2008-05-05

Merancang vs Tak Merancang ~

Last Saturday, after a couple of hours being brain washed by 'Chief Sam', I call my cousin, Arif and ask him to join me for dinner. Nak pegi dinner berdua je macam tak happening la pulok kan?? so aku pun menalipon sorang lagi member yang agak havoc juga kalau diajak keluar untuk menjoin kiteorang. Jam masa tu dah dekat pukul 1130 malam. Kami pon melepak la di satu kedai mamak yang selama ini menjadi tempat lepak member aku tu. Hmm boleh la tempat tu, nak kata makanan dia sedap???? no komen la tapi aku tetap menghormati tempat lepak kawan aku tu hehehee.



Lepak punya lepak..akhirnya jam dah pukul 12.30 malam. Apa plan malam ni??? Takkan nak balik rumah plak kot?? ~ tanya si member. Aku pun bukan ada plan lain. Lalu kami bertiga pun pergila meroundkan diri sekitar Bandaraya Kuala Lumpur..Pada mulanya memang la hilang arah! Tapi setelah berbincang dan membuat video conferencing di dalam kereta sport aku, akhirnya ahli lembaga pengarah berjaya membuat kata putus untu pergi KARAOKE!! hahahah biar betol?? tengah-tengah malam macam ni ada lagi ke pusat karaoke yang bukak??? Mestilah ada! Kan malam minggu, aku pun membelek-belek wallet aku mencari kad yang tertera no talifon salah sebuah pusat karaoke di KL. Aku suruh member aku yang kol heheheheh. Hampeh, pusat karaoke tu tutup pukul 1 pagi.. Skarang jam dah 1245. Terpaksa la kami mencari alternative lain.


Setelah mesyuarat kedua dilangsungkan, akhirnya kami bersetuju untuk ke Red Box, Low Yat Plaza. Huhuh kemaruk nak berkaraoke punya pasal!. Kami pun berjaya memboloskan diri kedalam sebuah bilik karaoke yang kecil, muat untuk 3 orang. Sepupu aku plak ajak member dia sorang lagi untuk berkaraoke sama. So jumlah semua yang berkaraoke malam tu adalah 4 orang.

Red Box Plaza Low Yat (gambar yang diambil keesokan harinya)



Macam-macam lagu jugak la yang kami nyanyikan, especially member aku tu, huh feeling Imran Ajmain ngan Anuar Zain!! heheheh (aku pun sama gak walaupun suara hanya layak masuk OIAM je hahahahha). Bukan main rancak berkaraoke sampai jam pun menunjukkan pukul 4 pagi. Hahahha terbabas sudah!


Apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal karaoke je sebenarnya, tapi mengenai plan on the sport yang kenkadang tu boleh buat kita happy jugak. Tak semestinya kalau tak merancang apa-apa, kita tak boleh enjoy, yang penting kita buat sesuatu perkara tu mesti fokus dan ada intention untuk jadikan ia benar-benar berlaku! Tak kisah la dengan perancangan awal atau sebaliknya. Tapi yang paling baik mestilah perancangan awal. Barulah kita boleh bersedia untuk menghadapi apa-apa perkara yang akan berlaku kemudian....PEACE!

6 comments:

  1. aku sukeeeee conclusionnyer itu....

    ReplyDelete
  2. aku sukeeeee conclusionnyer itu....

    ReplyDelete
  3. Nor :: Biasanya itulah yang terjadi, kalau tak merancang kenkadang best kenkadang hampeh... Contohnya kalau nak tengok citer 'Over her dead body' tu rancang la awai2! hahahhaa.

    ReplyDelete
  4. kah kah kah..over her dead body dah abis di pawagam...gi beli dvd or cd je laaa..aku pun terkempunan gak tgk citer tu..tgk le i:ronman...besssttt!!!

    ReplyDelete
  5. Jun-i-d:: Mana nak ajaknye..bukan ada perancangan paper pon...On the spot huhuhuhu....


    Beautifullife:: Tu la sampai skg dok teringat-ingat citer tu, haritu time tengah tayang kat panggung taknak g tengok.. Ish..ish..ish, pegi beli dvd or cd je la.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS