Agak lembab sikit aku semenjak dua tiga menjak ni. Huhuhu biasa la, banyak perkara yang perlu diuruskan. Tapi demi filem yang satu nih, aku tetap luangkan masa untuk menontonnya!!! Filem Narnia, setelah habis membaca bukunya yang setebal 2 inci setengah dan menonton filem pertamanya, akhirnya semalam aku telah berjaya memboloskan diri ke dalam panggung sekali lagi untuk menonton "The Chronicles of Narnia: Prince Caspian"!!!.
Sekali lagi aku mengaturkan sesi menonton wayang kali ini....huhuh bukan susah sebenarnya tapi yang menggeramkan aku, bile tiket dah beli tapi tak jadi datang!!! Ahhh aku tak kire, bayar tetap bayar! Aku tak rugi apa pun....So daripada 12 tiket yang aku booked dan 7 tiket yang telah dibeli...hanya 5 orang jer yang datang. Hampeh kepada kodok-kodok yang gagal hadir itu! Aku, Arip, Jun Jun, Deen dan sorang lagi rakan Deen yang aku terlupa namanya (maafkan kami penunggu gua..maafkan kami penunggu gua...).
Wohoo...banyak impressi sebenarnya terhadap filem ini terutamanya setelah menonton kualiti filem pertama tahun lalu. Adakah ia se'biasa' filem tahun lalu? Ternyata filem The Chronicles of Narnia: Prince Caspian ini jauh lebih berkembang dari segi jalan ceritanya dan watak-watak di dalam filem tersebut ternyata lebih matang dan mencabar.
Review:
Plot jalan cerita yang agak lancar dan tidak terlalu membosankan menjadikan filem ini kuat untuk tontonan. Di Narnia, Caspian, yang merupaka seorang putera bagi kerajaan Telemarine dididik oleh seorang Professor, yang juga merupakan mentornya bernama Dr. Cornelius. Profesornya telah menceritakan sejarah hidup bapa Caspian dan memberitahu bahawa makciknya telah selamat melahirkan seorang baby. Caspian sebenarnya merupakan pewaris tahta kerajaan Telemarine (Kerajaan yang telah menggulingkan Narnia), tetapi ayahnya telah mati ketika usia Caspian masih kecil. Jadi, Telemarine telah diperintah sementara oleh suami makciknya, iaitu Miraz sehingga Caspian cukup besar untuk menjadi pemerintah. Namun kini, setelah Miraz memiliki anak sendiri, rancangan kejinya mula bercambah-cambah. Jika dia membunuh Caspian, maka tahta kerajaan Telemarine akan menjadi milik anak lelakinya yang baru lahir itu!!!. Caspian sedar yang dirinya berada dalam bahaya, dan melarikan diri melalui satu laluan rahsia di dalam almari (eh macam citer Narnia 1 pulak) sebelum beberapa orang askar Miraz memanah tempat tidurnya dengan panah berapi!. Dr. Cornelius sempat memberikan kepada Caspian sebuah beg dan menyruhnya menggunakan kandungan beg itu sekiranya di dalam bahaya. Walaupun caspian sempat memboloskan diri keluar dari istana, namun dia tetap dikejar oleh orang-orang Miraz sehingga ke dalam hutan.
Hutan tersebut menjadi tempat persembunyian mahluk-mahluk Narnia yang telah disingkirkan dari negara mereka. Apabila menyedari dirinya dalam bahaya, Caspian telah meniup horn yang diberikan oleh Dr. Cornelius (Horn tu asalnya milik Queen Susan yang ditinggalkan di dalam kubu di Cair Paravel). Disnilah bermulanya kisah pengembaraan Narnia. Dia telah diselamatkan oleh 2 Dwarf dan seekor badger yang boleh bercakap.
Hasil tiupan horn tersebut telah membawa 4 orang remaja England yang menjadi perintah Narnia, 1300 Tahun yang lalu ke Telemarine. King Peter, Queen Susan, King Edmund dan Queen Lucy kembali ke Narnia dan terkejut melihat perubahan yang berlaku walau hanya mengambil masa seminggu waktu mereka di England. Narnia sudah ditakluk dan mereka tidak lagi menjumpai mahluk-mahluk Narnia. Penemuan dwarf bernama Trumpkin yang hendak dibunuh oleh dua askar Telemarine menerangkan segala-galanya yang berlaku di Narnia sejak 1300 tahun yang lalu. Kebanyakan penduduk Telemarine hanya mengetahui kewujudan Narnia sebagai kisah-kisah dongeng sahaja.
Keempat-empat pemerintah Narnia memulakan misi untuk menyelamatkan Narnia semula dan mereka telah bertemu dengan Prince Caspian yang bersembunyi bersama mahluk-mahluk Narnia yang lain. Maka bermulalah gabungan ke lima-lima pemerintah untuk menawan semula Narnia daripada kejahatan King Miraz!!! (aduh serius betul aku bercerita kan??)
Lawan-punya lawan tak jugak menang-menang... Macam-macam startegi la yang diorang buat untuk menentang Miraz, akhirnya di kemuncak cerita, apabila askar Narnia hampir tewas dengan Telemarines, tiba-tiba muncul la Aslan! (Singa yang besar bagak!) Kemunculan Aslan merubah segala-galanya. Warga Narnia bertambah kuat dan akhirnya mereka berjaya menakluk Telemarine. King Miraz yang telah tewas di tangan King Peter akhirnya dibunuh oleh pengikutnya sendiri! (Padan muka!).
Kesimpulannya: Pegilah tengok Narnia! (Heheheh ada ke kesimpulan camni???)
PEACE!!!
Movie Trailer~ The Chronicles of Narnia: Prince Caspian
No comments:
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!