Nak tengok camana rupe kete aku smalam?? haaa tengok le kat bawah tuh...penuh, muat-muat untuk aku sorang je dekat tempat driver..hahah
2008-09-22
::Balik Kampung::
Nak tengok camana rupe kete aku smalam?? haaa tengok le kat bawah tuh...penuh, muat-muat untuk aku sorang je dekat tempat driver..hahah
2008-09-17
::Lagi Pasal Beruang Kutub @ Polar Bears::
[Akibat terlalu banyak tonton channel National Geographic]
“SAVE THE ENVIRONMENT”
2008-09-16
::Malam Tadi::
Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku tetiba perasan sesuatu, kalau waktu susah je, selain aku berdoa kepada Allah supaya kurangkan beban aku, aku sebenarnya ada lagu-lagu menaikkan semangat. Huhhuhu tetiba tersenyum sendiri. Ahhhh peduli apa kan? Aku rasa ramai yang ada cara macam aku. Sebenarnya banyak lagu yang selalu aku dengar kalau aku berada dalam keadaan stress… of course kalau dengar orang mengaji @ baca Quran lagi bagus. Itu memang aku tak nafikan, but selain daripada itu lagu-lagu tersebut jgak banyak membantu aku meneruskan kehidupan. Antara lagu yang paling aku suka dengar kalau aku dah down giler adalah lagu nynyai Joey McIntire – “Stay the Same”. Ish lirik dia, 'wa cakap lu' sangat menusuk kalbu dan menenangkan jiwa yang sedang dilanda masalah. Bukan tu aje, lagu ni pon merupakan salah satu lagu tema hidup aku nyanyian Mariah Carey –”Can’t Take that Away”. Kalau korang berkesempatan, cubalah dengar lagu –lagu ni..bagi aku lirik dia memang cukup power.
Dan lagu yang paling aku tak bosan dengar adalah lagu ni – “Standing In The Eyes Of The world!!!” nyanyian Ella. Memang terbakar semangat aku bile dengar lagu ni. Oh ya satu lagi, nyanyian Amy Search – "Akulah Pejuang"
Yup itujelah lagu-lagu yang selalu menjadi peneman aku, pendek kata lagu wajib yang mesti ada dalam Hp, kereta, Mp3 player dan laptop aku sepanjang aku belajar dulu sampai la sekarang nih. Nasib baik dulu boleh download lagu-lagu tuh kalo tak susah gak nak dapat huhuhu. Bagi aku bukan sahaja melodi yang sedap menjadikan ianya satu kesukaan tetapi liriknya…korang dengarlah lirik-lirik lagu di atas… best..tak caya??
Korang pun mesti ada lagu-lagu pemberi semngat
[kalau dengar lagu ni Jalan Cinta – nyanyian Sherina (artis Indon) tetiba teringat kat CikYanie sebab dia bubuh lagu ni kat blog dia dulu masa citer Ayat-Ayat cita tengah meletop! Hehehe]
[Kalau dengar lagu Pagi Yang Gelap – Hujan pulak teringat kat Deennasour, masa mula-mula kenal dia dulu dia asyik nak nyanyi lagu ni jer…Ish bile nak kuar ngan ko ni Deenn?????????]
[Kalau dengar lagu Anggapan mu – Ziana Zain pulak, mesti teringat kat Dolly..hehehhe teringat kemantapan vocal dia masa berkaraoke kat dalam kotak di SOGO tahun lepas hehhehe..bile nak balik Mesia nih????]
[Arggghhhh rindu kat member-member yang dah menghilang dan tak dapat dikesan.…. SELAMAT HARI RAYA (tetibe pulak..huhuhu) !!!]
2008-09-15
::Bosan::
Seolah-olah baru lepas dari penjara!! Haa tu dia yang aku rasakan sekarang nih. Hujung minggu aku yang lepas aku dok berkurung kat umah tanpa berhubung dengan dunia luar. Dah la member-member semua balik kampung. Ish nasib baik ada citer best yang aku baru download. Tajuknya "Coffee Prince Shop" - citer korea. Selama dua hari berturut-turut aku layan citer tu...best...[17 episode = 17 jam]
--Aku berpuasa--
2008-09-11
Akedemi Laut Malaysia (ALAM)
Kami di arah sebuah pelantar di persisiran pantai untuk menaiki sebuah ‘tongkang’ yang boleh menampung seramai 20 orang menuju ke kapal di tengah lautan. Wah..nerves juga mula-mula tu tapi, bile dah naik kapal tu rasa ok pulak. Ombak pulak pada masa tu tenang, tak macam hari sebelumnya yang sedikit bergelora sehingga membuatkan beberapa kengkawan aku dari group lain yang termuntah-muntah. Hahahhaha...Mujurlah tongkang tu takda dinding, open space, senang ler nak muntah dalam laut.
KL Buildings: Kuala Lumpur And The Designs
Agak terlambat sebenarnya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Tahniah buat rakyat Malaysia, kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak senang duduk dengan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Tak terlepas dengan tema kemerdekaan, aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur! Heheheh Sesekali terpandang bangunan-bangunan lama yang masih terdapat di Kota ini, tetiba aku tertanya-tanya, sejak bilakah bangunan-bangunan itu didirikan? Siapakah yang mereka bentuk bangunan-bangunan tersebut? Pasti setiap daripada bangunan itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dan usia mereka menggambarkan pengalaman yang dikumpul oleh Kota metropolitan ini.
Lihat saja pada pelbagai bentuk tersebut. Ianya melambangkan budaya dan cirri-ciri masyarakat yang wujud di Malaysia sejak bertahun lama. Sebenarnya bukan sahaja bangunan-bangunan lama yang menarik perhatianku. Bangunan-bangunan baru juga turut menceritakan perjalanan bangsa Malaysia ke Alaf baru. Seperti tegaknya KLCC, pelbagai interpretasi ada disebaliknya, ada yang menyatakan ianya lambang kasih dua pasangan yang teguh dan utuh berdiri menegakkan cinta mereka. Ada juga yang melambangkan ia sebagai mercu tanda kemodenan Malaysia, dan ada juga yang menjadikan ia sebagai inspirasi untuk menggapai impian menuju ke puncak kejayaan. Walau apapun tafsiran yang dibuat terhadap bangunan-bangunan dan rekabentuk ciptaannya, ianya tetap melambangkan bangsa Malaysia yang kian maju tetapi masih kekal dengan budaya dan warisan bangsa . Syabas Malaysia. Aku bangga menjadi rakyatmu! [cewah patriotik sungguh....]
P/s: Dolly I know u are better than me in elaborating about buildings...what say u?
2008-09-08
::Polar Bear @ Beruang Kutub::
The sight of green polar bears has prompted many questions from visitors concerned about whether the animals are sick or carrying mold, zoo official Masami Kurobe said Sunday.
"Visitors seem to be shocked by the color, and we are asked every day why they are so green,"
::Busy Kerja???::
Email berbunyi begini::
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena... Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
- Ada kala kita rasa kita 'BUSY giler', rupanya kita hanya 'KELAMKABUT'.
- Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'
- Adakala kita rasa kita 'OPEN MINDED and OUTSPOKEN' tapi rupanyakita 'KURANG PENG'AJAR'AN'.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanyalebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanyakita di lihat lebih 'MENGADA'.
- Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... 'mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegurtidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikiryang baik'.
Jadi setelah membaca email tersebut? What say u??? Bagi gue, semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalu jalan yang kita pilih itu lurus, maka sampai lah kita ke tujuan asal. Tapi kalau jalan yang kita pilih itu, berliku dan banyak cabangnya, mungkin ada yang kandas di tengah jalan. Jadi ...renung-renungkanlah...- PEACE!!!
2008-09-03
::Cempedak oh Cempedak::
Bulan-bulan pose ni seronok jugak kalau kiter cerita pasal makanan kan? Ish tetiba je teringat kat kuih-kuih raya yang mak gue buat kat kampung! Tempahan pun ...Alhamdulillahhhh bertambah-tambah tahun ni. Tapi gue malas nak citer pasal kuih raya skang ni. Nak citer pasal buah cempedak dan gaya penyiapannya. Uik...apakah itu? Mai sini gue ceritakan satu-persatu.
Sempena hari kemerdekaan tempoh hari, bersamaan 31 Ogos 2008, gue yang pada ketika itu berada di kampung telah di pelawa oleh Pak Long gue untuk menjengah kebun cempedaknya. Wow bukan senang nak dapat invitation pegi kebun nih. Gue pun pergilah bersama ibu dan bapa gue skali. Wahhhh sampai je kat kebun@ dusun cempedak tu, amatlah terperanjatnya gue tatkala melihat berdoyon-doyon (ikut slang Juliana Banos ek) buah cempedak yang bergayut-gayut di dahan minta dijolok!... Apa lagi.. gue dan sepupu-sepupu gue (anak-anak Pak Long gue) pon mengerjakanlah buah-buah cempedak tu! Hah lihatlah hasilnya. Sampai penuh satu boot kereta wa cakap luh! Sempat la jugak gue membawa balik beberapa biji buah cempedak ke KL. Hahahaha nak tau hasilnya? Gheeeegheeegheeee..
Cempedak Goreng Dayang Senandung (nama yang gue bubuh khas sebab hangit heheheh)
Untuk juadah berbuka pose semalam (hari kedua berpuasa) gue menghabiskan sepetang gua bertungkus-lumus menggoreng cempedak! Hahahah pertama kali dalam hidup gue menggoreng cempedak. Sebenarnya gue tak reti pon camana nak buat cempedak goreng tu, tapi berbekalkan pemerhatian dan ulasan yang diberikan oleh makcik-makcik kat opis dan juga jiran sebelah umah, akhirnya berjaya juga gue menyiapkan cempedak goreng tersebut. Alhamdulillah dapat juga berbuka pose dengan hidangan air tangan sendiri sehingga mendapat pujian daripada teman-teman serumah!!! Hahahhaha tengok ar sape yang masak beb!!.. ok lah, skang ni tengah dok pikir nak makan apa plak petang ni????
POPULAR POSTS
-
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari ray...
-
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan l...
-
Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak ...
-
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAl...
-
Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde moda...