Assalammualaikum!
Agak terlambat sebenarnya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Tahniah buat rakyat Malaysia, kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak senang duduk dengan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Tak terlepas dengan tema kemerdekaan, aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur! Heheheh Sesekali terpandang bangunan-bangunan lama yang masih terdapat di Kota ini, tetiba aku tertanya-tanya, sejak bilakah bangunan-bangunan itu didirikan? Siapakah yang mereka bentuk bangunan-bangunan tersebut? Pasti setiap daripada bangunan itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dan usia mereka menggambarkan pengalaman yang dikumpul oleh Kota metropolitan ini.
Lihat saja pada pelbagai bentuk tersebut. Ianya melambangkan budaya dan cirri-ciri masyarakat yang wujud di Malaysia sejak bertahun lama. Sebenarnya bukan sahaja bangunan-bangunan lama yang menarik perhatianku. Bangunan-bangunan baru juga turut menceritakan perjalanan bangsa Malaysia ke Alaf baru. Seperti tegaknya KLCC, pelbagai interpretasi ada disebaliknya, ada yang menyatakan ianya lambang kasih dua pasangan yang teguh dan utuh berdiri menegakkan cinta mereka. Ada juga yang melambangkan ia sebagai mercu tanda kemodenan Malaysia, dan ada juga yang menjadikan ia sebagai inspirasi untuk menggapai impian menuju ke puncak kejayaan. Walau apapun tafsiran yang dibuat terhadap bangunan-bangunan dan rekabentuk ciptaannya, ianya tetap melambangkan bangsa Malaysia yang kian maju tetapi masih kekal dengan budaya dan warisan bangsa . Syabas Malaysia. Aku bangga menjadi rakyatmu! [cewah patriotik sungguh....]
P/s: Dolly I know u are better than me in elaborating about buildings...what say u?

macam sengaja nak 'entice' me bagi komen jer...hehehe.
ReplyDeleteGREAT collection!
I would suggest that u make these 'ronda2 kotaraya' as a weekly thing.
Bukan senang orang Malaysia nak jalan2 tgh panas setakat nak ambik gambar bangunan jer, kan?
I really do hope that you'll continue the good work. Cam betul2 kat mana you nampak bangunan2 lama tu.
Coz who knows, the next few months when you jalan2 kat KL tu balik, these beautiful buildings (not KLCC lah, of course) will magically 'dissapear'? ;-)
Yup Suzura, i really appreciate ur suggestion! Sound interesting, i hope i can thake that challange. heheheh.
ReplyDeleteU can memang pakar dalam bidang architecture ni ..thats why ler i ask for ur comment.
Betul jugak kan, kenkadang bukan boleh harap sangat..hari ni bangunan tu ada kat situ ..minggu depan dah lesap. ;sigh;;