2011-02-01

Hari Wilayah Persekutuan 2011

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan Hari Wilayah Perseketuan. Hmmm rupa-rupanya ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia ni yang tidak tahu ada berapa buah Wilayah Persekutuan di Malaysia ni. Rata-rata hanya ingat Hari Wilayah Persekutuan hanya disambut oleh warga Kuala Lumpur saja...Haishhh apa la, sejarah tu mesti mau ingat!

Ok bagi sesiapa yang tak tahu, di Malaysia ada tiga buah kawasan yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan iaitu W.P Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya! Ye, Putrajaya tu pon merupakan Wilayah Persekutuan jadi aku pon cuti Hari Wilayah jugak hari ni!!! :p (Saja nek bagitau aku cuti...panjang kan intro? hehehe)

Ok Kalau tahun-tahun lepas, setiap kali Hari Wilayah Persekutuan tiba iaitu pada 1 Februari aku akan buat aktiviti outing, tak kira la ke mana saja janji outing, contohnya aku pernah berbasikal di Paya Indah Wetland dan pernah jugak ronda-ronda satu KL menaiki perkhidmatan Hop On- Hop Off. Memang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sangat bertemakan santai kan. Oh ada lagi satu aktiviti yang aku pernah buat iaitu Mengembara di Taman Alam di Kuala Selangor. Itu semua sempena Hari Wilayah Persekutuan yang lepas-lepas.

Tapi sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2011....apa yang berlaku????
  1. Kereta aku rosak, masuk hospital dan menyebabkan aku di pau dengan rakusnya! (sedih)
  2. Disebabkan kereta rosak, aku tersadai di rumah sorang diri... Tidur, tidur dan tidur...(sedih)
  3. Kengkononnya bawak kerja ofis balik kerumah, report setebal setengah jengkal X 2 yang dijingjing semalam hanya menjadi perhiasan di tepi katil. Ya aku ada meeting penting tapi satu pebenda aku tak buat lagi!!!!! (sedih)
  4. Melalui hari ini sendirian..........LOSER. (sedih)

Ok, memandangkan minggu ni ramai yang bercuti sempena Tahun Baru China, aku dengan hati yang terbuka tak apply cuti langsung walau sehari dan baki cuti aku ada lagi 60 hari tahun ni...Baik tak? aku rasa sangat rajin pulak nak bekerja minggu ni...semuanya gara-gara meeting minggu depan. SYMP. Tak tahulah nak balik kampung ker tak, dah la mode MUFLIS sekarang ni.....tunggu dan lihat sajalah. Kalau hati kata balik kampung, maka baliklah...kalau tak, aku akan menjadi penunggu setia Bukit Jalil ni.

Tapi aku dah plan baik punya, lepas CNY ni aku pulak nak bercuti dengan rakusnya! Hahaha tapi nak kemana? Hmmm saja-saja cuti jer kot, duduk rumah tidor.

Psttt: dah lama tak menonton wayang....rasa nak tengok Khurafat (depa semua kata best) haishhh takkan nak tengok citer hantu sensorang kot????

PEACE!

Hari Wilayah Persekutuan 2009 : Taman Alam Kuala Selangor
Hari Wilayah Persekutuan 2010 : Hop On - Hop Off Kuala Lumpur
Hari Wilayah Persekutuan 2011 : Tidur...dirundung malang.

2 comments:

  1. üergh banyaknya cuti..tahun lepas tak amik cuti langsung gila..dasat a!!

    ReplyDelete
  2. Fika79:

    tu baki cuti tahun lepas..ada amek cuti tapi still banyak lg...hhuhuu

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS