2010-03-18

Gua Itu Indah!

Masih lagi cerita di Ipoh. Tak sempat sangat sebenarnya nak ronda-ronda Bandaraya Bunga Kertas nih, kesian pulak kat Incik Deennasour yang tak pernah ke Ipoh. Untuk tidak menghampakan kawan, aku dan Apit membawa deennasour ke salah sebuah gua di antara banyak-banyak gua kat Ipoh ni. Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu, Bandaraya Ipoh ni dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur yang sangat indah, dan banyak juga terdapat gua-gua yang kebanyakannya dijadikan tokong dan kuil...erk????

Berbalik kepada lawatan ke gua tadi, kami telah ke Gua Kek Look Tong, berhampiran kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Sebenarnya aku pon tak pernah gak pegi situ, tapi si Apit tu dah kire expert jugak la sebab tempat tu dekat dengan kawasan rumah dia.

Fuh, masuk je kawasan gua..memang kagum. Cantik sungguh batu kapur yang ada membentuk stalactite dan stalagmite (erk betol ke eja camtuh?) Pagi tu pon dah ramai orang datang sebab di dalam gua terebut ada sebuah taman yang sangat luas! So kat situ orang boleh jogging!.

Kami tak boleh berlama-lama di situ sebab kerja menembak dah semakin hampir. Lepas puas menjelajah gua, kami pon bergegas pulang sebelum ke rumah pengantin untuk bertugas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dan yang paling best, satu lagi dimensi baru dalam pembelajaran aku telah lalui. Practice make perfect right? Harap-harap takda yang merungut pulak lepas nih...

PEACE!
















Apit dan Deennasour sedang merenung masa depan mereka agaknya....


8 comments:

  1. jelesnye tgok gba lawa2 mcm ni!!!

    ReplyDelete
  2. Kerak Nasi -

    Alamak kerak, jangan le jeles...sharing is caring hehehe~

    ReplyDelete
  3. wah! best btol aku tgk gmbr dlm ni... mcm aku pun ade sekal kt sana? eh! janggel ko x takut ke tangkap gmbr dlm gua ni? bkn ape slalunya org kata bkn aku kata klu ambik gmbr dlm gua nnt ade jgk benda tu tumpang sekaki? tp alhamdulilah gmbr2 ko ni xde plak ape2??

    ReplyDelete
  4. Nick =


    Ish betol ke camtu??? tak pernah plak aku dengar benda tu...mistik sungguh! Alhamdulillah takde plak benda tu dlm gamabu aku nih.. heheh..

    ReplyDelete
  5. Salam dari kami…
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

    Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    ReplyDelete
  6. Afzaniza -

    Wah thanks sebab ada masa untuk membaca entry2 di blog ini. Selagi ianya tidak menyusahkan, silalah baca. Yang baik bolehlah dijadikan panduan, yang buruk pulak jangan diikut ya.

    Thanks for the support. Saya menulis sekadar untuk menyimpan memori saya di satu media yang boleh memberikan saya ingatan kepada kosa-kisah silam dalam hidup saya.

    Peace!

    ReplyDelete
  7. bkn ape bro mmber aku pnh ambik gmbr kat gua sekali ade benda yg menumpang jgk siap senyum lagi tgk camera! aku tgk gmbr tu member aku tnjuk tp lps tu dia delete sbb mlm slalu kena kaco! adoi.. tp ko jgn risau nk ambik gmbr lain kali.. lagipun member aku ni ckp besar masa tu? dia kata "kalau ambik gmbr kat gua ni hrp2 dpt gmbr hantu leh tnjuk kt org popular aku nnt" sekali nah! padan muka dia dpt sngguh...

    ReplyDelete
  8. Nick -

    Yer ker? alamak seram pulak aku dengar citer ko..
    Mungkin sebab gua yg aku pegi ni dah mesra pengunjung kot sebab tu la selamat. huhuhu ..ish ngerinya!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS