2016-02-15

TEASER: Hokkaido Kami Datang! (Japan Winter Trip 2016)

Assalammualaikum!!!

Rasa macam setahun da tak bukak blog! Hahaha maklumla, asal mula katuk papan kekunci je, ada setan berbisik di telinga...jom tido katanya so macamana nak berbelog? Lols. OK hari ni perhati sorang-sorang punya blog rajin pulak update teaser bagai kan? Argh tak kira, setakat teaser tu aku rajin la nak taip . Ok terimalah teaser terbaharu dari aku....

Seminggu Dalam Kebekuan di Japan!

Beskal pun tenggelam, cane ni??? *muka eksaited
Ok saja nak bagitahu, bulan lepas aku pergi balik kampung di Hokkaido, jumpa kengkawan lama, Pon, Yuka dan Joy. Ha gempak ke tak bunyinya? Paduhal ko pi travel ke kampung orang lepastu jakun-jakun terkinja-kinja main salji! HAHAHA who cares!

Disambut dengan sepanduk, belakang kad tu ada lambang 1 Malaysia!
Perjalanan dari Tawau - Kuala Lumpur - Tokyo - Sapporo - Furrano - Sapporo - Tokyo - Kuala Lumpur - Tawau. Haaaa nampak tak kegigihan di situ? Tempoh percutian adalah 9 hari. Misi utama adalah nak merasa main salji dan ski dengan suhu mencecah -35 darjah Celsius. Ok memang sejuk beku kat sana tapi alhamdulillah semuanya ok, Bekalan baju sejuk dan peralatan saleju pun semuanya ok. Bekalan kasut winter (beli kat LAZADA je RM 59.90, tiba sehari sebelum berangkat pun OK). Pakai sarung tangan RM 5.30 beli kat DAISO KL je pun OK. Pendek kata semuanya ok, camera pun tak buat hal (both DSLR dan Gopro) alhamdulillah, perjalanan diberkati. 

Hello! Prince Zafran pun relax je.
Menuju ke Furrano!
Kengkonon nak tengok Fujuyama...hampeh.
Kecewa Gunung Fuji menyorok.
Sampai Sapporo, dapat jumpa Pon dan Yuka (what a lovely couple), dapat pergi Zoo kat Asahiyama, dapat pergi Biei dan main sledging dan snowmobile di Furrano. Dan kat Tokyo pula dapat jumpa Joy, lalu lalang kat Shibuya Crossing 15 kali, panjat Tokyo Metropolitan Government Buildings for the second time (last time during my study (short course) in Japan masa tu tengah terkinja-kinja firstime datang Japan) dan pusing-pusing Asakusa (walau sengkek tak berduit)....tengok je orang lain shopping.

Tengok sungai pun lawa.
Tengok penguins lalu depan mata.
Acah-acah sesat kat Sapporo
Mengilai tak ingat di Furrano.
Sledging berjemaah.
Acah-acah di Syibuya crossing.
Eh jumpa Rozita Che Wan dengan anak dia ke??? Oooo bukan.
Menggamit Memori!
I Love Japan!
Tunggu drama penuhnya ye!
Anyways, trip Japan kali ni memang the best! Misi main salji tercapai! Alhamdulillah...tak sia-sia simpan tiket setahun. Lols,. tunggu cerita penuh nanti ya (bila cerita Siem Reap dan Phnom Penh aku dah habis nanti) Hiks.


WASSLAM.

16 comments:

  1. Replies
    1. Cikta tulin ke cikta palesu? 🙊🙊🙊

      Delete
  2. oo..gi hokkaido..
    nak tanye, amik JR pass ke?
    *sebab tau lambat lagi nak update

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeza Fauzi:

      Tak ambil JR pass pun. Sebab kami kat sapporo je, then ke tokyo.

      Delete
  3. Gambar Ren dan John di Shibuya crossing, macam model. Hehehe...
    Patutlah lalu lalang sana 15 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha taupun sebab apa lalu lalang 15 kali 😂😂😂

      Delete
  4. Lawa lawa lawa...nampak macam Kaki Berangan & Tan Sre Cocoa?

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS