Indiana Jones kali ini meneruskan usaha untuk mengembalikan sebuah tengkorak kristal yang telah menjadi rebutan banyak pihak kerana keunikan dan nilai sejarah yang ada padanya. Dari sinilah Jones bertemu dengan anak lelakinya yang belum pernah ditemuainya hasil hubungannya dengan seorang wanita di zaman remajanya. Akhirnya ekspedisi ini mempertemukan semula mereka sekeluarga.
Bermacam onak-ranjau berduri yang mereka tempuhi dalam usaha mengembalikan tengkorak tersebut ke tempat asalnya iaitu di sebuah tapak tamadun yang telah pupus di tengah-tengah hutan Amazon! Hasil garapan Steven Spilberg memang sinonim dengan teknologi CGI yang canggih dan diluar batasan imaginasi. Scene di dalam hutan Amazon sangat mengagumkan dan disulami dengan kreativiti sutradaranya yang memang telah dikagumi umum sejak sekian lama. Memang usaha sebegitu memerlukan kajian dan ilmu yang mendalam terutamanya berkaitan susur galur hutan tebal tersebut.
Banyak adengan yang menarik disusun di dalam filem ini sehingga kadangkala dirasakan tidak "logik" berlaku di dunia sebenar. Namun itulah kelebihan Spilberg. Akhirnya tengkorak tersebut berjaya kembali ke tempat asalnya, di mana tapak ketamadunan tersebut sebenarnya adalah sebuah kapal angkasa (kalo orang sini sebut piring terbang!) yang telah lama tertimbus di bawah tapak kuil tersebut. Huhuuhuh(kapal angkasa????) Ada 13 buah tengkorak semuanya @ 13 orang @ ekor @ buah mahluk asing yang telah turun ke bumi beribu-ribu tahun dahulu. Mahluk-mahluk asing ini telah mengajar puak yang tinggal di situ tentang teknologi pertanian, pendidikan dan sebagainya sehingga puak tersebut menganggap mahluk-mahluk asing ini sebagai tuhan mereka. Banyak lagi adengan menari di paparkan di dalam filem yang telah mendapat kutipan lebih 3 juta dalam masa seminggu tayangan di seluruh dunia!!! (hebat kan??) Kalau nak tau lebih lanjut...p la tengok sendiri...
Filem:: Apa Kata Hati
Hikhikhik tak sangka pulak aku pergi tengok citer ni. Dah lama tak menonton filem Melayu di pawagam. Kali terakhir pun filem arahan Shamsul Yusof iaitu Evolusi KL Drift. Sebenarnya aku teringin nak tengok lakonan seorang primadona Melayu yang dah lama tak muncul di layar perak iaitu Kak Ogy!
Review:
Elly (lakonan Raja Farah) merupakan seorang fashion designer yang begitu jujur dalam percintaannya dengan seorang PR Manager iaitu Mohd. Aidil Fitri (lakonan Farid Kamil). Teman baik Elly, Linda (lakonan Dynas) sering mengingatkannya supaya berhati-hati di dalam mempercayai Aidil memandangkan lelaki tersebut sering mengabaikan Elly dek kerana terlalu mementingkan kerjaya. Di sinilah timbulnya syakwasangka terhadap Aidil ditambah pula dengan hasutan Linda yang mengatakan Aidil mempunyai wanita lain selain Elly!.
Elly dan Linda telah berjumpa seorang bomoh (AC Mizal berjaya melakonkan wataknya dengan begitu baeeekk) untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Hasil jampian merapu si bomoh, Elly dikurniakan kelebihan dapat mendengar kata-kata hati semua lelaki yang mendekatinya. WAHHHHHHH...
Awie ke ni??? (ahaksssss)
Disamping itu, emak Elly pula (lakonan Kak Ogy) telah berkrisis dengan ayahnya dek kerana kes yang sama iaitu cemburu. Banyak juga adengan-adengan kelakar yang di sajikan di dalam filem ini. Antaranya ialah watak Sofie (Nyah lakonan Awie), watak pembantu pejabat (lakonan Kartina Aziz) dan watak Boss Elly (lakonan Awal Ashaari). Macamana pulak kesudahan filem ni???? Haaaaaaaaaa tengok la sendiri!!!!! PEACE!