Assalammualaikum!
Pernah dengar pasal ALAM? Bukan ALAM sekitar, ALAM semula jadi. Bukan jugak Zainal ALAM Kadir, dan bukan juga ALAM barzakh..huhhuhuhu. ALAM yang aku maksudkan adalah Akademi Laut Malaysia. Yup, the campus located at Melaka, I don’t know which part because along the trip to go there I felt a sleep. Hehehhee ::wink::
Sebenarnya dah lama dah aku ke sana. Tahun lepas lagi, during my 3 months courses at EiMAS, Bangi. Kami ke ALAM untuk mengikuti kelas pengenalan kepada struktur kapal di bawah subjek Melawan Tumpahan Minyak di lautan. Wahhh hebat tak bunyinya?
First time sampai ALAM, aku terpegun jugak bile tengok ramai pelajar-pelajar akademi tersebut yang sedang berkawad, berkeliaran di serata pelusuk alam dengan pakaian uniform mereka yang pelbagai jenis. Kemudian kami terus dibawa ke sebuah tempat, seolah-olah pelantar penyimpanan perkakas untuk belayar. Di sana kami diberi penerangan mengenai pemakaian life jacket, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di atas kapal. Ish sangat menarik penerangan itu. Sekilas aku terpandang kepada sebuah kapal tentera laut yang berada lebih kurang 2 km daripada pantai. Menurut kapten yang memberi penerangan di situ, kapal itu sudah tidak digunakan untuk belayar lagi, hanya digunakan untuk tujuan pembelajaran anak-anak kapal di akademi tersebut sahaja. Cool!!!
Kami di arah sebuah pelantar di persisiran pantai untuk menaiki sebuah ‘tongkang’ yang boleh menampung seramai 20 orang menuju ke kapal di tengah lautan. Wah..nerves juga mula-mula tu tapi, bile dah naik kapal tu rasa ok pulak. Ombak pulak pada masa tu tenang, tak macam hari sebelumnya yang sedikit bergelora sehingga membuatkan beberapa kengkawan aku dari group lain yang termuntah-muntah. Hahahhaha...Mujurlah tongkang tu takda dinding, open space, senang ler nak muntah dalam laut.
Setiba di tepi kapal, kami terpaksa memanjat tangga tali, terasa pulak macam dalam cerita survivor! Itu jelah satu-satunya cara untuk menaiki kapal tersebut. Bayangkan lah kapal setinggi 5 meter rasanya, kami kene naik guna tangga tali. Best wo. Sampai je atas kapal, wah aku terkagum sejenak. Tak sangka pulak dapat merasa dapat naik kapal tentera laut dengan cara begitu. Ini baru latihan, kalau betol-betol kene buat masa kerja nanti tak tau lah eden macamano nak buek.. tak dapek den nak nolong eeeee.
Sampai atas kapal tu kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kapal tu besar, tetapi ruang-ruangnya agak sempit. Jadi tak bolehlah nak masuk ramai-ramai sekali gus. Kami dibawa ke dek kapal, bahagian enjin kapal di dasar [mak ai gelap dan tersangatlah panasnya], bahagian kemudi kapal, dapur pun kami singgah hehehe, tak ketinggalan kawasan tempat tidur anak-anak kapal dan bilik air.... memang lain! [jakun betol kan?]
Yes.. macam-cam benda aku pelajari terutamanya berhubung struktur enjin kapal dan punca-punca tumpahan minyak daripada kapal. Memang berbaloi.
Sedikit pasal program melawan tumpahan minyak. Pelbagai agensi terlibat sebagai satu komitee sekiranya berlaku tumpahan minyak di lautan. Tindakan akan dijalankan mengikut keluasan @ kapasiti tumpahan, dan juga kawasan tumpahan berlaku. Ia melibatkan Agensi kerajaan di peringkat Negeri, Persekutuan dan Antarabangsa mengikut keperluan. Kaedah melawan tumpahan juga adalah pelbagai. Salah satu yang boleh dinyatakan di sini adalah dengan mengepung minyak yang tumpah supaya ianya tidak merebak ke pantai dan mencemarkan pantai. Selagi minyak berada di laut, peratusan mencegahnya dari merebak ke pantai adalah tinggi.
Wah macam lecturer pulak kan? Hahahhaa Anyway thanks to sesiapa yang terlibat dalam kursus ni, pengalaman yang sangat berharga!! PEACE..
“SAVE THE ENVIRONMENT!”
walamak..nmpk mcm best jer..da mcm TLDM la plkk..
ReplyDeleteAdam:: Memang tersangatlah bestnya. ;)
ReplyDeleteALAM? pernah g gak..wat pe g sana... :)
ReplyDeleteAda kursus cuci kapal cik IEYNA. heheheh
ReplyDelete