Assalammualaikum!
Sempena kenduri perkahwinan sepupu aku di Kampung Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor... sempat jugaklah aku ngan sepupu-sepupu yang lain pegi menikmati keindahan kampung setelah seharian penat ber'kenduri'. Huhuhuh bukan tolong sangat pon, tolong tengok je yang lebih. Nak bagi tau ni, kat kampung ayah aku tu ada satu kawasan pantai yang cantik dan best! Tapi tak ramai orang pegi situ sebab pantainya jenis berlumpur, nak mandi manda tak dapek la. Tapi apa yang best nak cerita kat sini, usaha pihak kerajaan memelihara kawasan pantai bagi mengelak hakisan. Korang tau ke apa caranya???
Ha kat sini la aku nak bagitau, dengan menanam semula pokok bakau, pantai akan dapat dikawal daripada menerima hakisan yang serius (chewahhh macam dokumentari pendidikan plak). Tapi aku kagum la. kat kampung ayah aku pun dah ada usaha-usaha macam tu, kiranya kesedaran orang ramai dah mula tinggi!! Bagus Rakyat Malaysia.
Antara kaedah mengawal hakisan pantai: Menanam cerucuk batu dan pokok bakau!
Di samping itu, waktu-waktu petang tu, ramai juga yang membawa keluarga bersantai di tepi pantai mencarai mahluk-mahluk aneh seperti siput, mentarang dan kerang yang terdapat banyak di pantai Sungai Besar nih. Mentarang tu kalau masak sedap wooo.
Dah habis lepak tepi pantai, kami pergi pulak berjalan-jalan ke kampung nelayan yang berhampiran, whushhhhh best la, tengok bot-bot nelayan, pastu siap ada sorang pakcik ni menjala ikan lagik!! Dia bawak kucing dia. hehehe
Dah lama aku tak lepak-lepak macam nih dan menghayati keindahan alam. Kalau bukan kita yang nak jaga, sapa lagi ye tak?? Jadi meh kite sesama menjaga alam sekitar yang dah tak seberapa banyaknya di muka bumi ni. Simpanlah ia untuk masa depan. Ada sepotong ayat yang aku nak kongsi sama di sini:
"And the two seas (kinds of water) are not alike: this is palatable, sweet and pleasant to drink, and that is salt and bitter. And from them both you eat fresh tender meat(fish), and derive ornaments that you wear. And you see ships cleaving (the sea-water as they sail through it), that you may seek of His Bounty, and that you may give thanks" (Al-Fathir:12)
Sama-samalah kite renung dan fikirkan.
Matahari senja di Kampungku...
Dua beranak mencari siput...
Tengok, ramai tak orang kat belakang aku???
WASSALAM.
best nya kampung awak
ReplyDeleteramainyaaaaaaaa