2008-09-16

::Malam Tadi::

@mail01Malam tadi, masa aku tengah dok sorang-sorang lepas solat terawih, tetiba pulak terkenang zaman-zaman susah masa study dulu. Macam-macam benda kena buat sendiri, dah la jauh dari mak bapak, sedara mara apatah lagi. Kena pandai-pandai bawak diri kat tempat orang. Really stress sebenarnya. Nasib baik la aku boleh control semua tu dan Alhamdulillah, berjaya juga menamatkan pengajian. Siapa sangka budak kampung macam aku ni boleh berjaya?? Hahahaha ramai yang tak percaya sebab aku ni dulu masa kat sekolah bukan pandai sangat. Lembab..sampai sekarang pun rasanya masih lembab jugak, terutamanya kalau buat benda-benda yang aku tak minat.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku tetiba perasan sesuatu, kalau waktu susah je, selain aku berdoa kepada Allah supaya kurangkan beban aku, aku sebenarnya ada lagu-lagu menaikkan semangat. Huhhuhu tetiba tersenyum sendiri. Ahhhh peduli apa kan? Aku rasa ramai yang ada cara macam aku. Sebenarnya banyak lagu yang selalu aku dengar kalau aku berada dalam keadaan stress… of course kalau dengar orang mengaji @ baca Quran lagi bagus. Itu memang aku tak nafikan, but selain daripada itu lagu-lagu tersebut jgak banyak membantu aku meneruskan kehidupan. Antara lagu yang paling aku suka dengar kalau aku dah down giler adalah lagu nynyai Joey McIntire – “Stay the Same”. Ish lirik dia, 'wa cakap lu' sangat menusuk kalbu dan menenangkan jiwa yang sedang dilanda masalah. Bukan tu aje, lagu ni pon merupakan salah satu lagu tema hidup aku nyanyian Mariah Carey –”Can’t Take that Away”. Kalau korang berkesempatan, cubalah dengar lagu –lagu ni..bagi aku lirik dia memang cukup power.

Ada lagi lagu-lagu dalam list aku, aku nak kongsi kat sini antaranya nyanyian Kelly Clarkson – “A Moment like this”, lagu nyanyian Fantasia Barrino – “I Believe dan lagu nyanyian Mariah Carey [lagi]- “HERO”. Ha bukan lagu 'omputeh' je yang aku dengar, lagu-lagu Malaysia pun ada jugak dalam list lagu pemberi semangat aku, yang paling aku suka dengar nyanyian Jaclyn Victor – "Impian". Best giler lagu tu..teringat zaman aku cari kerja, lagu tu sentiasa bermain di corong telinga aku. Lagi lagu Malaysia, nyanyian Casey – "Seribu Impian", di samping lagu lagu patriotik hahhahahh, Keranamu Malaysia lagu yang paling aku suka sekali!

Dan lagu yang paling aku tak bosan dengar adalah lagu ni – “Standing In The Eyes Of The world!!!” nyanyian Ella. Memang terbakar semangat aku bile dengar lagu ni. Oh ya satu lagi, nyanyian Amy Search – "Akulah Pejuang"

Yup itujelah lagu-lagu yang selalu menjadi peneman aku, pendek kata lagu wajib yang mesti ada dalam Hp, kereta, Mp3 player dan laptop aku sepanjang aku belajar dulu sampai la sekarang nih. Nasib baik dulu boleh download lagu-lagu tuh kalo tak susah gak nak dapat huhuhu. Bagi aku bukan sahaja melodi yang sedap menjadikan ianya satu kesukaan tetapi liriknya…korang dengarlah lirik-lirik lagu di atas… best..tak caya??

Korang pun mesti ada lagu-lagu pemberi semngat kan? Apa dia bleh share?

[kalau dengar lagu ni Jalan Cinta – nyanyian Sherina (artis Indon) tetiba teringat kat CikYanie sebab dia bubuh lagu ni kat blog dia dulu masa citer Ayat-Ayat cita tengah meletop! Hehehe]

[Kalau dengar lagu Pagi Yang Gelap – Hujan pulak teringat kat Deennasour, masa mula-mula kenal dia dulu dia asyik nak nyanyi lagu ni jer…Ish bile nak kuar ngan ko ni Deenn?????????]

[Kalau dengar lagu Anggapan mu – Ziana Zain pulak, mesti teringat kat Dolly..hehehhe teringat kemantapan vocal dia masa berkaraoke kat dalam kotak di SOGO tahun lepas hehhehe..bile nak balik Mesia nih????]

[Arggghhhh rindu kat member-member yang dah menghilang dan tak dapat dikesan.…. SELAMAT HARI RAYA (tetibe pulak..huhuhu) !!!]

8 comments:

  1. hoyeeeeeeeeeeee..ingat gak acu janggel dengan lagu peberet acu yanie...JALAN CINTA...kekkekeke...ala2 di padang pasir gitueeeee


    (^_^)

    skang acu yanie suka layan lagu penyanyi AFGAN...indon gak...

    ReplyDelete
  2. Mesti la ingat..Masa kat Mekah ngan Madinah dulu pun terngiang2 lagu tuh hehehe ala2 di padang pasir la pulak kan....

    Lagu AFGAN?? Afganistan ker? Pahamm ker??

    ReplyDelete
  3. penyanyi tu nama AFGAN la..
    lagu dia ada kat blog yanie....


    hehehhe bukan Afganistan

    ReplyDelete
  4. OOOOOoooooo ingatkan lagu dari negara AFGANISTAN hikhikhik....

    ReplyDelete
  5. memang perit zaman sekolah dulu..tu blm msk mslh diri sndri, tapi at the end puas hati sbb kita yg orang anggap ngok ni lbh bgs dari student yg sekolah bangga2kan tu. hahahaha...serve you right!!

    ReplyDelete
  6. Yup saya setuju apa yang "saya" katakan itu... Bukan semua yang bujak pandai masa sekolah dulu akan berjaya sekarang ni.. terpulang dengan cara pembawakan diri masing-masing...

    ReplyDelete
  7. aku tunggu msg dari ko ajak aku kuar je..
    salu ko yg sms aku ajak p tgk wayang,
    kekekekke

    ReplyDelete
  8. Huhuhu....oklah nanti aku aturkan pertemuan ngan Pak Menteri..aku ajak ko...k en. Dennasour.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS