2009-05-19

Rehat Sebentar Kemudian Sambung Semula (",)

Aduh sindrom malas kembali menyelinap ke seluruh pelusok badan aku ni...Dah dekat seminggu tak hapdet hutan belantara nih...Memang pemalas betol. Tika ini perasaan aku masih di awang-awangan, belum berpijak di bumi nyata. Betol kata teman-teman, pertengahan tahun [lazimnya bulan April hingga Jun] kebanyakan orang akan diserang sindrom malas!. Hmm betol! Memang tepat sekali, sebab aku sendiri sedang mengalaminya. [Orang lain aku tak tau la pulak].

Apa yang pasti, sejak bulan tiga membawak ke bulan lima ni, aku tak habis-habis merantau ke sana-ke mari dan tetibe sekarang senyap dok kat rumah. Mana tak 'kejutan budaya' namanya! Bila kaki dah biasa berjalan, jiwa dah asyik menatap sesuatu yang indah, semua itu memang sukar untuk dihentikan. Ramai teman yang suruh aku berhenti seketika, bawak-bawak la duduk kat rumah, bilik pon dah macam sarang tikus sebab tak sempat nak berkemas [hahahahaha], akhirnya aku akur, nekad buat beberapa minggu ini tubuh ini tidak akan ke mana-mana. Menjalani hidup seperti biasa, bangun tido - kerja- balik kerja - tido dan seterusnya sehingga satu waktu yang akan diberitahu kelak. Heheheh kelakar la pulak kan?

Seboleh-bolenya aku akan cuba melawan jiwa yang kian meronta-ronta nih. Harap-harap sesiapa yang bertanggungjawab tu faham yer, aku kena berhibernasi seketika. Takpe korang boleh teruskan rancangan korang, lambat-laun nanti aku akan terjoin jugak! Wakakaka!

Adoi apa punya entry la ni kan? Pelik dan membosankan. Walau apa pon...daripada tak tulis apa-apa kat sini, lebih baik aku luahkan rasa dan fikiran aku. Atleast takda la hutan belantara ni sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti.

Yup untuk 2 bulan ni, aku nak berehat..kumpul duit dan buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Tapi next plan tetap jadik! InsyaAllah itupon kalau ada orang-orang di negara Temasik dan Negara Gajah Putih tu sudi melayan aku..hahahah. [tak kira, akan ku terjah juga!!!]

OK lah..cukuplah repekkan aku setakat ini. Seriously memang takda idea tahap gaban untuk buat entry baru. Hati aku masih bukan di sini, tertinggal di Pulau agaknya. InsyaAllah hutan belantara ini akan terus berpenghuni sedikit masa lagi, support yer!.

OK Sambil melayan kebosanan tu, meh dengar lagu dari Pak Pejal, nih..lagu peberet:


PEACE!

4 comments:

  1. @Dr House

    Huh Dr. House konon...piiiiiiiiii raaaaahhhhh..sejak biler ko tukar nama????
    memang nak releks sampai lebam pon..kehkehkeh... pastu boleh join kelab lebam.

    ReplyDelete
  2. kadang2 boring gak kan hari2 wat keje yg sama..hmm..nk carik makan punye pasal..

    nevermind, enjoy ur work! ;p

    ReplyDelete
  3. @:: Alif :: Dal :: Mim ::

    yup btol tu Dam. as long kerjer tu halal sabar je la,,,,

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS