Assalamualaikum...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua, sorry la sebab baru hari ni dapat wish secara formal dalam entry khas Hari Raya. (fuh macam rancangan Melodi Raya pulak yer) bak kata Farah Fauzana ....LAYAN...
Sedar tak sedar dah masuk sepuluh hari umat Islam di Malaysia menyambut hari lebaran. Rata-rata menyambut hari raya dengan meriah dan pelbagai konsep! Aku pulak , macam biasa la bila tiba hari raya, masa ni lah nak berjumpa dengan sedara mara yang dah setahun tak jumpa.
Sepanjang kat kampung, memang susah nak update cerita pasal raya, faham-faham saja la yer, kampungku jauh di kayangan, so line internet pon agak sipi-sipi aje nak datang bertandang. Alhamdulillah, bila dah balik KL, barulah dapat merasa nak mengapdet segala benda.
Hari raya pertama, setiap tahun aku akan pulang ke kampung halaman sebelah ayah di Selangor. Lagipon hanya tinggal 'embah' (panggilan Jawa bagi atuk dan nenek) seorang saja yang masih ada, jadi hanya pada embahlah tempat mencurahkan kasih sayang. Yang lain semua telah kembali ke rahmatulah (al-Fatihah). Lazimnya, selepas sembahyang raya, kami semua sanak saudara akan berkumpul di anjung rumah untuk membaca doa selamat. Selepas bacaan doa selamat, barulah semua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Time ni jugaklah duit-duit raya akan diedarkan kepada insan-insan yang layak saja. Bajet duit raya aku tahun ni tak banyak...sikit jer sebab ada projek besar hujung tahun nanti..hahaha kenalah jimat.
Selepas selesai bersalam-salaman dan berfoto, kami semua akan berkonvoi beramai-ramai ke rumah saudara-mara (adik beradik embah aku) yang tinggal di serata kampung. Memang meriah bila lebih sepuluh biji kereta sekali serbu ke semua rumah. Time-time macam nilah baru rasa kemeriahannya!
Kisah raya pertama dan kedua tak banyak beza. Masa banyak dihabiskan menghadiri 'baraan' kata orang Jawa. Baraan ni adalah menziarah dari rumah-ke-rumah beramai-ramai. Aku dan keluarga berhari raya di kampung ayah selama dua hari. Pada sebelah petang Hari Raya kedua kami sekeluarga pulang semula ke Perak sebelum ke rumah arwah atuk dan opah sebelah ibu di Ipoh.
Ok nanti aku story pasal kisah berhari raya di Ipoh, Perak pulak. Kisah hamper, cendol Mamak dan sebagainya. Mood raya masih bermaharaja lela sekarang ni. Nak update panjang-panjang pon tak sempat sebab kejap lagi nak keluar pegi open house. Ok layan la apa yang ada...
Oiitt:- AMARAN Jangan terkejut tengok gambar-gambar raya aku kat bawah tu....semua sedara mara aku memang camtu..pantang nampak kemera! hahahaha (termasuklah aku)
PEACE!!!
|
Suasana di Pagi Raya..nyaman..Hari mau hujan! |
|
Dok lepak kat tangga, tunggu semua tak keluar-keluar rumah lagi nak pergi beraya. |
|
Posing maut depan rumah embah. |
|
Dua orang ni memang kaki posing..siap budak kecik tu jadi mangsa! |
|
Geng Sengalz... |
|
Kengkononnya nak masuk:PJN... |
|
Dok terai teknik BOKEH tapi tak jadi. |
|
Inilah keluarga Kami. |
|
Makan time! |
|
Sesi bersalam-salaman selesai. (tema keluarga kami ialah coklat!) |
mak aii..besar tul family..mmg meriah beb..slmat hari raya..
ReplyDeletePencacai Alim-
ReplyDeleteYer mmg ramai...pakcik makcik sepupu sepapat semua ada... Selamat Hari Raya!
salam aidilfitri bro.!
ReplyDeletemaaf andai ada salah silap. :)
Nuke Rude-
ReplyDeleteSame Goes to you bro. Selamat Hari Raya, teruskan bebelog.!
gambar mertua aku mana?
ReplyDeleteHang Dhamin
ReplyDeleteGambo Mertua ko kena sorok dulu...nanti tak seprais!
gamabar adik perempuan? hahahaha
ReplyDeleteHang Dhamin
ReplyDeleteGambar Adik Perempuan, ko kena teka yang mana..kalau ada! Hahaha
meriahnyer bro!! jeles aku sbb aku raya ni sedara mara x dtg sgt? sdih2...
ReplyDeleteNick -
ReplyDeleteHahaha meriah tu tak tau la ..tapi havoc! Ala bro, raya sama jer, yang penting kita happy! betol tak?
sakan giler beraye ye..hehe
ReplyDeleteAnip -
ReplyDeleteala bro..raya setaun sekali heheh