Jangan Lupa Lirik...Jangan Lupa Lirik...Jangan Lupa Lirik... (Nyanyila mengikut irama rancangan Jangan Tidur Lagi terbitan TV3!) Hehehehe.. Apa bendanya "Jangan Lupa Lirik " tu??? Adakah ia satu penyakit mental atau sejenis kuih muih yang di jual di kantin Mak Cik Jenab depan rumah Kak Piah tu??? Haaaaaaa ni yang nak cerita ni... Ingat lagi dengan post Audition ASTRO sebelum ini? Rentetan daripada kejadian yang tak tersengaja tu, maka semalam berlangsunglah satu program rehersal di Capital Studio, Damansara. Eh aku ni terlibat ker?? Kan ke aku just menemani adik-adik sepupu dan kawan ku ke Audition tersebut tempoh hari??? Kuang..kuang..kuang...Sebenarnya mereka telah menamakan aku sebagai Talian Hayat diorang! Hehehehe tumpang glamer jer.
Apa itu talian hayat? Rancangan apa pulak yang ada talian hayat, talian hayat ni? Who wants to be a millionaire ker? Sebenarnya konsepnya lebih kurang je macam tu tapi pendekatannya sahaja yang berbeza. Konsep rancangan baru ASTRO ni adalah khas untuk orang-orang yang gila karaoke dan rajin 'menyumbangkan' suara di pusat-pusat karaoke, dalam tandas dan juga dalam kereta sepanjang perjalan menuju ke destinasi yang hendak dituju! cheeeeewah.
Talian hayat pula diperlukan sekiranya para peserta tidak yakin dengan jawapan yang mereka berikan, dan talian hayat akan membantu mengemukakan jawapan yang betol..huhuhu terer ke aku nih?? lagu tiga kupang pon tak lepas.... Tapi dek kerana hadiah yang ditawarkan adalah RM 1, 000, 000.00 juta! Maka aku pun Redah Jerrr (buat gedik sikit macam Nadia AF6!).
Untuk maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku semalam... mari la reramai bertandang ke blog mamat "berjiwa besar" nih...dia la perserta sebenar rancangan nih...aku ni penempel jer.. huhuhuhuh. PEACE!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!