Assalammualaikum!
Sekali lagi tiba hujung minggu yang memang selama ini amat aku nantikan! Wah time-time macam ni la kite nak lepak bersama keluarga, pergi jalan-jalan makan angin, shopping dan macam-macam lagi! Bukan seperti biasa, minggu ni sesuatu yang pelik berlaku! Nyel, housemate aku tak balik kampung! Hahahahaha, sepanjang yang aku kenal dia, setiap minggu dia akan pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak!.
So minggu ni kire ramai sket la kat umah, pagi-pagi lagi kami mengaturkan rancangan untuk breakfast bersama-sama. Wah julung-julung kali tau breakfast bersama-sama housmates!. Aku dan Nyel membuat rancangan untuk aktiviti petang, Joy pulak sibuk nak duduk rumah, chatting dengan member-member cyber dia!. Akhirnya aku dan Nyel bersepakat untuk menjalankan aktiviti yang dah lama tertangguh! Apa kah itu????
Kami pegi melawat Taman Burung Kuala Lumpur!!! Wahhhhhhhhh cuti-cuti Malaysia !!! Sebenarnya dah lama dah aku dan yang lain-lain merancang untuk pergi ke taman burung tu...sejak belajar di Universiti lagi. Cuma baru semalam tergerak hati nak merealisasikan impian tu.
Kami bertolak ke sana dalam jam 4 petang. Cuaca amat cerah petang tu. Jalan raya pun takda la jem sangat. Tapi cuti sekolah dah mula, mungkin ramai yang dah balik kampung untuk hantar anak-anak bercuti. Sampai di Taman Burung dalam jam 430 petang. Tapi destinasi pertama yang kami pergi adalah, Taman Rusa yang terletak berhampiran Taman Burung. Wah terpegun aku melihat banyak rusa yang bergelimpangan di dalam kandang. Sempat jugak la ku pose ngan rusa-rusa tu untuk dimuatkan di dalam blog ni! hehehehhe. Jalan punya jalan, tetiba je kami keluar ke Memorial Tun Abdul Razak..Alang-alang dah sampai situ, kami pun masuk la jugak..Bukan kene bayar pun...Free je. Dapat la tengok banyak benda-benda berharga milik arwah Perdana Menteri Malaysia tu.
Dan Setelah habis berlegar-legar di kawasan memorial, akhirnya kami pun membeli tiket untuk masuk ke Taman Burung!. Jangan tak tau pulak, Taman burung ni merupakan Taman Burung bertutup (covered) yang terbesar di dunia!!! Aku bertambah kagum sebenarnya! Dalam hati semakin berkobar-kobar nak masuk.
Bila masuk je pintu, "Wahhhhhhhhh" banyak burung berwarna-warni berterbangan dan kelihatan sungguh comel! Semuanya jinak dan tak takut kat orang. Hehehehe. Keluasan tempat ini adalah seluas 6o hektar dan terdapat lebih 3000 ekor burung dari 200 spesis di sini. Kalau nak tengok merak yang jinak, berkeliaran di kaki-kaki pengunjung, di sini lah tempatnya!
Taman ini dibahagi kepada empat bahagian bagi mengasingkan jenis-jenis burung mengikut habitat mereka. Macam-macam boleh ditemui di sini seperti Flamingo pond, Pelicans, Hornbill Park. World of Parrots, a Waterfall Aviary, Amphitheatre, Children's playground and Seminar Room. Penat jugak berjalan, tapi best sebab ini merupakan satu pengalaman baru!
Lama jugak kami di sana..dah dekat 2 jam baru la kami bergerak untuk pulang. Tapi rasanya satu hari nanti aku akan ke sana lagi dengan gadget terbaru aku! hahahahha ...Tak sabar pulak rasanya. di bawah ni ada sedikit info pasal taman burung nih;
KL Bird Park
No. 920 Jalan Lembah Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel : 603-2272 1010
Fax : 603-2273 5428
Bergambar bersama rusa yang cute!!
Cute tak???
Bangga betol!!!
WASSALAM.
best tuh jln2 round2 m'sia...
ReplyDeletebukan round2 m'sia pon...kat kl je.
ReplyDeletekurusnya!!!!! hahahah
ReplyDeleteHampeh!
ReplyDelete