2008-09-08

::Busy Kerja???::

Salam... sempena bulan Ramadhan ni, gue dah kurangkan sket aktiviti-aktiviti melepak yang selalu gue buat seperti menonton wayang, teater, lepak kat kedai mamak dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Kalau tak percaya cuba tanya encik Deennasour!
Tetiba pulak harini gue ternampak satu email yang sebenarnya dah lama member gua hantar tapi baru harini berkesempatan membacanya. Baca-punya baca, macam sesuai pulak untuk di kongsi bersama anda semua. Almaklumlah, banyak di antara kita yang sudah bekerja dan ada juga yang bakal berkerjaya! jadi renung-renunglah cerita dibawah ini::

Email berbunyi begini::

Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena... Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "
Jadi renungi lah :-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita 'BUSY giler', rupanya kita hanya 'KELAMKABUT'.
  3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'
  4. Adakala kita rasa kita 'OPEN MINDED and OUTSPOKEN' tapi rupanyakita 'KURANG PENG'AJAR'AN'.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanyalebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanyakita di lihat lebih 'MENGADA'.
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... 'mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegurtidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikiryang baik'.

Jadi setelah membaca email tersebut? What say u??? Bagi gue, semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Kalu jalan yang kita pilih itu lurus, maka sampai lah kita ke tujuan asal. Tapi kalau jalan yang kita pilih itu, berliku dan banyak cabangnya, mungkin ada yang kandas di tengah jalan. Jadi ...renung-renungkanlah...- PEACE!!!

8 comments:

  1. renung2kan dan..selamat beramal...

    ReplyDelete
  2. wow! sounds complex!;-)
    Apa2 pon, my motto is to always stay positive-minded.
    tak kisah la kalau kite tak suka kerja kite, etc.
    Always self motivate oneself to stay positive.

    another tip; bangun pagi tu, paksa diri utk ukir senyum sebelum pergi kerja. Remember, a smile is contagious!

    ReplyDelete
  3. Anap:: Selamat beramal jugak..

    ReplyDelete
  4. Suzura:: Yup, memang sounds complex ... lain orang lain caranya. tapi tujuan yang sama nak berjaya dalam hidup.

    By the way, thanx for the comment

    ReplyDelete
  5. owhh..betol boleh digunapakai ayat2 itu..ada betolnya tuh..

    ReplyDelete
  6. Saya:: Yup, memang ada yang betol.

    ReplyDelete
  7. bapak aku kata buat keje pegi keje kena senyuuummmm....

    ReplyDelete
  8. Hehehehe senyum dalam paksaan... hampeh..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS