebuah produksi dari ASWARA iaitu Teater Muzikal Tun Abdul Razak. Hmmm macam kebetulan pula kan, suntikan-suntikan patriotisma terkena pada diri aku. Hahaha buktinya ringtone handphone aku pon lagu patriotik jugak, lagu Inilah Malaysia, nyanyian Jaclyn Victor dan Arch Little Danniel (sempat promote nih, vote lah kat www.hotfm.com.my lagu Satu Malaysia). Ok, Ok berbalik semula kepada Teater Muzikal Tun Abdul Razak (TMTAR).

Masa mula-mula plan nak beli tiket 2 minggu lepas (seblum aku pergi BTN), masih banyak tempat duduk kosong. Sangkaan aku, biasalah cerita-cerita patriotik dan sejarah ni mana ada orang nak tengok! Tetapi, hujung minggu lepas, aku cek balik kesemua tempat duduk dah full! Ayoooo sangat terkejut aku. Rakyat Malaysia sudah minat sejarah? sudah ada kesedaran sivik??? Kira ok lah, atleast masa aku pergi tonton TMTAR nanti takder la lengang saja Panggung Sari tu.

Kedaan di Istana Budaya pada malam semala memang sesak dengan pelbagai golongan manusia. Hmmmm masih ramai jugak yang tak sedar akan bahaya H1N1, tak ramai yang memakai topeng muka. Aku?? sudah pasti aku bertopeng pada malam itu. Kebanyakan penonton yang hadir adalah dari golongan pelajar sekolah dan universiti. Ada juga sekumpulan media yang turut hadir. Paling best , persembahan malam semalam turut disaksikan oleh Yang DiPertua Pulau Pinang sekeluarga. So agak protokol juga la, tak seperti selalu.

TMTAR secara keseluruhannya mengupas perjalanan hidup mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2, liku-liku kehidupan, perjuangan dan kekeluargaan, menjadi satu persembahan yang bagus di mata aku. Ia memaparkan detik-detik awal perjuangan Tun Abdul Razak bermula dengan pengajiannya di Lincoln's Inn London dalam bidang Undang-undang , sehinggalah beliau terlibat di dalam politik yang menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Perjuangan Tun Abdul Razak, menyelesaikan tragedi 13 Mei dan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru sangat memberi kesan kepada sejarah Negara sehinggalah beliau dikenali sebagai Bapa Perpaduan!.

Beberapa babak yang menarik perhatian aku adalah sewaktu di Lincoln's Inn, yang menggambarkan sekumpulan pelajar Melayu diperkotak-katikkan oleh orng Inggeris, tetapi Tun Abdul Razak bijak mematahkan pertikaian tersebut. Di situ jelas menunjukkan toleransi Tun sebagai seorang pemimpin.

Babak lain seperti sewaktu Konfrontasi Malaysia - Indonesia juga amat menarik dengan barisan lagu-lagu yang indah dan sedap di dengar. (bukan macam Teater Patriotik 2008- lagu-lagu tak sedap tapi bermesej dan lakonan ala kadar sahaja...mugkin bajet tak cukup). Babak pembukaan FELDA juga berjaya ditunjukkan dengan suasana penuh harmoni. Set-set rumah FELDA pertama yang didirikan juga dipentaskan di TMTAR ini.

Paling memberi kesan adalah babak terakhir di mana pemergian Tun Abdul Razak untuk berehat di London meninggalkan Isteri tercintanya Tun Rahah dan anak-anak. Tun akhirnya meninggal dunia di London setelah bergelut dengan penyakit jantungnya selama ini. Setelah menjadi Perdana Menteri selama 5 tahun, pemergian Tun Abdul Razak banyak meninggalkan kesan kepada negara kita.

Yang jelas, di zaman pentadbiran Tun Abdul Razak, beliau banyak menumpukan usaha untuk menyatupadukan rakyat dan menyeimbangkan ekonomi setiap kaum. Dan beliau juga banyak membuat hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China.

Tun Abdul Razak di dalam TMTAR ini juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang dan mengutamakan keluarga. Walau sesibuk manapun dia, masa untuk bersama keluarga tetap ada. Jelas ditunjukkan dalam babak sambutan hari jadi anak bongsunya iaitu Nazir.

Antara sumbangan Tun Abdul Razak adalah:
  1. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  2. Dasar kebudayaan Kebangsaan
  3. FELDA
  4. FELCRA
  5. Buku Hijau
  6. Buku Merah
  7. Rukun Negara
  8. Penentangan Komunis
Lakonan mantap Rashidi Ishak (Tun Abdul Razak) dan Fauziah Latif (Tun Rahah) dengan alunan suara yang merdu sangat memukau para penonton terutamanya aku la! Suara Kak Jee masih mantap seperti dulu. Syabas Kak Jee dan Shidee.

Secara keseluruhannya, TMTAR arahan Dato' Rahim Razali ini amat berjaya, dan mampu memupuk kefahaman mengenai sejarah Malaysia di kalangan masyarakat Malaysia ketika ini. Banyak juga perkara-perkara baru yang aku belajar dengan menonton teater muzikal ini. Tahniah sekali lagi.

Kelamahan yang aku nampak dalam TMTAR ini...

  1. Shidee agak nerves dalam nyanyian. Banyak lagu yang sumbang tetapi dapat diatasi di akhir-akhir persembahan.

  2. Mungkin latihan bagi para pelakon tidak mencukupi? ada beberapa kelemahan dalam persembahan yang boleh diperbetolkan.

  3. Penceritaan yang agak simple, mungkin kerana masa persembahan yang singkat. Boleh dikupas dengan lebih baik lagi jika ada pada masa akan datang.
PEACE!



Catatan diari Tun Abdul razak





Tun Dr. Ismail, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak

Shidee Ishak sebagai Tun Abdul Razak

Fauziah Latif sebagai Tun Rahah


Sempat jugak Shidee promote Filem terbaru dia SETEM..sila ambil satu..

.

9 comments:

  1. thanks for a very contructive comment

    ReplyDelete
  2. @Che Kem

    yup..untuk support pentas Malaysia!:)

    ReplyDelete
  3. >> incek janggel...pi tak ajak pun eh....

    majuk!

    ReplyDelete
  4. @♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠
    Apa la cik Yanie ni majuk-majuk..nanti muncung leh ikat reben! ;p

    ReplyDelete
  5. cam asap je masuk pintu IB tu [menerobos masuk].. ekekekeke

    ReplyDelete
  6. @KaKi JaLaN
    Hahahaha feling2 ringan macam asap.. tu yang menerobos tu..

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt tgk teater, terinin nk tgk tp selalu x berpeluang

    mesti semangat kemerdekaan semakin berkobar kobar skrng ni

    ReplyDelete
  8. @Khairil
    Takpe dik..insyaAllah nanti ada ler rezeki tgk teater tu..hhehehe.

    Yp sekarang ni mmg semangat tebgah berkobar-kobar nih! siap gantung bendera semua kat tingkap hahaha
    MERDEKA~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS